Friday, 31 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 4.1 - BACK IN HANGZHOU

PULANG KE HANGZHOU DARI SHANGHAI MENAIKI BULLET TRAIN


Entri sebelumnya di SINI.

Dah puas membuang duit haruslah masing-masing sedar diri dan pulang ke jalan yang benar. Puas hati dengan hasil tangkapan sampai tak mengeluh penat langsung. Yang sakan shopping haruslah tak rasa penat. Yang duduk menunggu yang kebosanan. Apa-apa pun, haruslah kita beransur secepat mungkin. Kami harus pulang ke Hangzhou semula. Disebabkan fake market berada di Line 2, jadi tak perlu susah-susah untuk tukar laluan Metro untuk ke Shanghai Hongqio Railway Station. Perjalanan memakan masa hampir 45 minit. Bila sampai di Shanghai Hongqio Railway Station, proses untuk membeli tiket berjalan lancar. Kali ni kami sudah sedikit pro. Sudah tahu mana nak tuju. Alhamdulillah. Dapat tiket untuk ke Hangzhou pada pukul 8.00PM.

Kali ini kami dapat G Ticket dengan harga 120Yuan (RM60 approx). Walaupun sedikit mahal berbanding tiket-tiket kelas lain, tapi tak mengapa. Mengikut kefahaman aku, G Ticket merupakan tiket bullet train dan perjalanan hanya memakan masa selama 1 jam untuk sampai ke Hangzhou. Tiada pit stop di stesen lain. Direct terus sampai Hangzhou. 




Tidak lama pun menunggu. Dalam 45 minit gate sudah dibuka. Kami memang dah bersiap sedia menunggu dihadapan gate. Sambil melepaskan lelah penat shopping sakan. Penat berjalan juga. Eloklah duduk berehat meregangkan otot dan sendi. Nanti di Hangzhou nak berjalan lagi mencari hotel. Orang sangat ramai. Tak ada ceruk yang kosong. Riuh sungguh. Kalau mahu shopping di stesen ini pun boleh juga. Tapi barangan semua yang berjenama. Untuk cuci mata sebelum menaiki train apa salahnya. Window shopping.

Pekerja dah mula memanggil. Jom kita naik train..


Seat lebih selesa berbanding train yang kami naik ketika mahu ke Shanghai dari Hangzhou. Boleh baca di SINI. Jadi berbaloi bayar sedikit mahal janji selesa daripada terpaksa berhimpit-himpit. Tak terasa perjalanan yang jauh. Kami semua kepenatan tapi aku tak dapat terlelap pun. Dalam hati memikirkan jalan untuk mencari hostel pula. Aku keluarkan peta laluan Metro di Hangzhou. Cuba untuk mencari arah yang sepatutnya untuk sampai ke hotel. Kekakaks pula ada yang hanyut tidur. Kak Farah lain pula kerjanya. Makan tak berhenti. Aku tumpang sekaki juga menghabiskan buah berangan dan strawberry yang kami borong di Shanghai. Sedap.

Setelah hampir 1 jam berada di dalam train, kami akhirnya berjaya pulang ke Hangzhou. Keluar dari train masing-masing menggigil. Suhu di Hangzhou jauh lebih rendah berbanding di Shanghai. Memang sejuk yang amat. Masing-masing mula untuk keluarkan glove. Sepanjang di Shanghai langsung tak bersentuh. Cepat-cepat kami naik ke terminal Hangzhou East Railway Station.


Dari Hangzhou East Railway Station, kami ambil Metro Line 1 untuk ke stesen West Lake Cultural Square. Aku tengok kedudukan hostel berdekatan degan Cultural Square jadi aku buat conclusion bahawa kami semua harus ke sana. Bila kami dah sampai, sayup sungguh. Langsung tak ada orang yang lalu lalang. Aku tenung satu peta besar yang ada di station metro. Tenung tapi masih tak tahu kemana nak pergi. Akhirnya ada seorang lelaki yang datang tegur aku. Kalau sekali tengok macam mafia pun ada juga. Dialah satu-satunya passenger yang aku nampak sejak aku turun dari train. Bertatu satu badan. Seram tapi dia tegur baik-baik dan boleh berbahasa Inggeris. Dia tanya mahu kemana dan aku tunjukkan alamat hostel yang sudah ditulis in Chinese characters.

Dia pun tak pasti kedudukan hostel tapi dengan gigihnya dia nak tolong kami. Hampir 30 minit juga dia menggodek handphone akhirnya dia bersuara. Katanya, kami tak patut turun di stesen West Lake Cultural tapi sepatutnya ke stesen Ding'An Road yang turut sama berada di Line 1. Dia suruh kami cepat-cepat pergi beli tiket dan naik train secepat mungkin. Katanya service metro di Hangzhou tamat pada pukul 11.00PM. Kami pun meneruskan perjalanan ke stesen Ding'An Road. Bila sampai, adalah juga few people. Aku ke information counter walaupun aku tahu sangat tipis untuk aku dapatkan maklumat.

Pekerja di information counter tak fasih berbahasa Inggeris, memang terbatas communication. Tapi dia mencuba sedaya upaya untuk menerangkan kepada aku dimana letaknya hostel kami. Aku sangat frust dengan language barrier yang aku hadapi. Akhirnya ada seorang Chinese Lady yang berdiri belakang menepuk bahu aku. Dia tarik aku ke tepi dan bertanya mana aku nak pergi. Bila aku tunjuk address dia senyum. Dia suruh naik tangga dihujung stesen dan terus berjalan sehingga jumpa simpang berdekatan dengan jejantas besar. Kemudian terus belok kanan.

Syukur. Dalam kesusahan sentiasa Allah SWT hadirkan bantuan buat kami. Kalau tak gamaknya tak jumpa hostel dengan cabaran cakap ayam itiknya. Kami pun sama-sama menapak mencari hostel. Sekali lagi bertemu insan yang baik. Kami ditegur seorang lelaki dan girlfriendnya dan siap sudi untuk iring kami ke hostel. Tolong bawa bag juga. Sampai kami habis berurusan ditunggunya kami. Hairan juga aku tengok kenapa baik semacam. Kami jumpa seorang warga Malaysia berbangsa Cina di hostel itu while nak check-in. Jejak kasih sungguh. Ah Du namanya dan berasal dari Ipoh. Dia tolong kami untuk check-in tapi tak susah mana pun. Receptionist boleh berbahasa Inggeris dengan fasih.

Masuk bilik baring penuh kelegaan. Pengalaman oh pengalaman..

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Wednesday, 29 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 4.0 - YATAI XINYANG FASHION AND GIFT MARKET

JALAN-JALAN SHANGHAI | MENCARI FAKE MARKET DI SHANGHAI

Entri sebelumnya di SINI.

Liat sungguh nak bangun. Kalau boleh memang nak sambung tidur sampai tengah hari. Memikirkan ada satu lagi mission utama digagahi juga mandi bersiap dan menunaikan yang wajib. Kami berkumpul di lobby untuk check-out. Ingat tak dalam entry INI aku ada ceritakan tentang pekerja di reception counter yang cuba untuk memperbodohkan kami. Hey !! Hang ingat orang Malaysia tak sekolah ke apa ?

Masa check-in dua hari lepas, the same pekerja minta kami bayar deposit. Minta deposit adalah perkara biasa kan ? Bayarlah 200Yuan (RM100 approx) as deposit untuk dua malam. Dia kasi resit. Aku simpan resit tu sebab aku nak claim deposit balik. 

Aku tunjuk resit. Lepas tu dia buat tak tahu saja. Aku punyalah tercegat minta balik 200Yuan aku. Dia kata aku tak bayar any deposit pun. Haaa mulalah adegan aku meninggikan suara. Terang-terang tulis aku dah bayar 200Yuan. Dia boleh cakap tak ada resit apa pun. Depan mata dia ada resit tu boleh dia buat tak tahu. Aku terus cakap in English tak peduli dia faham ke tak. Aku ambil resit depan dia. Terkejut dia. Agak kasar juga aku time tu. 

Dia ingat kita bodoh. Dia lagi bodoh. Resit tu semua tulis in English. Ada nama hotel saja in chinese characters. Nak tipu pun agak-agaklah. Nak mencekik duit aku pula. Lagilah aku angin.

Lepas tu dia buat-buat nak tengok resit tu. Aku tak kasi. Kang dia ambil tak pulangkan balik. Mungkin sebab suara aku dah makin tinggi ada another pekerja datang. Boleh speak English. Dia tanya kenapa aku explain elok-elok sebab kawan dia nampak polite. Dia said sorry dan mungkin ada masalah communication. 

Hang dengan kawan hang sama. Dah kantoi nak scam duit aku katalah kawan hang tak faham English. Jangan kerja kat reception counter kalau tak reti nak speaking. Lepas tu dia pun pulangkan 200Yuan aku. The best part adalah, duit 200Yuan tu dah ada dalam sampul pun. Siap ada nama aku atas sampul. Geram sangat sebab dia pura-pura tak tahu. Puaslah kawan dia minta maaf. 

Aku punya conclusion adalah - Pekerja tu nak kebas duit aku. Full stop. Puas berdrama kami pun berangkat dari hotel itu. Tak kuasa nak lepak lama-lama. Aku sempat update DediS dan MamiZ yang kami nak gerak pulang ke Hangzhou.




Menapak sambil mengusung luggage masing-masing. Yang mana luggage dah beranak pandai-pandailah tanggung. Hihihi.. 

Kami singgah breakfast kat satu kedai muslim yang kami nampak on the way balik ke hotel malam sebelumnya. Malam kami lalu kedai dah nak tutup. Tapi kami dah mark siap-siap so that boleh breakfast di kedai itu sebelum ke next destination.

Memang ceruk mana kami pi alhamdulillah disambut dengan meriah oleh muslims di Shanghai. Kami masuk kedai pekerja lelaki tolong angkat luggage kami. Makcik-makcik tukang masak semua keluar ke depan nak salam dengan kami. Awkward pula rasanya. Kami mampu sengih saja. 

Order makanan tunjuk-tunjuk saja. Perkara paling senang untuk dibuat.

Sembang ayam itik. Suddenly one pekerja keluarkan phone. Okay !!

Memang style agaknya untuk communicate guna Google Translate. Comel sungguh. Since dah ada pengalaman jadi aku tak terkejut sangat. Ada effort untuk masing-masing faham each other. Tanya pun soalan-soalan biasa. At least ada juga kemesraan yang terjalin. Cewah.

Makanan sampai. Kami order lauk yang lebih. Ada juga mee tarik tapi mee sejuk. Macam kena celup dalam ais. Memula masuk mulut terus pandang Kekakaks. Nak gelak tapi kena cover. Mujur sedap. Tak seksa sangat nak telan. Daging yang kami order pun sejuk. Aku tak tahulah kenapa. Kami makan saja tak banyak bunyi. Janji kenyang.

Sempat juga kami tapau makanan. Buat bekal kalau tiba-tiba nanti kelaparan.





Makanan licin kami bedal. Bab makan so far memang semuanya terbaik. Tak ada satu pun yang mengecewakan kami. Setiap kali makan konsep kami sama. Order saja nak makan apa dan total kami bahagi lima. Semua setuju macam tu.

Makcik-makcik yang tadi keluar nak salam dengan kami sekali lagi menjelmakan diri. Korang bayangkan, kami tengah makan makcik-makcik tu semua duduk tunggu tengok saja kami makan sambil sengih-sengih. Muka memang excited habis. Makcik-makcik tu semua ramah tapi seksa nak communicate. Memang langsung sepatah haram tak tahu English.

Rupanya salah seorang dari makcik-makcik tu nak ajak bergambar. Alahai malu lah..

Rasa betul-betul popular. Semalam pun ada orang ajak bergambar. Hari ni pun ada yang ajak bergambar lagi. Curious tau. Jadi lepas makan kami pun standby nak bergambar. Makcik-makcik tu siap susunkan kerusi suruh kami duduk. Then ada seorang makcik tarik tangan Kak Farah suruh berdiri tepi dia. Aku rasa makcik-makcik ni berkenan dengan Kak Farah. Nak buat menantu kot.


Makcik baju putih paling energetic tapi makcik baju biru yang sakan peluk Kak Farah. Memang berkenan habis dengan Kak Farah. Siap usap-usap tangan. Macam tak mau lepas Kak Farah pergi. Parah. Risau gak kalau betul kena tinggal Kak Farah kat Shanghai. Apa nak jawab kat parents dia. Mujur makcik tu rela lepaskan.

Dah cukup !! Drama banyak sangatlah. 

Makan dah kenyang pun dah.

Jom gerak. Ada tempat lain lagi yang kami nak singgah.

Sebelum pulang ke Hangzhou kami nak singgah di Yatai Xinyang Fashion and Gift Market yang terletak di basement level Shanghai Science and Technology Museum. Kami tak ada niat nak ke museum tapi kami nak shopping di antara fake markets yang terkenal di Shanghai.

Come on guys !! It is China. Apa benda yang tak fake ? Habaq mai kat aku..

Directions to Yatai Xinyang Fashion and Gift Market
  • Naik metro ke station People's Square dan tukar laluan ke Line 2.
  • Teruskan journey ke Shanghai Science and Technology Museum yang berada di Line 2.

Memang tak susah. Hanya perlu sekali saja tukar laluan metro. Orang memang ramai. Line 2 memang laluan tumpuan jadi terpaksa rela berhimpit dalam metro. Jaga belongings. Dalam metro aku galas bag didepan. Memang tak biarkan bag dibelakang.

Sampai saja di station Shanghai Science and Technology Museum tak perlu menapak jauh langsung. Memang kita akan terus jumpa signage nak ke Yatai Xinyang Fashion and Gift Market. Tak perlu naik tangga or keluar dari station pun. While aku buat research sebelum pergi pun aku dah baca untuk sampai ke fake market inilah yang paling senang.

Untuk information lanjut mengenai fake markets di Shanghai -- SINI.


Kami longgok luggages di satu sudut. Jangan pula korang sepah merata. Cari tempat tersorok sikit. Tak adalah ganggu laluan orang. Kami shopping ikut turn. While aku dan Momon jaga barang-barang, Kak Ecah, Kak Farah dan Juju pergi shopping. Lepas satu jam mohon kembali untuk jaga barang-barang pula sementara aku dan Momon pergi shopping. Tapi tak macam satu jam pun. Berjam-jam aku rasakan. 

Kat sini memang boleh dapat barangan tiruan gred AAAAA haaa.. lima A terus aku kasi. Yang sampai kat Malaysia tu gred AAA saja. Kat sini lagi berkualiti. Kalau dah sampai sini janganlah korang kata tak nak shopping. Tergoda. Sumpah. Barangan dari top to toe ada. Memang boleh dapat murah. Bergantung pada tahap kepakaran korang untuk tawar-menawar. 

TAPI !!

MISTERI MEMBURU BAG COACH


Ada satu cerita seram yang berlaku. While aku dan Momon tengah ronda-ronda aku noticed barangan branded tiruan yang dipamerkan adalah jenama Michael Kors, Burberry, Kate Spade and few others. Yang aku nak tak ada pun. Aku nak belikan Coach untuk MamiZ. Nak beli yang original belum mampu. Tiruan gred AAAAA saja mampu. Tapi serious satu bag or wallet Coach aku tak nampak.

Momon pun nak borong Coach. Kami decided nak tanya kat one kedai ni. Siap kena sambut iring bagai masuk kedai. Dia pujuk la beli bag ni bag tu tapi kami tak nak. Last dia tanya nak bag apa. Dah semua aku tunjuk hang tak nak. Aku sebut nak Coach. Dia panggil kawan dia.

Kawan dia kata 'come follow me..' Uish peniaga kat China ni suka sangat suruh main ikut-ikut.

Aku dan Momon pun ikut pelan-pelan. Daripada kedai yang kami masuk tadi kami dibawa ke another kedai yang agak tersorok. Orang tak ramai pun kat kawasan tu. Kami pun masuklah dan disambut oleh pekerja lelaki pula. Aku cakap aku nak bag Coach. Kalau fikir balik kelakar pun ada. Tak habis aku zikir Coach dari awal. 

Suddenly dia press this one button and rak-rak yang ada handbag tu terbuka. Seriously. Aku selalu tengok dalam movie saja. But it happened depan mata for real. Dia suruh kami masuk dalam bilik rahsia yang baru dibuka tadi. Aku dan Momon masuk.

Ternganga kami. Tudia haih.

Brand yang kami nak semua ada dalam bilik rahsia tu. Dalam bilik tu ada seorang pekerja perempuan dan seorang tourist. Dia sakan borong wallet Coach weh. Hai.. Coach tu bukan mai dari negara hang ka ? Awat dok borong kat Shanghai ? Aku dah nak gelak. Berkotak-kotak dia borong. Aku rasa dia borong kat Shanghai lepas tu dia poyo macam original bila dia balik negara dia. Macam apa aku nak buat nanti lah. Hahaha..

Pekerja tu suruh kami tengok-tengok while dia layan that lady. Momon pula buat drama nak pergi toilet. Sudah !! Dia nak tinggal aku seorang diri dalam bilik tu ke ? Dia suruh aku stay. Lagilah aku nervous. Dia keluar pi toilet tinggal aku. Aku buat cool. Belek lagi handbag yang berkenan. Lama juga dalam setengah jam baru Momon mai balik. Haish perempuan ni. Pergi lama-lama jantung aku dah nak berhenti aku rasa. Sesak nafas dalam bilik rahsia tu.

Since aku memang nak beli wallet saja untuk MamiZ aku terus pilih mana aku nak. At first dia letak harga 1000Yuan (RM500 approx). Aku geleng-geleng. Mahal gila baik aku beli kat Malaysia. Tambah lagi RM500 aku dah boleh beli yang original. Then dia suruh aku sebut harga. Aku letak 100Yuan (RM50 approx). Dia panggil aku gila. Hahaha..

Sekuatnya dia jerit 'CRAZY..!!' Lepas tu dia turunkan harga ke 800Yuan (RM400 approx). Tak nak juga. Aku nak harga aku juga. Aku belajar dari satu blog yang aku jumpa. Kalau dia tak nak kasi harga kita baik kita blah saja. Aku still nak wallet tu dengan harga aku. Dia geleng-geleng. Aku buat tak tahu. Lepas tu aku pegang satu sling bag. Aku tanya how much dia kata 700Yuan (RM350 approx). Amboi hang nak main semua ratus-ratus kan ? Aku cakap kalau dua items berapa dia nak kasi ? Dia letak 1000Yuan (RM500 approx) untuk dua barang. Aku pula letak 300Yuan (RM150 approx) untuk dua barang yang aku nak. Dia tak kasi juga. Then aku kata okaylah. Cancel.

Terus pujuk aku. Okay dua barang for 700Yuan (RM350 approx). Hampa semua nampak tak game dia ? Boleh sebenarnya turunkan harga. Aku cakap tak nak. Kalau dia nak jual kat aku sila jual dengan harga yang aku nak. Two items pun 300Yuan (RM150 approx) only. Not more than that. Lastnya dia give up. Dia setuju tapi memaki hamun aku in Mandarin.

PEDULI APA !! Hahaha.. Momon pun pujuk rayu sampai dapat harga yang dia nak. Selesai memborong kami pun keluar. Alhamdulillah selamat keluar. Tapi pekerja perempuan tu memang chong cheng chong cheng dengan kawan di sambil buat-buat muka. Lantak kau.

Aku tanya Momon kenapa dia sanggup tinggal aku dalam bilik rahsia tu ?

Dia kata dia tak pergi toilet pun. Sebab seram sangat dia nak keluar. Incase kalau lama sangat aku tak keluar dari bilik tu dia nak panggil Kekakaks lain. Sekurang-kurangnya dia tahu aku ada kat mana. Lagi advance pemikiran si Momon ni. Aku tak terfikir sampai macam tu sekali.

Sebenarnya ada lagi scene dramatic yang terjadi kat fake market ni. Ini baru pengalaman aku dan Momon. Belum campur pengalaman Kak Farah, Kak Ecah dan Juju. Kalau aku cerita semua nanti berbuih pula otak korang nak baca. Masing-masing ada drama masing-masing.

Lepas membeli kami balik kat tempat luggage. Kak Farah sedia menanti seorang diri. Rupanya Kak Ecah dan Juju pergi sambung shopping. Sempat Kak Farah naik ke atas bangunan dan ambil gambar.




Inilah view yang kita akan nampak kalau naik tangga yang ada next to the entrance ke Yatai Xinyang Fashion and Gift Market ni. Boleh nampak bangunan Shanghai Science and Technology Museum. Kak Farah tak ronda kat atas pun. Dia just ambil few pictures saja. Barang-barang tak ada orang jaga. Lama juga kami shopping. Aku belikan MamiZ wallet dan few ties untuk DediS. Something yang both of them boleh guna. Additional few fridge magnets yang cantik dan berkualiti. Harga around 5Yuan - 10Yuan (RM2.50 - RM5 approx). Aku malas nak minta murah sebab nak beli pun sikit saja. Dengan design dan kualiti aku tibai saja. Penat nak tawar-menawar dah.

Around pukul 5.00PM kami mula bergerak untuk ke Hangzhou. Main redah saja. Tiket train memang kami tak beli siap-siap.

Directions to Shanghai Hongqio Railway Station :

  • Shanghai Science and Technology Museum dah berada di Line 2.
  • Shanghai Hongqio Railway Station pun berada di Line 2.
  • Jadi terus saja tak perlu tukar metro.


 Tengok ni dah ada seorang yang terkulai layu. Tahu penat hihihi..

Shopping tak ingat dunia. Macam biasa kalau metro Line 2 memang selalu sesak. Jangan harap dapat duduk. Jadi terpaksa duduk atas lantai macam ni. Peduli orang nak pandang. Maintain swag.

Aku pun dah penat menaip. Panjang sungguh. Sambung lagi nanti.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Sunday, 26 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 3.1 - YUYUAN GARDEN

YUYUAN GARDEN | SYURGA MEMBORONG SOUVENIRS

Entri sebelumnya di SINI.

Kalau ikut hati mahu saja menapak ke next destination. Ikut peta tengok tak jauh pun. Tapi masing-masing tak mahu menapak. Aku pun ikut saja. Tak adalah kaki lenguh sangat nanti. Kami bercadang untuk ke Yuyuan Garden. Wajib untuk semua orang yang jejak ke Shanghai untuk singgah di Yuyuan Garden yang terkenal sebagai tempat memborong souvenirs.

Dari Oriental Pearl TV Tower, kami patah balik ke metro station Lujiazui di Line 2 dan ke East Nanjing Rd untuk menukar laluan ke Yuyuan Garden yang berada di Line 10. Semuanya selang satu station saja tapi tahap pemalas nak jalan kaki tak dapat dibendung.

Directions to Yuyuan Garden from Oriental Pearl TV Tower :
  • Naik metro di Lujiazui ke East Nanjing Rd di Line 2.
  • Tukar laluan ke Line 10 dan teruskan perjalanan ke Yuyuan Garden.
  • Boleh juga kalau nak jalan kaki. Pastikan stamina tinggi.

Sampai di station Yuyuan Garden hanya perlu ikut signage. Senang saja. Boleh nampak Oriental Pearl TV Tower di kejauhan bila dah keluar dari exit. At that time aku merasakan keputusan untuk naik metro adalah yang terbaik. Melihat pada jarak kedudukan aku memang tak sanggup nak berjalan.



Kami menapak untuk ke Yuyuan Garden. Sepanjang perjalanan nak sampai Yuyuan Garden ada orang jual macam-macam barangan yang comel. Bersesuaian dengan musim. Geram sungguh. Rasa nak beli tapi tahan diri. Tunggu sampai ke Yuyuan Garden dulu. Syurga membeli-belah di Shanghai.

Jalan terus saja. Ikut orang ramai sampailah korang jumpa pintu gerbang seperti dibawah. Apa dia tulis aku tak tahu tapi inilah landmark paling senang menunjukkan yang kita sudah berjaya sampai ke Yuyuan Garden. Siap sedia keluarkan wallet sebab duit-duit bakal dilaburkan disini.





HATI-HATI DENGAN PENIAGA ULAT


Disini juga terjadinya satu kejadian yang tidak diingini. Aku nasihatkan janganlah berpecah dengan kawan-kawan. Stick together. Orang sangat ramai dan dalam kalangan tourists ini semua ada peniaga-peniaga ulat. Kenapa ulat ? Sebab they will come to you dan tiba-tiba keluarkan catalog entah dari mana. Approach kita datang tiba-tiba. Kita mesti berhenti bila kena tahan kan ? Mesti tertanya-tanya kenapa ? Jadi kita secara automatik dah melayan peniaga-peniaga ulat ni semua.

Buat tak tahu saja. Say no. Strictly no. 

You need to be extra careful. Sekali kita dah 'ter' bersembang dengan peniaga ulat memang mana kita pergi dia akan ikut. Juju disapa oleh peniaga ulat dan this uncle keluarkan catalog dan paksa-paksa Juju ikut dia. Aku dan Momon dah ke depan. Tak noticed apa yang jadi. Until Kak Farah jerit panggil kami. Aku patah balik and say 'NO' banyak kali. Dia still memaksa.

Katanya 'all cheap-cheap' 'follow me' 'you are my friends' Kepala hangguk dia.

Aku cakap 'NO' lagi tapi kawan-kawan aku macam dah terhasut dengan uncle tu. They said kalau betul murah apa salahnya. Aku dah memang tak sedap hati. Tapi dah semua nak ikut uncle tu. Fine !! Jom pergi tengok mana uncle tu nak bawa kami pergi. Ikutlah dia. Masuk lorong-lorong kecil. Aku memang dah seram sejuk.

Uncle tu bawa kami to this one big building. Kena naik escalator untuk ke tempat membeli-belah. Aku tengok building tu macam mati segan hidup tak mahu saja. Tahu takut pula kawan-kawan aku ni. Semua tak nak teruskan ikut uncle tu.

Maki hamun la orang tua tu. Pedulikan. Our safety lagi penting. Entah ada apa kat dalam building tu pun kita tak tahu. Uncle tu still follow kami. Sambil menjerit-jerit suruh kami ikut dia. Aku pula tak tahu mana pintu masuk untuk ke Yuyuan Garden. Tempat ni super besar weh. Banyak sangat lorong.

At last aku ternampak satu peta yang agak besar. Okay dah tahu mana pintu masuk. Tanpa mempedulikan uncle tu kami terus berjalan. Kami proceed untuk ke pintu masuk Yuyuan Garden. Bila dah masuk ke lorong menuju ke Yuyuan Garden, aku dah tak dengar uncle menjerit. Dia lesap dan tak ikut kami dah. Aku mula faham. Peniaga-peniaga ulat hanya akan ada di luar kawasan building Yuyuan Garden. Bila dah masuk ke kawasan Yuyuan Garden, semua peniaga mesti ada lesen perniagaan. Hanya ada kedai-kedai yang beroperasi.

Rasa selamat. Jadi ingat kawan-kawan semua. Jangan jadi extra peramah nak melayan orang tak tentu hala. Especially if kita dalam small group. Dalam nak seronok kena beringat juga. Katalah aku paranoid ke penakut ke apa ke tapi aku dah went through jadi aku dah tahu. 

Cukup cerita uncle kaki paksa. Standby untuk melabur. Kami tak masuk pun ke Yuyuan Garden. I mean the real Yuyuan Garden. Tengok review macam cantik tamannya tapi kena beli tiket asing. Aku tak berminat untuk masuk. Kami just bergambar di luar saja. Kalau rajin bolehlah Google kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Yuyuan Garden. Cantik juga. Lagi tak sabar untuk shopping adalah.









Cadangan asal kami nak berpecah di sini dan kembali berkumpul selepas satu jam. Tapi masing-masing dah fobia dengan kes uncle tadi jadi kami stick together saja. Kami tak meronda jauh. Satu kedai dan semua borong souvenirs di kedai yang sama.

Ada kedai yang dapat kalau minta murah ada yang kedekut. Aku tanya harga seketul fridge magnet cikai harganya 10Yuan (RM5 approx). Gila ke apa. Macam tu je 10Yuan ? Aku minta kurang kena halau. Aku tak pergi jauh. Singgah ke kedai bertentang dengan kedai tadi. Tanya dan penjual letak harga 8Yuan (RM4 approx). Aku minta kurang lagi. Dia kata tak boleh. Aku cakap aku nak beli banyak. Dia tanya nak banyak mana. Aku cakap 100 ketul. Terus terkejut. 100 ketul bukan aku seorang saja. Gabung kami berlima. Hihihi..

Terus excited aunty tu dan turunkan harga ke 3Yuan (RM1.50 approx). Okaylah kan ? Made in China jadi tak payah nak demand quality tinggi sangat. Aku panggil Kekakaks mai borong sama. Rupanya Kak Farrah pun dah kena halau dari kedai depan sebab minta murah nak beli gelang.

Bersila kami kat depan kedai kecil tu. Aunty tu siap keluarkan fridge magnet yang dalam kotak baru. Lepas tu aunty yang kedekut kedai depan mai menjenguk kami yang tengah bersila memilih fridge magnet. Padan muka hang. Tadi hang sombong sangat. Dah lari rezeki. 

Muncung sedepa. Puas hati aku.




Aku seorang pun dah borong dekat 50 ketul fridge magnets. Baru 150Yuan (RM75 approx) dan settle hadiah untuk mereka yang menanti di Malaysia. Dekat kedai aunty ni juga kami borong tshirt. Dari harga 40Yuan (RM20 approx) dikurangkan menjadi 15Yuan (RM7.50 approx). Pujuk punya pujuk tapi tak berapa nak berjaya juga. Tak banyak pun aku beli tapi borong dengan Kekakaks adalah around 20 tshirts kami beli. Aku pun dah tak ingat berapa helai aku beli. 

Tapi ada masalah sikit. Size tshirt macam pelik saja. Kalau orang yang pakai 'S' silalah belikan tshirt size 'M'. Kena beli satu size besar daripada size asal. Other than that okay saja. Kualiti barangan China jangan nak complain sangat.

MAKANAN HALAL DI YUYUAN GARDEN


Selesai memborong. Perut sebenarnya memang tengah lapar tapi sakan shopping sampai lupa nak isi. Dah habis membuang duit mulalah ingat lapar balik.

Tanya pekerja di information counter mana-mana kedai makanan halal yang ada di sekitar Yuyuan Garden. Katanya tak ada tapi ada gerai makanan yang menjual makanan khas untuk vegetarians. Tapi kami still tak yakin.

At this moment aku rasa Allah SWT hantar bantuan super cepat buat kami. Suddenly dalam kecewa tak jumpa kedai makan aku 'ter' buat eye contact dengan this one guy yang pakai kopiah. Maksudnya dia seorang muslim. With him ada seorang lady tengah dukung baby. Wife dia dan anak dia. Dia pun pandang aku lama macam serba salah. Automatic kami macam berjalan ke arah yang sama tapi still pandang each other.

Ni bukan scene dari mata turun ke hati tau. Aku tak reti nak describe macam mana tapi it happened just like that. Aku senyum kat dia. Dia senyum balik.

'Muslim ?' Dia tanya kami. Kami pun angguk-angguk.

'I English no no. Use phone ?' Dia tunjuk kat phone dan terus buka Google Translate. Okay aku faham dia nak communicate guna application.

Dia taip dulu. Apalah lama sangat dia taip.

Akhirnya..

'Are you hungry ?'

Subhanallah. Aku speechless gila at that time. Nak nangis pun ada. Tapi control macho Kekakaks dok tengok. Jatuh saham nanti hati tisu. Macam mana itu the first conversation yang dia boleh tanya aku ? How Allah SWT mendengar rintihan hati kami yang tengah kebulur. Aku angguk. Dia kasi phone dia suruh aku pula taip.

'Any muslim food store around here ?' Aku taip in English. 

'No. But I know one place. I will bring you there. I ate there just now..' Lebih kurang macam ni dia reply. Dia tengok-tengok jam banyak kali. Aku takut dia in a hurry.

'You have free time ?' Dia chong cheng chong cheng dengan wife dia then angguk.

Inilah that guy and his family members.



Dia pun explain kat aku. Dia bukan from Shanghai. Dia dari province lain dan dia datang Shanghai ikut tour. Ada satu jam untuk ronda jadi tak ada masalah untuk bawa kami pergi kedai makan. Memang jauh sikit dari kawasan Yuyuan Garden. Agak tersorok dan aku ragu-ragu juga. Fobia dengan uncle gila yang kami jumpa.

That guy yakinkan kami selamat tempatnya. Katanya memang itu saja satu kedai muslim yang ada di kawasan Yuyuan Garden. Aku memang tak ingat direction nak ke kedai tu. Memang masuk banyak sangat lorong plus hari dah senja. Baru pukul 4.30PM tapi hari dah kelabu. 

Sampai kat kedai makan dia chong cheng chong cheng dengan pekerja kedai.

'Malaysia ? Malaysia ? Come in.. Come in..' Pekerja tu meriah sambut kami masuk.

Aku pun taip 'thank you' kat phone that guy. Semoga Allah SWT merahmati dia satu keluarga.

'It is my responsibility to help muslims. We are all muslims. One religion and one believe. Allah is the only one. Enjoy your food and hope to meet all of you again..' Nah ambil !! Begini sekali dia reply kat aku. Uhuk uhuk.. Kesenduan di lubuk hati.

Ajak makan sekali. Nak belanja tapi dia gosok-gosok perut. Dah kenyang agaknya. Salam dengan wife dia and they walked away. 

Kedai makan tu tak jauh beza dengan kedai mee tarik yang ada sebelah hotel kami duduk. Cakap ayam itik juga. They could not speak English that well pun. Senang cerita kami main tunjuk sajalah makanan apa yang kami nak.


Tak ada istilah kongsi makanan. Semua order satu hidangan seorang. Aku nak makan nasi. Ada yang order mee. Ikut selera tekak masing-masing. Makanan yang kami order semua sedap walaupun nampak macam tak menarik. Pekerja kedai tanya kami banyak kali makanan okay ke tidak. Kalau hang tengok pinggan kami licin tak ada satu benda pun tinggal maknanya sedap sungguh la hang masak. Plus kami memang lapar. Dari pagi okay tak makan.

Sambil makan kami disapa oleh seorang uncle yang duduk meja belakang kami. Dia boleh speak English. Tak ada masalah kami nak bersembang. Dia bukan muslim tapi dia suka makan kat kedai tu. Katanya muslim masak bersih. Tak payah ragu. Wife dia pun angguk-angguk. Katanya excited tengok how muslims people boleh united sampai macam ni sekali. Mungkin dia perhatikan that guy yang tolong kami tadi. Dia kagum dengan semangat assabiyah orang muslims.

Excited uncle tu. Siap keluarkan camera nak bergambar dengan kami.

Kami pun bergambar lah sekali. Orang berbudi kita berbahasa.


Selesai makan kami ikut balik jalan kami datang. Lagi seram oooi hari dah gelap. Memang jenuh tawakal dalam hati. Sunyi sepi lorong-lorong yang kami lalu tadi. Nampak public toilet and Kekakaks nak pergi toilet. Singgah toilet dan bertentang dengan public toilet tu ada another lorong berbumbung. Port shopping lagi kawan-kawan sekalian. Sambung shopping.

This time aku beli souvenirs yang sesuai untuk keluarga macam alas meja dan sarung cushion. Aku tak beli yang murah. Aku beli yang mahal sikit. Souvenirs untuk makcik-makcik tersayang dan sepupu sepapat yang dah ada families dan rumah sendiri. Tak berkira sebab they all ada juga hulur duit untuk aku travel. Tak pesan pun suruh beli souvenirs. Katanya buat belanja tapi aku memang nak belikan something pun.

Cantik-cantik tau alas meja sulam yang terjual. Kalau yang murah range harga boleh dapat around 15Yuan - 50Yuan (RM7.50 - RM25 approx) ikut size dan design. Yang murah pun cantik juga. Kiranya jahitan still kemas walaupun murah. Kalau yang mahal sikit dan lebih berkualiti boleh dapat dalam range 70Yuan - 150Yuan (RM35 - RM75 approx). Aku beli beberapa alas meja makan dan sarung cushion. 

Kak Ecah siap beli luggage baru. Memang murah sungguh dia dapat. Aku tak ingat berapa tapi aku agak tergoda untuk beli juga sebiji. Selepas berfikir secara waras aku tak jadi beli. Nak usung satu luggage pun dah terkial-kial. Ada hati nak tambah luggage. Lupakan saja. Hihihi..

Ada satu kedai kami jumpa jual tshirt harga sehelai 10Yuan (RM5 approx). Menyesal tak sudah. Walaupun tak jauh beza tapi rasa juga terkilan. Jadi pastikan korang kenalah walk around dulu before mula membeli. Tak adalah makan hati macam kami.

Ooops. Kalau rasa nak borong fridge magnet dengan harga yang paling murah serendah 2Yuan (RM1 approx) silalah ke kedai 2Yuan yang berada berdekatan dengan pintu gerbang besar sebelum masuk kawasan Yuyuan Garden. Dah balik ke Hangzhou baru Kak Shiro nak kasi tahu. Jadi aku sampaikan supaya korang boleh borong di tempat yang sepatutnya.

Lepas dah habis shopping kami pun beransur pulang. Sumbat semua hasil belian dalam luggage baru Kak Ecah. Buli Kak Ecah usung luggage seorang diri. Kami jalan berlenggang. Time to go back to the hotel. Haaa dari cerah sampai hari gelap kami kat Yuyuan Garden.




At night Yuyuan Garden tak semeriah siang hari. Mana pergi semua peniaga-peniaga ulat aku pun tak tahu. Balik rehat agaknya. Masih banyak kedai yang dibuka tapi tak serancak siang. Lagi tenang nak shopping tak payah berebut.

Aku nampak lebih ramai policemen yang ada menunggu di kawasan ni at night. Hampir setiap lorong ada kereta police dan abang-abang police berjaga. Siang tak nampak pun. Pelik. Malas nak duduk lama di kawasan tu kami cepatkan langkah.

By 9.00PM jugalah kami tinggalkan Yuyuan Garden. 

Sempat singgah join makcik-makcik menari aerobic on the way back ke metro station. Aku pergi join dulu lepas tu baru ada few tourists ikut join sama. Amalan gaya hidup sihat. Time winter buat kelas aerobic tepi jalan. 

Directions from Yuyuan Garden to our hotel :
  • Yuyuan Garden berada di Line 10. Kami naik metro ke East Nanjing Rd di Line 10.
  • Dari East Nanjing Rd kami tukar laluan metro ke Line 2 dan turun di People's Square.
  • Di People's Square kami tukar pula laluan ke Line 1.
  • Naik metro dan turun di North Zhongshan road dan menapak pulang ke hotel.

Complicated ? Tak langsung. Trust me. Hanya sehari saja diperlukan untuk faham route dan laluan metro di Shanghai.

Buktinya ? Nah. 

Kami dah selamat tiba di North Zhongshan Rd. Memang sendu orang tak ramai. 


Abaikan aku dan Juju yang dah buka kasut. Memang sengal tapak kaki jadi kami decided nak menapak beralaskan socks. Tapi dalam metro station saja. Dah keluar dari station kami pakai kasut balik. Tak rela nak berkaki ayam.

Selamat sampai di hotel dan tunaikan apa yang wajib. Sesi urutan kaki bermula. Thanks to Momon yang sudi mengurut kaki aku dan Juju. 

Esok dah nak pulang ke Hangzhou semula. But before that kita singgah melabur lagi.

Kat mana ? Tunggu..

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Friday, 24 January 2014

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA DAY 3.0 - ORIENTAL PEARL TV TOWER

JALAN-JALAN SHANGHAI | ORIENTAL PEARL TV TOWER


Entri sebelumnya di SINI.

2 Januari 2014.

Langit cerah. Pukul 8.00AM macam pukul 11.00AM. Semua ceria. Tidur cukup haruslah semua mulakan hari dengan senang hati. Berkumpul di lobby dan ambil masa around setengah jam untuk online. Bilik aku, Momon dan Juju beruntung sebab ada Internet cable. For Kak Ecah dan Kak Farah tak ada. Internet di bilik semput jadi kasi chance untuk Kekakaks. They wanted to online too.

Aku dan Momon siap main kejar-kejar dengan kucing kedai sebelah. Suhu tak terlalu sejuk. Aku tertanya-tanya sebenarnya. Betul ke tengah winter ? Poyo gila.


Kami tak breakfast langsung that morning. Redah Shanghai dengan perut kosong. Harapan untuk mencari mana-mana kedai makanan halal sepanjang journey. Tapi siap bawa bekal air tin dan biskut. Aku pun bancuh milo dalam termos. 

Kami menapak ke the nearest metro station. Tak berapa terasa jauhnya that morning. Mungkin sebab tak ada luggage berat yang diusung dan mood mulakan hari baru yang berkobar-kobar. Jalan santai saja jadi pelan-pelan kami sampai ke station.

Destinasi kami yang pertama adalah Oriental Pearl TV Tower. Once korang dah went through sistem metro di Shanghai mesti dah tak ada masalah. Seriously sangat senang. Panduan yang diberikan di setiap metro station pun mudah untuk difahami. Sebab Shanghai adalah bandar besar, jadi penggunaan Bahasa Inggeris agak banyak. Signage pun in English. Tak perlu risau. Kalau nak lebih yakin aku guna peta yang aku dah print. 




Directions to the Oriental Pearl TV Tower :
  • Hotel kami terletak di North Zhongshan Rd di Line 1.
  • Kami perlu ke People's Square untuk tukar metro ke Line 2.
  • Seterusnya terus naik metro ke station Lijiazui di Line 2.

SISTEM METRO DI SHANGHAI YANG SISTEMATIK


Station People's Square sangat besar tapi jangan risau. Guidelines yang diberikan untuk pertukaran metro adalah sangat sistematik. Hanya perlu ikut signage atau anak panah di lantai menunjukkan direction yang perlu diambil. Kalau setakat mahu tukar Line 1 ke Line 2 tak adalah jauh mana.

Metro di Shanghai super cepat. Jangan risau kalau terlepas metro. Tak lama mesti another metro sampai. Memang tak perlu berebut. Kalau rasa orang ramai sangat biarkan saja metro tu berlalu.

Sampai di Lujiazui terus boleh nampak signage ke Oriental Pearl TV Tower. 

Lujiazui Rd is famous for its tall buildings and Lujiazui Ring. Kalau korang Google tempat-tempat menarik di Shanghai mesti ada Lujiazui Ring. Aku tak ada idea pun mengenai tempat ni sampailah aku dah tengok sendiri. Aku kagum dengan creativity masyarakat China yang ada saja idea menarik nak hasilkan sesuatu. Lujiazui Ring works as a fly over untuk passengers yang nak cross jalan besar. Kalau kat Malaysia, fly over kita satu arah saja. Tapi Lujiazui Ring berbentuk bulatan dan ada banyak jalan naik dan turun. Jadi tak perlu nak susah payah lintas jalan. Mostly tourists yang datang singgah mesti nak shooting gambar bangunan besar dan tinggi yang ada di sekeliling Lujiazui Ring. 

Paling best adalah semua jalan naik dan turun ada escalator. Tangga pun ada juga. Incase hujan.





Jadi kami pun berlenggang untuk menyeberangi jalan untuk ke Oriental Pearl TV Tower. Memang keluar dari station metro dah terus nampak tower tu. Ramailah orang tengah posing sakan ambil gambar. 

Satu perkara yang aku notice. 

Boleh tahan biadap juga orang China ni. Kalau di Malaysia kita nampak orang nak ambil gambar kita tak akan lintas lalu depan orang tu. Tapi kat sini dia buat tak kisah saja. Peduli apa. Kita tengah elok posing dan space dibelakang pun luas lagi tapi main bedal saja lalu. Tak semua tapi ada yang memang rude macam tu. Haaaish !!

Akhirnya sampai pun di Oriental Pearl TV Tower. Orang ramai tengah beratur nak beli tiket. Ada sekumpulan keluarga Indonesian. Riuh. Tiba-tiba teringat komen mamat handsome yang aku jumpa dalam train dari Hangzhou. Hihihi..

Kami tak terus beli tiket. Kami duduk dan buka bekalan makanan. Walaupun ada biskut kering dan air tin saja tapi makan penuh selera. Nampak sangat masing-masing tengah lapar. Sabar ya kawan-kawan. Hope nanti kita jumpa tempat makan.

Kami beli tiket Package C berharga 120Yuan (RM60 approx). Kami just wanted nak pergi the Sightseeing Galleria dan Transparent Observatory. At first aku dah buang tower ni dari list kami tapi sejak tengok Pak Nil upload video di Instagram tentang tower ni terus rasa nak pergi. 

Untuk info lanjut mengenai Oriental Pearl TV Tower -- SINI

Jom kita masuk tower cepat.







Nampak tu betapa panjang barisan tengah tunggu turn nak naik lift ke atas. Lift ada satu saja. Boleh memuatkan around 30 orang sekali naik. Sepanjang nak sampai atas adalah seorang pekerja buat explanation in Mandarin dan English.

Sightseeing Galleria






Sightseeing Galleria tak jauh beza dengan menara tinjau KL Tower kita. Setinggi 263M dan kita boleh jenguk keliling Shanghai in one go. Kalau nak rasa pusing satu Shanghai cukuplah sekadar buat satu tawaf pusing di sini. Boleh tengok semua bangunan-bangunan tinggi di Shanghai. Tapi nasib kami not so good that day. Hari berkabus. Aku tak peduli sangat pun dengan scenery sekeliling. Aku sibuk shopping souvenirs. Hahaha..

Transparent Observatory Deck


Ini yang kami semua teruja sangat nak jenguk. Tapi bila dah sampai semua kecut perut. Tak bukan semua. Aku saja kot yang paling passive. Kejung berdiri tak berani bergerak.

Dengan ketinggian 259M kami hanya perlu turun ke deck dengan menggunakan tangga. Tak boleh guna lift. Hanya untuk orang yang nak naik lebih tinggi saja boleh guna lift. Transparent Observatory Deck ni adalah satu pelantar tinjau yang transparent. Maknanya kita boleh nampak bawah terus macam tak ada apa. 

Walaupun ada kaca tebal berlapis-lapis aku still nervous. Dahlah another pelantar tu diperbuat daripada kayu. Pijak pun dok berbunyi. Mau tak seram. Sakit jantung jadinya. Budak-budak pula berlari sana sini macam tak ada perasaan. Ketaq weh !!





Yang paling berani memang Juju dan Kak Ecah. Sampai ke hujung perginya untuk bergambar. Aku tengok kereta pun dah sama size dengan semut. Isk hairan sungguh. Tak seram ke Kekakaks ni. Aku dengan Momon bergambar juga tapi kaki kami di pelantar. Badan saja di kaca. Takut.

Aku pesan kat Kak Farah ambil gambar aku cepat-cepat. Aku nak berdiri then aku nak lari ke pelantar balik. Kena juga bergambar. Beranikan diri beberapa saat. Dah bayar mahal-mahal jangan dilayan sangat takut tu. Cewah pandailah aku kasi nasihat. Diri sendiri pucat lesi. Dapatlah few pictures tapi tak nak share. Muka jelas tengah cuak.

Jealous aku tengok Kekakaks bergambar tapi aku surrender. Aku ambil few pictures tunjuk dekat DediS dan MamiZ. As expected. Tazkirah yang aku dapat. Hihihi..

Lama juga kami kat sini. Aku dah duduk santai kat tempat lain. Biarkan Kekakaks posing tak habis-habis lagi. Tengok jam memang dah elok benar kena beransur. Ada destination lain yang ingin dituju. Takut nanti hari dah gelap susah nak cari jalan.



Selain daripada menara tinjau yang menarik, ada banyak lagi tarikan di Oriental Pearl TV Tower ni. Antaranya cermin dimensi macam gambar diatas. Kami nak cuba tapi tengoklah orang yang tunggu turn ramai mana. Ada rombongan sekolah agaknya. Malas nak buang masa.

Di basement Oriental Pearl TV Tower ada banyak kedai makan. Tapi tak ada restoran halal. Poor tummy. Kami terus berjalan untuk keluar dari tower. Ada banyak kedai menjual souvenirs tapi harga range dari 5Yuan - 15Yuan (RM2 - RM8 approx). Aku ada juga beli beberapa fridge magnets yang unik bentuknya. Walaupun harga sebiji fridge magnet adalah 10Yuan (RM5 approx) tapi aku tak menyesal sebab memang aku tak jumpa di tempat lain. 





Selesai membeli dan memborong. Di perkarangan Oriental Pearl TV Tower pun ada ramai orang jual souvenirs. Kami saja cuba nasib nak bargain. Yes kami dapat. Keychain yang berharga 8Yuan - 10Yuan (RM4 - RM5 approx) berjaya dibeli dengan harga 3Yuan (RM1.50 approx). Bila dah diturunkan harga jangan pula uols tak beli. Kesian peniaga tu semua. Plus jangan lah beli sebiji saja bila dah berusaha bersungguh-sungguh minta kurang. Belilah banyak sikit.

Its time to say goodbye to the tower. Kami perlu gerak ke next destination. Nak shopping !!

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...