Thursday, 22 September 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 2.0 - IGIDAE PARK + ORYUKDO SKYWALK

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - IGIDAE PARK + ORYUKDO ISLAND


Entri sebelumnya di SINI.
16 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BUSAN | SOUTH KOREA : IGIDEA PARK DAN ORYUKDO ISLAND. Awal pagi terus kemas barang-barang dan simpan di lobby. Satu malam saja di Welcome Busan Guesthouse. Misi meneroka Busan diteruskan. Ada beberapa tempat menarik yang kami dah target nak pergi before bergerak ke next destination - Igidae Park dan Oryukdo. Disekitar kawasan Oryukdo ada beberapa tarikan : Oryukdo Island, Oryukdo Skywalk dan track untuk walking trail. Boleh hiking atau bersiar-siar di tepian laut. Cadangan asal sebelum berlepas ke Busan adalah untuk ke Gyeongju dan ambil day tour. Tapi fikir balik kami takut terkejar-kejar. Breakfast roti dan jem.. telur rebus (disediakan oleh pihak hotel) dan grilled mackerel dari Jagalchi Market dinner malam sebelumnya. Strawberries manis dan gebu juga. Sedapnya !!

Cara untuk ke Oryukdo Skywalk (Dari Busan Station) :
1. Naik bus No. 27 dari Exit 10
2. Terus saja ke Oryukdo SK View Humun Bus Stop 
3. Jalan lebih kurang 300m untuk sampai ke destinasi

Asalnya kami hanya refer pada information di atas. Dari Choryang Station kami perlu ke Busan Station. Siap sedia untuk bergerak. Turun dari tangga lobby terpandang papan notis yang disediakan oleh pihak hotel. Eeeh !! Tak perlu ke Busan Station. Ada cara lain untuk ke Oryukdo Skywalk dari Choryang Station.

Pihak Welcome Busan Guesthouse ada sediakan notes cara-cara ke Oryukdo Skywalk dari Choryang Station.

Dari Choryang Station juga ada bas yang boleh bawa penumpang ke Oryukdo Skywalk. Cuma kena keluar ikut exit lain. Tak jadi masalah. Keluarlah ikut Exit 12 pula. Bas yang sama juga kalau dari Busan Station. Hihihi.. 

Cara untuk ke Oryukdo Skywalk (Dari Choryang Station) :
1. Naik bus No. 27 dari Exit 12
2. Terus saja ke Oryukdo SK View Humun Bus Stop 
3. Jalan lebih kurang 300m untuk sampai ke destinasi

Exit 12 Choryang Station.

Yeay bus dah sampaaai =)

Kalau ikut Google Maps, perjalanan mengambil masa selama satu jam tapi rasa tak sampai satu jam. Mungkin hanya 30-45 minit bergantung pada traffic. Jadi pandai-pandailah budget masa. Bila nampak pintu gerbang SK View (apartments) kami pun turun. Nasihat aku.. Jangan turun lagi. Bus akan berhenti di hujung jalan untuk u-turn. Patutlah dari jauh nampak banyak bus tersadai. Kalau turun awal kena menapak jauh. Syukur cuaca sejuk mendung berangin. Kalau tengah hari rembang summer matahari mencanak ? Haaa..

Ini after 10 minit menapak dari entrance SK View. Still a long way to go. Huhuhu..

Bus Busan City Tour.

Bila dah sampai hujung.. Boleh pilih nak kemana dulu. Igidae Park di sebelah kiri atau terus ke Oryukdo Skywalk di hujung jalan. Kami pergi Igidae Park dulu. Igidae Park ni besar tau. Hiking trail dan laluan agak panjang. Coastal walk pun mungkin juga sebab tepi laut. Ramai ahjusshi ahjumma siap sedia dengan hiking gear untuk memanjat. Kagum sungguh. First kena panjat tangga atau jalan cerun hampir 90 degree. Tercungap-cungap memanjat. Sampai atas teruskan lagi perjalanan. Banyak tangga sungguh negara ni. Aku panjat sikit saja nak bergambar punya pasal. JM teruskan ikut laluan trail yang disediakan seorang diri while aku tunggu dibawah layan perasaan. Aku kirim camera minta tolong JM ambil gambar ada apa atas sana. 

Tak larat !! Plus takut kalau nanti pinggang buat hal. Kalau cramp tiba-tiba dah JM kena dukung aku pula. Hihihi.. Jadi baiklah berjaga-jaga.

IGIDAE PARK COASTAL WALK / HIKING TRAIL


Igidae Park dan Oryukdo Skywalk dihujung sana. Cantik !! Walaupun pokok semua togel kekeringan.

Oryukdo Observatory Deck. Pulau-pulau di sekitar Oryukdo Island.


Nampak laluan bertangga tu semua ? Kalau rajin boleh pergi naik memanjat.

Oryukdo Skywalk dari laluan trail.

Hiking trail.

Hiking trail lagi,

Oryukdo coastal line.

Oryukdo coastal line lagi.

Dah puas cuci mata dari atas, kami terjah Oryukdo Skywalk pula. Ramai juga umat manusia yang ada. Masing-masing bawa keluarga or partner. Meriah. Nak lalu di Oryukdo Skywalk kena pakai kasut khas. Jangan risau free saja. Nanti nak lalu ada ahjusshi akan kasi sepasang untuk kita. Tak perlu buka kasut pun. Sarung saja kasut khas balut kalut kita. Comel sangat..

ORYUKDO SKYWALK


Oryukdo Skywalk sebenarnya adalah jambatan transparent yang dibina menjulur ke tengah laut. Tidaklah jauh ketengah sangat. Acah saja lebih. Sepatutnya nampak clear bawah jambatan tapi tak tahulah kenapa.. Cermin kaca berdebu dan macam dah kotor. Tak clear langsung nak nampak bawah. Jadi kita enjoy sceneries atas sajalah. Batu-batu cantik bawah jambatan semua tak nampak. Huuurm..


Boleh naik cruise juga dari Heundae Beach.

Ahjusshi sibuk cari pasangan kasut khas. Dah dapat baru boleh lepas lalu Oryukdo Skywalk.

Kami dah ready. Hahaha.. Kelakar pula rasa pakai benda alah ni..

Masing-masing dengan sarung kasut special.

Tengok umat manusia ramai sangat. Terpaksa berhenti satu sudut berhimpit-himpit nak ambil gambar. Nak enjoy view pun terbantut. Huhuhu..

See.. Lantai dah tak clear. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab dah rosak itu yang semua kena pakai sarung kasut.

Aku berhenti nak bergambar. Ahjusshi dan anaknya berminat pula nak join. Ok marilah bersama-sama. Hihihi..

Disebabkan sceneries cantik.. Kami abaikan saja kekecewaan cermin kabur Oryukdo Skywalk. Tak habis lagi business di Oryukdo. Tungguuu..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...