Thursday, 30 April 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA : PERAK | SEMANGGOL - BUKIT MERAH LAKETOWN WATERPARK

TAMAN TEMA AIR BUKIT MERAH LAKETOWN WATERPARK

Aku nak share banyak gambar dalam entri ni. Aku tak sedar aku simpan lagi gambar budak-budak ni semua. Semalam while aku tengah kemas few picture folders aku terjumpa gambar lama trip homeroom masa jadi guru ganti ke Bukit Merah Laketown Waterpark last September. Entah sejak bila ada dalam folder laptop pun aku tak sure. Sekali sekala elok terjah juga folders yang banyak ada dalam laptop. Macam-macam boleh jumpa balik. Harta karun hihihi..

Aku decided nak delete gambar-gambar yang dah tak berkenaan. Buat berat laptop saja. So I came across this folder. So I selected few pictures untuk diabadikan di blog. Tudiaaa bahasa. The kids might come across this entry one day. 

Untuk information lanjut mengenai Bukit Merah Laketown Waterpark -- SINI

Dari MRSM Transkrian ke Bukit Merah Laketown Waterpark tak jauh mana. Ikut laluan exit Bandar Baharu ke Gunung Semanggul tak sampai satu jam pun. Kami pergi dua homerooms. Anak-anak homeroom aku dan homeroom Kak Nad dan aku ajak Shu ikut sekali. Dapat naik bus sebab ramai.

Gerak dari sekolah pukul 9.30AM sampai Bukit Merah Laketown Waterpark tak buka pun lagi. Nampak tak tahap excited sampai macam tu sekali. 









Untuk sebarang information mengenai harga tiket sila rujuk website. Harga bertukar-tukar dan ikut package yang kita berkenan. But for this trip, kami ambil package untuk pelajar sekolah. RM30 saja sekepala dan lunch disediakan. Dapat souvenirs lagi. Memang puas hati.

Kalau yang duduk di Perak tunjuk saja IC yang beralamat Perak. Dapat lagi harga murah.

Jadi if you are planning to bring your students here, tak perlu risau pasal makanan. Kami dapat nasi ayam. Sedap. Jangan lupa masukkan bilangan guru pengiring sekali. Kalau tak teacher telan air liur saja tengok students makan. Hahaha..









We went there hari Ahad. Lengang !! Orang sangat tak ramai. Ada pengunjung but sayup. Waterpark tu macam kami punya. Bagus juga. Kami boleh conquer semua benda. Kalau time peak season, nak main satu game pun kena beratur panjang. Rezeki budak-budak ni semua.










Alhamdulillah sepanjang hari mendung tapi tak hujan. Jadi tak adalah melampau benar sunburn. Students pula semuanya mendengar cakap. Tak buat masalah dan tak banyak ragam. Macam ni baru teacher bertambah sayang.

After performing solat Asar kami semua gerak balik. Senyap budak-budak ni semua dalam bus. Pengsan agaknya penat main air.

So itu saja. This year semua nak ambil SPM. Jangan banyak main sangat. Cubit nanti.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Tuesday, 28 April 2015

TEMPAT LEPAK BEST | PULAU PINANG : GEORGETOWN - PURRFECT CAT CAFE

CAFE KUCING PURRFECT (CAT CAFE) TARIKAN BARU DI PULAU PINANG 

Untuk entri JJCM kali ni aku nak bawa korang semua terjah salah satu daripada puluhan cafes yang terkenal di area Georgetown. Google saja sure banyak suggested places yang tersenarai. Tapi cafe ini sedikit unik. Mengetengahkan idea yang fresh, memang patut cafe ini menjadi antara daya tarikan terbaru di Pulau Pinang. One of the cafes adalah Purrfect Cat Cafe. Cat ? Yes. Cat. Memang ada kucing di cafe ni. Aku teruja sebab concept cat cafe dah lama ada di negara-negara lain. Since I found one in Pulau Pinang, haruslah aku terjah dan jenguk apa yang ada. Together with Kak Dayah and Shu, aku terjah. 


LOKASI PURRFECT CAT CAFE




PURRFECT CAT CAFE
53, Jalan Muntri Georgetown,
10200 Penang, Malaysia.

Sangat tak susah untuk cari. Aku just key in 'Purrfect Cat Cafe' dalam Waze and we were set to go. Kalau tak pun boleh key in 'Jalan Muntri' dan cafe ni terletak di hujung jalan. This cafe is situated betul-betul next to 'Camera Museum'. Memang sebelah menyebelah saja. We were lucky waktu kami pergi jalan tak sibuk. Kereta tak banyak dan senang dapat parking. Aku rasa kalau peak hour mungkin susah juga nak dapat parking.

MAKANAN DI PURRFECT CAT CAFE



That day we were so hungry. Kami tak even makan lunch pun. I have to admit makanan di cafe ini adalah mahal tapi sedap. Total yang kami belanjakan untuk semua makanan di atas adalah RM78.90. Mohon urut dada masing-masing. Kami order memang pejam mata tak pedulikan harga. We ordered their signature Cappuccino Cake which came to a surprise sangat sedap and two chicken pies. Aku usually tak makan coffee cake tapi this one memang tak tipu punya sedap. Mujur sedap kalau tak memang nangis tak berlagu. 

Aku ada read somewhere before aku terjah this cafe. One must spend at least RM18 untuk dapat naik ke atas jumpa kucing-kucing yang ada di cafe ni. Kalau that rule is still around memang agak membebankan. But during my visit, that rule dah tak ada. Jadi no need to worry.

Please alert ya kawan-kawan semua. Mostly cafes in Georgetown tak dikendalikan oleh muslim. Jadi bab makanan dan minuman perlu diambil berat. Aku gave a call before datang. Macam this Purrfect Cat Cafe cakap their food is halal dan jangan risau untuk datang makan. So far aku call few cafes dan dilayan dengan baik. If they sell alcohol memang aku cancel untuk visit. Ada cafes yang jujur cakap their cafes tak muslim friendly jadi tak advisable untuk diterjah.








CAFE : Decoration memang tip top. Cantik dan selesa. Tapi aku tak rasa cafe ni dapat menampung jumpa pengunjung yang ramai. That is the reason why kalau nak buat any event kena call dulu ya. Upon entering the cafe kita akan jumpa souvenirs shop dulu. Then we place our order nak makan apa minum apa di kaunter. After that baru boleh naik atas untuk ke tempat melepak dan makan. They divided the place into two sections. 

We can choose nak makan kat section mana. Nak makan dengan kucing also can. Just enter the section yang dah dibahagikan dengan partition. Kalau tak nak boleh duduk kat section satu lagi. Kami decided untuk makan di section terbuka. Tak nak makan dengan kucing. Actually it is a good idea juga diasingkan daripada bergaul dengan orang ramai. Untuk manusia yang alah bulu kucing macam aku tapi still tergedik-gedik nak main dengan kucing agak terpelihara. Tak adalah terdedah kepada bulu kucing sangat. Lepas makan boleh pergi main dengan kucing.

CAFE KUCING DI PULAU PINANG



HOUSE RULES : Haaa boleh baca kan ? Banyak benda yang tak boleh daripada boleh. Jangan itu jangan ini. So complicated. Come on guys !! Too strict dan aku tertanya-tanya juga. Apa purpose buka cat cafe kalau itu ini tak boleh ? Walaupun rasa restricted to do many things kenalah ikut arahan juga. Kang kena tendang halau keluar cafe pula. Hihihi..

CATS : Here comes the most exciting part. Aku memang teruja nak jumpa kucing-kucing ni semua. Spend almost RM100 kot jadi mana boleh tak gomol kucing-kucing ni semua. 







Semua kucing-kucing ni ada nama masing-masing. Bear, Orange, Molly, dan few others. Adalah dalam 5-6 ekor kucing. Seekor duduk tinggi atas rak dan tidur. SEMUA kucing dalam cafe ni sombong gila. Tak mesra dan tak manja langsung. Aku yang stress tengok kucing-kucing ni semua. Usually bila kita panggil, kucing akan toleh or give some kind of reaction. Tapi kucing-kucing kat sini tak ada perasaan langsung. Harapkan baka mahal saja untuk dibanggakan. Tapi soulless. Hampa tengok sendiri lah gambar-gambar yang aku ambil. Tak pandang camera langsung. Nak kena paksa kepala tu pandang camera baru nak pandang. Itu pun tak sampai lima saat. Kecewa sungguh. 

They provided toys untuk main dengan kucing but it did not work at all. Kucing-kucing ni semua memang tak hiraukan pengunjung langsung. Hahaha.. Aku tak tahu nak komen apa lagi. Dah buat macam-macam tapi kucing-kucing ni semua tak nak main sama. Mungkin kucing-kucing ni tak suka kami kot. Tak lama pun kami lepak dalam cat zone tu. Rasa rindu dengan stray cat depan rumah yang selalu datang gesel-gesel minta makanan. Huuurm.. 

Aku sempat tanya to one of the workers kenapa kucing-kucing sombong. Katanya sebab kucing-kucing yang ada kat dalam cafe ni hidup tak stress. Jadi they do not have anything to worry about. First time aku dengar jawapan yang macam tu. Aku tak tahu nak digest macam mana. Should I or should not I believe him ? So kucing-kucing manja yang tinggal kat luar cat cafe ni semua hidup stress ke ? The one yang people pet at home pun stress ke ? You tell me. Macam mana tu..

Malas nak argue more. Layankan saja entah betul atau tak. Kami terus belek-belek souvenirs.




SOUVENIRS : This cafe offers banyak jenis souvenirs untuk pengunjung. Wide range of plushies, tshirts dan banyak lagilah. Harga memang mahal tapi aku tak ada masalah dengan harga souvenirs yang mahal. Their cafe, their cats, their brand and their products jadi they have the authority to put any price pun. Kita tak boleh argue. Kalau rasa tak nak beli then it is okay. Aku just kongsi duit with Kak Dayah to buy few postcards dan fridge magnet seketul. Itu saja. 


Apa-apa pun, these are all my personal view and observation. Kalaulah suddenly the owner terbaca this article, please take it positively. We are bunch of people who love cats jadi we went to your cafe to give and show our support. Chill and there is always room for improvement.

Overall we had a great time at the cafe. Walaupun mengeluh sebab terpaksa keluarkan duit yang banyak tapi dapat juga merasa pergi ke cat cafe. Selalu tengok orang up stories about cat cafes yang ada di Korea but now you can visit one in Pulau Pinang too. Will give a second thought sama ada nak datang lagi atau tak. Maybe I will come back for the Cappuccino Cake rather than the cats.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Thursday, 16 April 2015

TEMPAT MAKAN BEST | PULAU PINANG : KUALA JURU - JAMU SELERA MEE KETAM

MEE KETAM MEE UDANG SEDAP AREA JURU PULAU PINANG

Mee Udang dan Mee Ketam antara makanan yang kerap orang cari di Pulau Pinang selain makanan wajib seperti Pasembor dan Nasi Kandar. Aku sendiri mengakui bahawasanya, Mee Udang dan Mee Ketam yang ada di Pulau Pinang adalah antara yang tersedap di Malaysia. Dalam entri lepas di SINI, aku ada ceritakan tentang satu kedai makan yang aku pilih untuk bawa kawan-kawan Geng Bulat aku makan sebelum they headed back to KL few weeks ago. That time aku tak snap banyak gambar sebab battery dah nyawa-nyawa ikan dan power bank pun KO terus. 

Last two weeks aku kembali ke kedai yang sama with my parents untuk makan. Obviously lah pergi makan kan ? Kedai apa ? Haaa nama kedai adalah Jamu Selera Mee Ketam yang terletak di Kuala Juru. Kawasan Kuala Juru memang terkenal dengan hidangan seafood yang fresh dan sedap.

Jadi aku ambil few pictures. Geram sebab at night aku memang tak pandai ambil gambar. Aku pula bukan pro sangat nak ambil gambar makanan. Jadi terima sajalah seadanya. Since kedai yang berkaitan tak ada dalam senarai Google Maps, aku just pick any other kedai sebagai rujukan. Kedudukan sebenar kedai berada dalam kotak kecil dalam gambar dibawah.

LOKASI JAMU SELERA MEE KETAM, KUALA JURU



DIRECTION :
  1. Dari arah utara / selatan : Exit Juru
  2. Menghala ke Juru Autocity. Bukan ke Bukit Minyak atau Bukit Mertajam.
  3. Di traffic light (McDonald's akan berada di kiri jalan), sila ambil susur ke kiri.
  4. Terus sehingga jumpa satu lagi traffic light dan ambil kanan.
  5. Terus sehingga sampai simpang tiga.
  6. Ambil kanan dan terus memandu lebih kurang 200M.
  7. Jamu Selera Mee Ketam akan berada di kanan jalan.

HIDANGAN SPECIAL DI JAMU SELERA MEE KETAM




MENU :
  • Sekeping saja. Depan belakang. Sangat simple. Jelas dan tak berserabut. Direct to the point orang kata. Pilihan makanan tak banyak tapi kalau dah datang makan kedai mee udang tak kan korang expect nampak pizza pula dalam pilihan makanan kan ? Jadi aku rasa menu ni dah cukup menyenangkan pelanggan nak memilih makanan. 
KEDAI :
  • Bersih. Meja dan kerusi yang banyak. Jadi kalau datang dua tiga kereta serentak pun tak apa. Cuma bila malam kena relakan diri digigit nyamuk sikit. BUT !! Boleh minta orang kedai pasangkan ubat nyamuk like what we did. Memang dah tak tahan. Aku punya suggestion, eloklah pasang siap-siap bila menjelang malam sebelum customers minta pasang.


Nasi Goreng Udang
RM8.00

(4-5 ekor udang mengikut size)



Nasi Goreng Ketam
RM8.00

(2 ekor ketam size sederhana dibelah dua)

*Kami ada order sotong goreng tepung juga. Hidangan sederhana untuk tiga orang makan.

MAKANAN :
  • Simple but delicious. Since kami sangat lapar jadi kami tak pilih nak makan mee. Masing-masing pilih nak makan nasi. Aku pilih udang and both my parents pilih ketam. Aku kasi empat bintang untuk makanan disini. Nasi goreng memang style yang sama. Lauk saja berbeza. Tak ada masalah sebab nasi goreng kosong yang dihidangkan pun sedap dimakan begitu saja. Memang kena sungguh dengan kuah udang atau ketam yang datang bersama hidangan. 
HARGA :
  • Come on !! RM8.00 untuk satu set sebegini dah masuk tahap murah yang teramat sangat. Apa lagi yang diharapkan ? Tak payah harap apa-apa. Sediakan perut untuk makan saja. Last time aku datang dengan kawan-kawan Geng Bulat hanya kena RM60.00 something saja. Itu pun with air buah dan sotong goreng tepung yang banyak. Memang puas hati. Compare to several other kedai di area Kuala Juru aku rasa kedai ni menawarkan harga yang agak berbaloi. Ada kedai yang lagi mahal okay. Harga sebelum GST dilaksanakan.
Sedap ? YES
Murah ? YES
Nak datang lagi ? YES
Recommended ? YES

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...