Friday, 29 March 2013

HOLLAND 2012 | DEN HAAG - MADURODAM

JALAN-JALAN AMSTERDAM | MADURODAM, DEN HAAG


3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN AMSTERDAM | MADURODAM, DEN HAAG. Dalam entries yang lepas aku tertanya-tanya kenapa tour guide kami nak cepat sangat. Singgah sekejap saja kat few places dan terjerit-jerit panggil kami naik bas. Rupa-rupanya dia nak kejar masa so that kami sempat masuk ke next destination iaitu Madurodam yang juga terletak di The Hague. Salah satu tempat menarik untuk dilawati kalau berkesempatan ke The Hague. Terletak tak jauh dari Peace Palace, Madurodam adalah satu taman yang menyimpan binaan the miniature of the bangunan-bangunan yang terkenal di Holland. It contains the replicas of the buildings yang menjadi signature Holland. It covers the whole of Holland dengan binaan miniature dengan scale ratio of 1:25.

TEMPAT MENARIK DI DEN HAAG : MADURODAM



SEJARAH HANSJE BRINKER DI MADURODAM


Nampak budak lelaki tu ? Nama dia Hansje Brinker. Jangan tanya aku macam mana nak sebut aku pun tak tahu. Dia pernah buat sumbangan besar untuk negara tercinta. Kalau tengok dalam gambar, dia tengah prevent air daripada keluar dari lubang. Ya itulah apa yang dia buat. Menurut sejarah, he wanted to prevent two villages daripada banjir jadi dia tutup air yang masuk ke kampung tu dengan jari dia. Kalau kita masuk ke dalam, adalah sejarah budak ni diceritakan. Nah click sini kalau nak tahu sejarah budak ni dengan lebih lanjut - Hansje Brinker The Hero.

MADURODAM : THE MINIATURES OF HOLLAND


Masuk saja ke dalam Madurodam terus nampak peta kawasan untuk dijadikan rujukan. Other than that, they will give you satu buku panduan. Pilihlah ikut language apa yang difahami. Senang sebab dalam buku ada explanation secara ringkas tentang miniature yang dipamerkan. Agak-agak blur boleh rujuk buku. Tiket nak masuk ke Madurodam dah dikira sekali dengan package yang kami beli dari Tours & Tickets. Jadi kami tak payah bayar apa-apa dah.






Madurodam tak adalah besar mana tapi banyak juga gambar aku snap kat sini. Setiap ceruk aku posing. Aku tak peduli sangat history tempat tu or significant event kenapa tempat tu famous sampai nak tayang kat sini. You can finish exploring this place within one hour kalau cepat. Tambah pula time petang-petang macam ni hujan mula nak renyai balik. Memang rezeki murah sungguh bermandi hujan di Holland. Lagilah laju aku posing and berjalan. Miniature kat sini aku rasa taklah besar sangat. Tapi kalau nak berdrama konon jadi raksasa nak hancurkan rumah-rumah memang boleh sangat. Korang boleh nak main gerak model-model orang or kereta yang ada kat sini. Ada kawasan yang boleh masuk and pijak ada yang tak boleh. Baca rules dulu ya.











At the end of the journey mesti ada souvenir shop. Fridge magnet tulis Madurodam sangatlah mahal aku tak mampu nak spend banyak semata-mata nak beli fridge magnet. Paling murah pun 10Euro (RM40 approx). Memang taklah nak beli. I just bought several postcard jadilah bukti aku dah sampai. Kalau tak cukup bukti tengok saja gambar aku yang beratus kat sini. Kat sini souvenirs memang exclusive. Nampak high class sangat so no wonder harga pun mencekik. Tshirt, bag dan semua benda ada. Model-model kecil pun ada dijual. Kalau kaya boleh beli. Kalau datang sini jangan datang seorang diri. Kesian nanti tak ada orang nak ambil gambar. Meroyan nanti tengok orang lain posing sana sini. Bukan boleh selalu ulang alik datang sini lagi.

Menurut several websites yang aku baca, they suggested untuk tourists datang sini kalau agak-agak tak berapa lama nak stay kat Holland. Kiranya dengan pay a visit kat Madurodam, kita dah berjaya jelajah the whole Holland. Main tipu tapi kira complete dah journey kita. From this trip aku tahu kedudukan theme park, stadium bola, amusement park yang ada kat Holland ni tapi apakan daya. Tidak berkesempatan untuk pergi. Mudah-mudahan ada rezeki lain dari Allah SWT.

Jadi dengan ini selesai cerita day trip aku. Sempat juga lalu IKEA Holland. Aku rasa ada dalam tiga kali ganda besar IKEA Malaysia sebab memang sumpah besar sangat. Ternganga aku tengok. On the way balik kami lalu kilang-kilang buat chocolates brand famous. Snickers, Mars dan Milky Way. Asalnya satu company saja tapi ada big banners keliling kilang. Dari jauh boleh nampak signboard chocolates. Tak ada kudrat nak snap gambar. Keletihan yang amat.

Dalam journey balik aku dah tak pedulikan manusia sekeliling. Kak Farah dah lama hanyut. Pengsan dengan tenangnya. Kesian dia. Esok nak pergi kerja pula. Demi nak melayan aku dia sanggup sama-sama penat. Kami sampai balik ke Amsterdam dalam pukul 9.00PM and jalan pun dah longlai. Singgah Subway beli sandwich tuna buat bekal balik hotel. Singgah HEMA shopping snack and air juice bermacam jenis buat bekal. Esoknya conference Kak Farah dah bermula. Baik aku beli bekal makanan siap-siap takut esoknya malas nak keluar menapak cari makanan. MamiZ pun dah pesan jangan berani sangat nak merayau seorang diri.

ADDRESS :
Madurodam
George Maduroplein 1,
2584 RZ Den Haag,
The Netherlands.

OPERATING HOUS :
Daily Monday - Sunday
9.00 AM - 6.00 PM
* Ticket office closes at 5.00 PM

ADMISSION :
Adult : 14.50EU (RM58.00 approx)
Children 3-11 years : 10.50EU (RM42.00 approx)

Official Website : Madurodam 

CARA UNTUK KE MADURODAM DARI AMSTERDAM
  1. Majoriti aku baca menyarankan untuk naik train ke The Hague and kemudiannya mengambil tram sahaja untuk sampai ke Madurodam ni. Boleh naik tram no 9 and it will stop betul-betul depan entrance ke Madurodam. Dalam 20 minit perjalanan.
  2. Car / Taxi. Key in saja dalam GPS nak pergi mana. But aku notice, parking kat Madurodam ni tak banyak mana tapi boleh parking for free saja. Maybe orang selalu datang guna service trip macam aku join ni kot.
  3. Tours & Tickets. Seperti biasalah. Beli package dari agent. Lama masa yang diberikan untuk singgah sini sampai aku dan Kak Farah jadi antara orang yang keluar dulu dan menunggu yang lain. 

Monday, 11 March 2013

HOLLAND 2012 | DEN HAAG - PEACE PALACE

JALAN-JALAN AMSTERDAM | PEACE PALACE, DEN HAAG


3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN AMSTERDAM | PEACE PALACE, DEN HAAGTrip diteruskan lagi dan aku rasa banyak masa dihabiskan dalam bas saja. Mungkin kerana jarak antara satu tempat and another agak jauh. Destinasi seterusnya adalah Den Haag atau The Hague. The Hague is the third largest city after Amsterdam and Rotterdam. The Hague adalah tempat segala jenis parliament buildings and all sorts of political agencies and societies are situated at. Macam Putrajaya kalau di Malaysia tapi aku rasa tempat ni lagi besar. Umat manusia pun sesak kat sini. Satu tempat yang sangat sibuk. Bangunan tinggi-tinggi and banyak offices ada kat sini. Sebiji macam Kuala Lumpur in fact nampak lagi moden. The Hague ada sistem tram yang tersendiri. Tak banyak kereta yang ada atas jalanraya. Aku rasa semua orang guna tram untuk bergerak sana sini. Sama saja bentuk tram di The Hague dan di Amsterdam. If I am not mistaken, tram ni boleh sampai ke Delft.

TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM / HOLLAND : THE HAGUE


From my reading, The Hague ni tarikannya bukan saja tempat politik dan bangunan-bangunan kerajaan, tapi juga tempat terletaknya seaside resort paling terkenal di Holland. Jadi kalau nak datang sini boleh pergi kawasaan seaside yang ada di The Hague. Kalau kita Google memang macam-macam sebenarnya boleh buat kat The Hague. Banyak tempat menarik boleh pergi. Since aku pergi sana without any knowledge jadi aku redha saja mana tour guide nak bawa kami pergi. Balik Malaysia baru aku buat research sikit. 

Kami tak ada kesempatan nak pergi meronda sakan pun di The Hague. Tapi tour guide ada terangkan about each and every inch of The Hague. Sebabnya tak practical nak turun dan meronda kat sini unless kita ada urusan. Nak jalan tengok tempat menarik yang cantik pun limited. Tapi since tengah autumn, pokok memang tengah cantik. Dalam kesibukan pun still ada daya tarikan. It is a place where almost all the delegates from other countries are staying. Bus bawa ronda kat rumah-rumah banglo besar yang wakil negara duduk.

TEMPAT MENARIK DI THE HAGUE : THE PEACE PALACE


Puas pusing-pusing puas kagum dengan rumah besar cantik jelita, bus berhenti at this one place. Nampak macam palace. Memang palace. Tour guide suruh turun. Katanya palace ni terkenal dan menjadi spot menarik untuk tourist datang. Memang ramai pun orang posing sakan depan palace. At first aku macam malas nak turun tapi dah kelenguhan duduk dalam bas. 30 minit saja masa yang diberikan untuk berlegar-legar kat depan entrance castle. Aku punyalah clueless apa tempat ni. Jadi kami pusing-pusing kat entrance baca apa yang patut. Namanya Peace Palace. Tak boleh masuk pun so tercangak kat depan entrance. Aku pun tak nak kalah okay even apa pun tak tahu pasal Peace Palace.



Kecil saja surrounding sekitar Peace Palace. Muat-muat untuk dua tiga bus parking and orang turun ambil gambar dan naik balik bas. Kawasan memang cantiklah dengan pokok nak orange dah plus bunga sana sini cantik bagai. Since aku tak ada ilmu nak explain tempat ni apa sebenarnya, jadi aku buat research sikit. Boleh buat bacaan lanjut sendiri nanti kalau berminat. Peace Palace mempunyai kaitan dengan event yang membawa keamanan. International Court of Justice. Menurut bacaan aku, tempat ni boleh masuk tapi tak tahulah kenapa hari tu kami tak dibenarkan masuk. Masam mencuka muka mamat-mamat yang jaga entrance tempat ni. Peace Palace pernah jadi tempat tinggal orang-orang ternama kat Holland satu ketika dahulu. Kiranya dalam ni ada replika muka orang-orang ternama tu semua. Entahlah tak sure sebab tak dapat masuk. Nah boleh click sini kalau nak tahu pasal Peace Palace --> Peace Palace.

Korang kalau travel jangan jadi macam aku. Clueless. Buatlah research habis-habisan tentang The Hague atau tempat-tempat lain yang dituju. Banyak benda menarik sebenarnya boleh tengok di The Hague. Kalau travel tanpa terikat dengan tour agent macam aku, lagilah free untuk plan aktiviti sendiri. Kalau nak meronda sehari pun cukup dah agaknya. Lari kejap dari Amsterdam dan datang sini ronda tengok apa yang patut. Sedih sebab my visit to The Hague was too short. Sceneries banyak yang cantik tapi susah nak snap. Dok dalam bus. Kecewa. Nak buat macam mana.

TIPS BERADA DI THE HAGUE / TEMPAT MENARIK DI THE HAGUE

  1. Louwman Automuseum. Ni based on research aku sumpah terbaik. Museum untuk display model cars dari zaman datuk nenek moyang sampai sekarang yang guna hybrid. Bayangkan sendiri bahagianya kalau dapat pi. And the cars katanya are still in their good conditions. Boleh refer link ni Louwman Automuseum Review and bacalah komen-komen memukau orang yang dah pernah pergi. 
  2. The Hague Tower. Ini pun aku discover bila dah balik. Tower ni diambil inspiration dari Flat Iron Building kat New York. Boleh naik and ambil gambar the whole city dari tower ni. Nah click sini kalau korang cadang nak pergi --> The Hague Tower.
  3. Yang pastinya kat serata Holland ni museum memang bersepah. Kat The Hague ni saja ada puluhan museum. Pening kang kalau aku senaraikan. Bukan korang yang pening, aku yang pening. So apa-apa hal pun kalau nak spend masa lama kat The Hague ni boleh click ni --> Things To Do in The Hague untuk list of attractions yang ada.

CARA UNTUK KE THE HAGUE DARI AMSTERDAM

  1. Selain bound kat Schiphol kita boleh terus bound kat airport yang dekat dengan The Hague. Ingatkan ada satu saja airport kat Holland rupanya ada lagi. The Hague shares airport dengan Rotterdam and can be reached from The Hague Central Station by RandstadRail Line E dengan menggunakan airport shuttle. Tapi selalunya orang akan turun di Schiphol jadi dari sana boleh terus ambil train.
  2. Train. Satu jam perjalanan dari Amsterdam Central. The Hague Central ni jangan main-main. The central connects trains from various countries tau. Kalau search schedule, dari The Hague ni boleh terus pergi Brussels, Cologne, Berlin and banyak lagi.
  3. Car / Taxi. Kalau rajin nak drive, korang akan guna jalan free-toll motorways. Bagus kerajaan sana tak charge toll. Jadi kita set sajalah GPS. Nah click sini --> Getting There : The Hague untuk more options. Sangat banyak options lain yang boleh dipilih.

Wednesday, 6 March 2013

HOLLAND 2012 | DELFT - ROYAL DELFT POTTERY FACTORY

JALAN-JALAN AMSTERDAM | ROYAL DELFT POTTERY FACTORY


JALAN-JALAN AMSTERDAM | DELFT. Memang punctual yang amat. Kalau kita spesis terkedek-kedek memang hazab. Tak ada headcount. Hanya tunjuk tiket saja terus naik bas. Tepat pukul 12.40 bas terus gerak menuju Delft. Those yang nak sambung untuk trip second half boleh tunggu. Majoriti yang join trip kedua adalah muka-muka yang sama saja. Salah satu tempat menarik di Holland yang berada di selatan negara ini adalah Delft. Perjalanan mengambil masa selama satu jam setengah. Bosan sikit sebab lalu highway. Hujan mula turun rintik-rintik. Memang nasib kami berjalan dalam keadaan hari hujan. Tak ada yang menarik sangat di sekeliling sepanjang perjalanan kecuali ladang bunga tulip yang sangat besar. Sayangnya bukan musim tulip berbunga jadi hanya nampak ladang yang gersang. Acik Bos tak jadi join trip kedua. Katanya dah pening kepala naik bus.

TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM / HOLLAND : DELFT


Tempat menarik yang pertama dituju di selatan Holland adalah Delft. Delft merupakan satu bandar yang terletak di selatan Holland. Terasa jauh sungguh perjalanan tapi tour guide memang awesome. Pandai crack jokes jadi penumpang rasa terhibur. Semakin menghampiri Delft, aku nampak bentuk bangunan-bangunan semakin moden. Apartments tinggi-tinggi and lebih banyak kawasan perumahan. Vibe yang sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan Amsterdam. Bila menghala ke south, memang terasa masuk ke kawasan yang serba moden.

DELFT : ROYAL DELFT BLUE POTTERY FACTORY


Delft memang terkenal dengan kehalusan dan kekayaan hasil seni blue pottery and beautiful canals. Selain raturan canals di Amsterdam, Delft pun ada banyak canals. Aku rasa binaan bumbung pada bangunan-bangunan di Delft macam lain sikit berbanding di Amsterdam. Bila dah balik ke Malaysia baru aku terbaca tentang bumbung rumah-rumah di Delft. Antara daya tarikan menarik Delft adalah bumbung rumah-rumah sekitar Delft yang dipanggil gamble-roof houses. Haaa.. nak tahu apa itu gamble-roof houses bolehlah rajinkan diri mencari maklumat sendiri. Misi utama kami ke Delft adalah untuk melawat kilang blue pottery yang famous. Majority semua pottery yang dijual serata Holland adalah made in Delft. For those rich people yang minat pottery memang they will come to Delft semata-mata untuk dapatkan pottery kerana value yang agak tinggi di pasaran.






Kawasan sekeliling kilang nampak macam kawasan perumahan saja. Bila sebut kilang, aku bayangkan akan ada bangunan besar dengan ratusan pekerja. Tapi jangkaan aku meleset. Memang sungguh hanya dalam rumah saja. Sekali tengok macam haunted mansion pun ada juga. Tapi raturan ribu income dalam seminggu hasil daripada demand yang tak pernah putus-putus. Kilang blue pottery yang paling terkenal di Delft adalah Royal Delft. All these people memang dah berkurun buat business porcelain dari kurun ke-16 lagi. Kalau salah info maknanya tour agent aku penipu. Aku ambil info dari dia. Royal Delft adalah antara beberapa saja lagi kilang yang still menggunakan traditional ways in order to preserve the originality products porcelain yang dihasilkan. Masih lagi menggunakan lukisan tangan all the motifs and elements. Bukan lukisan yang dicetak menggunakan mesin. Itu antara sebab blue pottery dari Royal Delft masih famous sampai sekarang and orang sanggup habiskan banyak duit nak beli.


Masuk ke dalam kilang dah terus kena panjat tangga. Sempit juga laluan untuk sampai ke atas. Mulalah sesi penerangan. Aku sumpah mengantuk. Menarik juga sebenarnya pakcik tour guide tunjuk all the procedures dari cara pemilihan clay sehinggalah masuk dalam mesin pembakar. Tapi bosan sebab slow sangat. Sepatah demi sepatah dia cakap. Maaf pakcik. Aku nak tengok pottery saja nak dengar-dengar penjelasan aku tak berapa gemar. Mengantuk. Tapi aku tangkap juga pakcik tour guide sembang apa even though dekat sepuluh kali menguap.

The funny part about blue pottery adalah, they imported the clay dari negara-negara jiran. Sebabnya, they do not have white clay in Holland. Kat Holland semua clay warna merah. That is the reason kenapa majority binaan batu bata rumah-rumah di Holland adalah berwarna merah. This uncle told us, clay merah adalah clay yang murah kalau kat Holland. That is why people guna clay merah nak buat rumah. Kalau nampak rumah yang cat warna lain tu semua sebab cat saja but basic adalah clay merah. Rumah yang betul-betul pakai clay mahal tu maknanya rumah orang kaya. Jadi clay terpaksa diimport from countries macam Sweden and Germany. Memang dari dulu lagi dah mula import. Mesti guna white clay kalau nak buat pottery ni. Nak tak nak kena import.





Lagi satu perkara yang kelakar, pakcik tour guide turut mengaku yang idea and design dicuri dari China and ilmu pottery dikembangkan sendiri di Delft masa dulu datuk nenek moyang orang-orang Dutch nak mulakan business pottery. Nak buat jadikan blue pottery nampak dari Holland, dikekalkan elements yang sebati dengan Hollands. Windmills, tulips and clog shoes. Begitu rupanya. Kemudian, kami dibawa ke tempat artis-artis melukis. Selain blue pottery yang basic, pelukis-pelukis di Royal Delft mengambil order tempahan kalau customers nak extra colours dalam tempahan mereka. Semuanya handmade jadi kita boleh agak harganya. Memang hasil kerja pakcik-pakcik pelukis sangat teliti. Kita boleh juga kalau nak bergambar dengan pakcik-pakcik artis tu semua. Sangat peramah nak explain hasil seni yang dah dihasilkan.



Dihujung trip, kami dibawa ke gallery menjual pottery. Ada banyak pottery yang cantik-cantik. Harganya memang mampu buat kita menangis dan telan air liur saja mampu. Paling murah antara yang aku tengok pun harganya 160EU (RM640 approx). Memang taklah aku beli. Nak hempuk kat dalam luggage usung balik Malaysia ? No way. Ranap baru padan muka. Aku pegang saja buat merasa. Pottery dari Royal Delft bukan ada kat sini saja. Products Royal Delft ada kat serata Holland. Kita kena pastikan originality saja. First, kena check logo kat bawah products takut-takut yang tiruan punya. Then, kalau tengok seni lukisan macam tak meyakinkan maknanya yang tipulah. Sebab jaminan memang Royal Delft punya superb and tip top. Halus and sangat detail. Jadi kita boleh nilai sendiri. Finally, kalau harga murah yang amat memang yang tipu punya. Tak adanya murah.

Kat sini ada jual accessories yang dibuat dari porcelain. Aku tengok orang lain pulun beli angkut sekali sepuluh set. Aku jenguk harga dah terpengaruh dengan hasutan makcik-makcik yang join trip ni. Sekali tengok harga peeergh..!! Berpinar mata. Aku memang tak deny pun kecantikkannya tapi harga around 50EU (RM200.00 approx). Sekali minah tu angkut 10 kotak aku pun haaaih..!! Ikut duit dia murah agaknya. Terkebil-kebil aku kat tepi rak tu. Nak beli ke tak nak beli sebab sumpah cantik. Berat and memang nampak exclusive. Berperang dengan jiwa raga akhirnya aku berjaya melawan nafsu. Aku berjaya menepis godaan even though cantik yang amat bangle tu. 





TEMPAT MENARIK DI DELFT - BANDAR DELFT


Selesai urusan di Royal Delft kami dibawa bersiar-siar ke bandar Delft. Ada banyak tarikan lain di sekitar bandar Delft. Macam-macam jenis museum and segala church yang famous kat Delft ada kat bandarnya. Kami diberi masa selama satu jam untuk meronda. Banyak souvenir shops juga tapi masih tak dapat melawan harga yang murah di Volendam. Baca di SINI. Memang sumpah Volendam tempat yang paling sesuai nak borong souvenirs. Ada banyak silk scarf dijual disini. Aku tak nampak sangat kedai ada dijual di Amsterdam. Boleh beli kalau berminat. Bermotifkan bunga tulip yang terkenal di Holland dan ada tulis 'The Netherlands' lagi. Nak jadikan souvenirs pun memang menarik.

TEMPAT MENARIK DI DELFT - BLUE HEART OF DELFT


Tour guide brought us to visit the Delft University of Technology, one of the famous universities in Holland. Tengok dari bus saja. Tak turun pun. Besar sungguh dan kami nampak ramai students memang kayuh basikal sana sini untuk bergerak. Disini juga ada satu taman yang famous and dinobatkan sebagai tourists spot. Tapi kami tak singgah sebab nak pi shopping kat bandar.

Disebabkan Delft is very famous for their pottery, ada satu replika berbentuk hati yang besar dibuat daripada fake sapphire dibina to symbolize the famous blue pottery. Namanya adalah 'Blue Heart Of Delft'. Nak jumpa replika blue heart ni kat town of Delft saja. Besar enough untuk nampak. Wajib bergambar kat sini as a bukti yang kita dah sampai Delft.


Done short trip ke Delft yang merupakan one of the tourists spots kat south Holland. Aku baca from various websites and blog bloggers yang dah pernah sampai sini, they suggested untuk spend a day trip saja di Delft. Gerak dari Amsterdam dan pusing-pusing then gerak balik. Tak payah sampai nak bermalam unless korang memang ada banyak masa. Bolehlah nak jalan-jalan santai. Delft ni dah dekat sangat dengan The Hague dan Rotterdam. Kalau nak extend perjalanan pun boleh sangat. Dah alang-alang sampai biar jalan sungguh-sungguh.

TIPS BERADA DI DELFT 

  1. A visit to the Royal Delft adalah wajib. Mesti tulis dalam list kalau bercadang nak ke Delft. Tak bermakna trip kalau tak singgah sini walaupun tak membeli.
  2. Seperti biasa, Holland memang ada banyak museum. Jadi bolehlah melawat banyak museum kat sini. Pilih saja nak yang masuk yang mana satu.
  3. Delft merupakan tempat lahir salah seorang painter terkenal Holland iaitu Vermeer. Aku tak kenal dia ni tapi memang tour agent aku dok explain sepanjang journey pasal dia ni.
  4. More information boleh click sini --> Things To Do in Delft.

CARA UNTUK KE DELFT DARI AMSTERDAM

  1. Car / Taxi. Kalau sewa kereta boleh drive saja ke sini. Masuk highway and ikut sahaja signboards. Type dalam GPS mana nak pi.
  2. Bus. Aku ikut trip dari Tours & Tickets jadinya aku datang sini naik bus. Kalau nak join bolehlah beli package yang company ni offer.
  3. Train. Ini memang suggested by many people. Hanya satu jam saja dari Amsterdam Central. Sama lamanya dengan naik bus. Beli sahaja ticket train and turun di Delft. Boleh click sini --> Getting There : Delft for more information and harga tiket train sekali.

Sunday, 3 March 2013

HOLLAND 2012 | AMSTERDAM - MARKEN

JALAN-JALAN AMSTERDAM | MARKEN


3 OKTOBER 2012

JALAN-JALAN AMSTERDAM | MARKEN. Selepas 25 minit berada di dalam boat meninggalkan Volendam akhirnya kami sampai di Marken. Trade mark Marken katanya tempat ni memang kelilingnya air. A fishing village juga. Banyak boat yang boleh disewa kalau nak pi memancing. Marken is famous for its wooden houses yang colourful and sangat cute. Dari jauh boleh nampak dah deretan rumah-rumah warna-warni. Macam chalet pun ada juga. Sepanjang journey dari Volendam, sempat juga notice ada lebih dari sepuluh windmills besar gedabak yang moden. Generated guna electricity. Dah tak mainlah windmills kayu. Sekarang semua technology tinggi. Windmills canggih ni bersepah kat sekitar Holland. They need these windmills untuk control angin and paras air laut. Holland ni negaranya rendah jadi they use windmills kalau nak prevent anything yang unwanted to happen.

TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM / HOLLAND : MARKEN






In Marken ada banyak souvenir shops juga tapi tak sempat nak menjenguk. Turun boat terus berjalan ikut geng tour. Kawasan Marken sama cantik macam Volendam juga tapi nampak lebih klasik dengan binaan bangunan yang lebih kekampungan. Chalet-chalet kecil ada merata so kalau korang mampu dan berminat boleh sewa bermalam. Kami jalan jauh lepas turun dari boat. Aku patutnya refer dalam brochure tentang Marken tapi terlupa dah. Menonong saja ikut group. Tapi sebab kawasan sekeliling memang cantik tak sedar pun yang kaki kami dah menapak jauh. 

TEMPAT MENARIK DI MARKEN - KILANG CHEESE / CLOG SHOES


Dari jauh dah boleh bau cheese. Kami dibawa ke kilang buat clog shoes atau kasut kebanggaan orang Holland dan kilang cheese. Memang antara daya tarikan yang menarik di Marken. Satu bangunan saja tapi ada dua bahagian. Bukan besar mana pun tapi kemas dan boleh juga menampung ramai pengunjung. Mungkin dibina untuk tour purposes. Ada banyak kilang buat cheese kat Holland. Di Amsterdam City tu bersepah-sepah kedai jual cheese. Mana-mana ceruk pun ada. Tapi disini pekerja akan demonstrate macam mana nak buat cheese secara manual. Tak main guna mesin. Dari awal sampai akhir ada penerangan macam mana nak buat cheese yang fresh. Semua pakai tenaga kudrat. Dari susu segar yang diperah dari lembu atau kambing sampailah jadi cheese besar tapak tangan. Tapi cheese dari susu kambing tak berapa mendapat sambutan jadi kurang dihasilkan. Dari perasa asli hinggalah wujud macam-macam jenis perasa lain.

Aku beli cheese yang sudah dibungkus comel untuk kawan-kawan. Sesuai buat souvenirs. Ada macam-macam jenis dalam satu bungkus. Satu bungkus ada 20 biji cheese dan berharga around 12EU (RM48.00 approx) untuk sebungkus. Ala macam cheese stick yang kenyal tu. Beli dua bungkus terus. Kalau tetiba souvenirs lain tak cukup boleh kasi cheese. Rasanya memang sedap. Sekarang pun telan air liur teringat. Melampau. Tak beli cheese yang besar tapak tangan sebab aku rasa membazir. Tak ramai dalam keluarga aku yang suka cheese.












Kasut clog pun ada disini. Harga sepasang jauh lebih murah berbanding yang dijual di Amsterdam City. Dari jenis kayu yang boleh digunakan hinggalah proses pembuatan kasut they demonstrate untuk pengunjung. Hanya sejenis saja pokok yang boleh buat kasut kayu ni. Depan kilang ada satu saja pokok yang sengaja ditinggalkan untuk tourists tengok. Other than that, ada kat tempat lain. Yang bestnya, memang unik dan kat Holland saja pokok ni ada. Cara kapak kayu dengan betul sampailah kayu dimasukkan dalam mesin khas untuk tebuk buat ruang masukkan kaki. Semuanya dijelaskan. Memang antara tempat menarik untuk kita kunjung kalau ke Marken tapi kena hati-hati. Ada serpihan-serpihan dan habuk-habuk kayu bakal berterbangan. Eloklah duduk jauh sikit.

Holland clog shoes dikatakan mampu untuk support tulang belakang dan betulkan posture badan agar nampak lebih cantik. Dipercayai berguna untuk kesihatan. Tapi zaman sekarang lain pula ceritanya. Kalau tak dipakai, they use it as pasu bunga. Almost semua rumah kat Holland akan ada clog shoes yang bergantungan untuk buat decoration. 


Di Marken juga boleh kalau nak shopping souvenirs juga macam fridge magnets dan keychains. Tapi aku masih rasa harga di Volendam lagi murah. Boleh baca di SINI. Mahal sikit dari Volendam tapi absolutely cheaper kalau compare harga di Amsterdam. Aku tak banyak membeli pun. Dah habis sakan memborong di Volendam. Kalau rasa nak beli kasut kayu, silalah beli kat sini sebab memang dijual murah yang amat berbanding di Amsterdam. Beza boleh sampai 5EU (RM20.00 approx). Aku tertarik nak beli tapi aku takut nanti aku tak pakai. Buat membazir saja. Tapi bila dah balik Malaysia rasa menyesal pula.

Marken adalah destinasi yang terakhir untuk packages Tours & Tickets yang pertama. Pulang semula ke Amsterdam around pukul 12.00 PM and around 12.40 PM kami dah kene standby untuk trip seterusnya ke south pulak. Perjalanan mengambil masa yang lagi lama. Mari kita berehat dulu.

TIPS BERADA DI MARKEN

  1. You can cycle around Marken. Antara yang disarankan oleh bloggers. Sebab kawasan Marken sangat cantik dengan suasana kampung nan permai lagi so boleh jalan kaki or cycling.
  2. Jangan lupa kunjungi kilang membuat keju dan clog shoes. 
  3. Kat sini ada light house. Tapi aku tak pi pun. Kalau korang get the opportunity untuk pergi sila pergi. Teringin juga nak pergi light house and tengok laut dari atas. Tapi tak ada rezeki.
  4. Museum. Kat Holland mana-mana pun ada museum. Kalau suka sejarah boleh jenguk museum yang ada sekitar Marken. Macam-macam cerita bersejarah Marken ada. Sebab kawasan Marken selalu banjir jadi mungkin ada cerita menarik yang ingin dikongsikan dengan pelancong.

CARA UNTUK KE MARKEN DARI AMSTERDAM

  1. Car / Taxi. Boleh sewa kereta and set saja GPS nak ke sini. Marken is near to Zaanse Schans so memang signs are everywhere. Ikut sahaja sign confirm sampai. Tak pun beli saja pakej macam yang aku beli package melalui Tours & Tickets agent yang ada serata Holland.
  2. Bus 311 connects Amsterdam to Marken and patah balik frequently. Bus ni passes through Broek in Waterland and Monnickendam. Another bus is Bus 610 connects Marken to Volendam kalau tak nak naik boat.
  3. Boat. This is another option kalau dari Volendam nak ke Marken. Boleh naik boat Marken Express.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...