Saturday, 27 June 2015

TEMPAT MAKAN BEST | PULAU PINANG : BATU UBAN - NURUL IKAN BAKAR

IKAN BAKAR SEDAP DI PULAU PINANG | NURUL IKAN BAKAR


Kalau kita sembang soal tempat makan yang gempak di Pulau Pinang memang tak mampu nak kasi senarai penuh. Terlalu banyak. Setiap ceruk ada kedai makan yang menarik. Kalau aku dan family lebih kepada makanan masakan melayu. DediS dan MamiZ tak berapa gemar sangat makan Nasi Kandar. Sekali sekala ada juga makan. Bukan selalu.

Nak makan masakan panas, ikan bakar atau tomyam ? Pulau Pinang pun ada menawarkan port yang menarik untuk korang cuba bersama keluarga atau kawan-kawan. Memang mana-mana tempat ada juga sediakan makanan sebegini. Tapi kalau korang sampai Penang, apa salahnya cuba makanan disini pula.

Last few weeks, ada saudara dari KL datang naik ke utara. Kami bawa pergi makan ikan bakar di salah satu kawasan gerai ikan bakar menarik di Pulau Pinang. Last time aku ada kongsikan tentang Idrus Ikan Bakar kan ? Boleh baca di SINI. Tapi kali ni aku nak kongsikan tentang Nurul Ikan Bakar pula.

Kedua-dua kedai ini adalah bersebelahan. Kami sekeluarga tak pernah makan di Nurul Ikan Bakar jadi kami nak mencuba makanan disana pula.

Nurul Ikan Bakar
No. 4, Polis Marin, Batu Uban,
Pulau Pinang.
5°21'13.08"N 100°18'40.89"E

012 5625536

Ramai yang nasihat untuk telefon dulu sebelum pergi ke kedai. Jadi aku buat tempahan lebih awal. Telefon dan terus SMS makanan yang kita nak makan. Nanti tak perlu tunggu lama untuk makanan dihidangkan. Nurul Ikan Bakar ada di beberapa lokasi lain selain daripada yang terletak di Batu Uban. Jadi silalah telefon untuk kepastian dan nyatakan di lokasi mana yang uols nak pergi.



Ikan Siakap Bakar (Recommended)

Sambal sedap. Ikan dibakar elok.


Sotong Goreng Tepung (Recommended)

Rangup. Sedap.


Udang Goreng Butter (Recommended)

Udang digoreng bersama butter dan ditabur nestum.
Sedap tapi aku lebih prefer yang ada carik-carik telur.


Kerabu Sotong (Recommended)

Sedap. Tapi kalau boleh jangan sejuk gedi sangat.

Makanan lain yang kami order adalah Sayur Campur, Telur Dadar dan Tomyam. Asalnya nak makan Kailan Ikan Masin tapi katanya dah habis. Ramai sungguh orang that night. Makanan di Nurul Ikan Bakar agak memuaskan. Servis pun bagus. Pekerja ramah dan gigih melayan kehendak kami sekeluarga. Sampai saja di kedai kami terus dapat meja sebab dah tempah lebih awal. Ada yang masih berdiri menanti. Bila dah duduk terus kami dihidangkan dengan makanan yang kami dah tempah. 

Aku ada baca di beberapa blog yang tak puas hati dengan servis Nurul Ikan Bakar. Tapi bila aku sendiri dah makan dan berpengalaman berurusan dengan pihak kedai, aku rasa tak adalah seteruk yang diperkatakan. Bila pelanggan ramai, kita pun kenalah sedia maklum. Pekerja pun tak menang tangan nak layan jadi cuba bawa bersabar. Bukan kita seorang saja yang nak makan dan dilayan. Kena ada give and take. Okay ?

While I did my research tentang kedai ni, ada yang suggested untuk cuba Kerabu Sotong. Jujurnya aku sangat excited nak cuba sebab aku suka makan sotong. But it was not to my liking. Rasa semua dah cukup tapi sedikit sejuk. Macam disimpan dalam fridge pun ada juga. Jadi tak berapa terasa sangat nikmat nak makan makanan sejuk gedi. Ikan bakar saja yang dihidangkan panas. Aku rasa ada sesetengah jenis makanan yang sudah dimasak siap-siap dan terus dihidangkan bila ada pelanggan order. At least kena panaskan sikit dulu baru lebih mengancam.

Kedai Nurul Ikan Bakar lagi besar daripada kedai-kedai lain yang berada di kawasan yang sama. Memang mampu menampung kapasiti pelanggan yang ramai. Ada juga kawasan kalau nak duduk bersila. Aku tak gemar. Lenguh kaki.

Kedai berada dalam keadaan bersih. Lantai tak melekit dan selesa saja untuk makan di sana. Jadi sangat sesuai untuk melepak bersama keluarga. Menu di Nurul Ikan Bakar lagi banyak berbanding kedai lain. Rambang mata nak memilih. Harga bagi aku agak berpatutan. Zaman sekarang mana ada dapat harga murah sangat dah. Tapi sedikit mahal daripada Idrus Ikan Bakar. Apa-apa pun tak sampai tahap harga yang mencekik. Masih reasonable. 

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Friday, 26 June 2015

TERIMA KASIH | MISTERI KUCING TANPA MULUT

KISAH SEEKOR KUCING TANPA MULUT | HELLO KITTY


Penghargaan dan lautan kasih sayang aku nak kasi to Kak Farrah. Blogger yang kreatif dan selalu buat hasil kraftangan yang comel. Antara teman blogger yang sering melayan perangai aku through Whatsapp. Siang malam kadang-kadang aku kacau Kak Farrah. Kadang-kadang Kak Farrah jadi mangsa menatap gambar selfie aku. Hihihi.. Kesian Kak Farrah.

On my birthday, last 14th of May, satu parcel besar sampai rumah. That day aku dapat banyak parcel. Sengih sampai telinga. Rasa macam dapat banyak hadiah birthday. Salah satu daripada parcel yang sampai adalah hasil kiriman Kak Farrah. Bila buka lagilah sengih sakan.

Kucing tanpa mulut dah sampai !! Aku memang request from Kak Farrah aku nak kad birthday tema kucing tanpa mulut ni. Muka tak malu kan ? Minta hadiah birthday daripada Kak Farrah ? Hihihi.. Argh tak peduli. Dah minta dan dah dapat pun. Jangan cemburu sangat.


Haaa inilah hadiah-hadiah yang Kak Farrah hantar untuk aku. Mana tak sengih sampai telinga. Memang aku suka sangat. Siap dapat plushie lagi tau dak. Minta kad saja. Shawl polka dot pun aku dapat. Dah laju aku rasmikan tapi tak teringat nak snap gambar. Nanti bila-bila pakai lagi aku posing khas untuk Kak Farrah. 



COMEL kan ?!! Kak Farrah siap risau takut tak jadi Hello Kitty yang aku minta tapi jadi sungguh haih. Boleh baca di SINI. Sebiji rupa asal. Ayat-ayat cinta dari Kak Farrah tak boleh share dengan korang. Nanti korang makin jealous. Hihihi..

Aku memang suka Hello Kitty dari kecil. Dulu MamiZ risau aku asyik main toys yang budak lelaki suka macam Power Rangers dan sebagainya. Beli Barbie pun aku tak main sangat. Tapi one day MamiZ belikan aku tote kuning Hello Kitty. Usung pergi kelas mengaji. Aku terus fall in love dengan Hello Kitty. So senanglah hati MamiZ. Anak dia masih ada sifat-sifat naluri seorang perempuan. Hahaha.. Kalau tak memang aku spesis kasar agaknya.

Hello Kitty ni sebenarnya bukan kucing pun. Hahaha.. Haaa sila peningkan kepala korang. Yes. Kalau baca history Hello Kitty memang tak diklasifikasikan sebagai seekor kucing. Aku malas nak cerita lebih nanti menyimpang jauh. Kalau berminat korang silalah Google sendiri. Tapi aku tak nak celarukan otak aku. Aku tetap anggap Hello Kitty sebagai seekor kucing. Complicated kan ? Aku faham. Hahaha..

Lepas tu.. dalam beberapa minggu after that, Kak Farrah told me yang dia ada lagi hadiah nak hantar. Aku tanya hadiah apa lagi. Katanya 'Hadiah Birthday 2.0'. Nervous hati aku menanti kiriman sampai.



Akhirnya tiba jua. Inilah dia hadiah-hadiah 'Hadiah Birthday 2.0' yang Kak Farrah kirim buat aku. Ada sejarah kenapa aku dapat 'Hadiah Birthday 2.0' ni. Hihihi.. Biarlah rahsia. Aku dapat notebook, shawl, sticky post-it dan kad. Hadiah Hari Guru pun aku dapat. Kad untuk DediS sempena Fathers' Day. Boleh baca di SINI. Ooops aku dapat pocket money juga tapi kena masuk dalam tabung travel. Thank you Kak Farrah for the presents. Tak tahu nak wish cakap apa lagi. I is so love you. Hope that we can meet and go eat ayam penyet together. Selamat sudah duit masuk tabung. Hihihi..

Terjah Kak Farrah di SINI.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Thursday, 18 June 2015

PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI MALINDO AIR

MALINDO AIR : ANTARA PILIHAN MENJIMATKAN UNTUK TRAVEL 

Sekadar perkongsian untuk rujukan kawan-kawan. Pengalaman aku yang tak seberapa menaiki Malindo Air for the first time ever untuk balik ke KL baru-baru ini untuk menghadiri kenduri Onni. Boleh baca kisahnya di SINI.

Kalau ikutkan, tak gempak mana pun tapi nak juga cerita. Aku jakun gila sebab tak pernah naik Malindo Air. Asalnya nak drive saja balik KL. DediS yang patut teman aku drive tapi DediS tak sihat. Check tiket train pun habis. Bus dari Parit Buntar pun habis untuk semua tarikh yang aku nak. Bus dari Butterworth ada tapi tak ada orang nak hantar aku naik dari Butterworth. MamiZ kerja.

So aku ajak RaihanF teman aku naik flight. Budak tu kebetulan tengah semester break. Makanya aku kenalah belanja dia since aku yang ajak dia teman aku. Hihihi..

Check Air Asia tapi pergi balik harga mencekik. Dekat RM300 seorang to and fro. Setakat PEN-KUL aku rasa sangat tak berbaloi harga macam tu. MAS tak payah sembang. Terus boleh kena darah tinggi. Memang terkejut aku tengok. One way pun dah RM400 plus. Dulu boleh dapat one way RM80 saja. Lupakan saja hasrat untuk naik MAS. Akhirnya tengok Malindo Air pula. Alhamdulillah. Harga berpatutan. Pergi balik hanya RM140 seorang. Sengih sampai telinga.

Aku tinggal kereta di rumah pakcik RaihanF. Parking di airport mahal gila. Park tinggal empat hari mau dekat RM170 duit boleh melayang. I is so tak redha kalau macam tu. Jadi kami hanya naik teksi dari rumah pakcik RaihanF. Weh !! Sekarang dah canggih gila. Panggil teksi pun guna application. Kalau rajin aku akan kongsikan kemudian.

So here we go !!



Ready to fly !!
Kami tak beli seat pun. Tapi dapat duduk tepi tingkap. Yeay.. 
Berlepas agak kasar juga. Paling ganas aku rasa setakat ini dalam sejarah aku naik kapal terbang. Memang laju gila aku rasa time nak berlepas. Siap menggagau aku pegang tangan RaihanF. Seram semacam. Alhamdulillah journey yang smooth.



Bye Penang.. Jumpa lagi..
Slowly meninggalkan bumi Penang. Amboi gaya macam nak travel jauh. Hihihi..

First impression yang aku ada terhadap Malindo Air adalah sangat baik setakat ini. Bermula dari check-in di kaunter dan sepanjang penerbangan. Process sangat cepat dan tip top. Tiket pun lagi lawa dari tiket Air Asia. Hihihi.. Penting wooo tiket lawa. Baru boleh nak berlagak tayang kat Instagram. Macam minta kena tampar. Jangan marah ya kawan-kawan.



Screen memang sedia terpasang sejak masuk dalam flight lagi. Kalau Air Asia jangan harap dapat tengok movie. Duduklah diam-diam bertafakur. Malindo Air kasi tengok movie dan siap boleh main game. Sila bawa earphone sendiri kalau nak tengok movie. Tak diberikan. Pulun aku suruh RaihanF posing pura-pura main game. Padahal dia tak faham pun nak main game tu macam mana. Hahaha..

Aku sempat layan Just For Laugh. Duration terbang 50 minit saja. Tak payah ambitious sangat nak tengok Mocking Jay. Cerita baru nak sampai raising action dah landing.

Kalau battery phone dah nazak boleh cucuk wire dan charge. Fuiyiooo.. First time baq ang !!
Malindo Air pun dah makin maju selangkah. Boleh guna Wifi while flying. Tapi hampa jangan tanya aku how sebab sampai waktu balik aku still tak faham macam mana nak connect dengan Wifi yang disediakan. Line memang penuh. Ada yang pernah cuba tak ? Mohon kongsikan cara-caranya.






Selongkar poket tengok apa yang ada. Biasalah. Majalah dan few brochures. Ada catalog untuk those yang berminat nak beli merchandise dan snacks. Aku tertarik betul dengan payung Malindo Air tu. Macam besar dan menggoda sungguh. Tapi malas nak beli. Satu kerja aku nak usung sepanjang kat KL pula. Ada menu makanan juga. Menarik juga makanan-makanan yang Malindo Air offers. 

Another best thing adalah, kita akan dapat snack free. Walaupun hanyalah dua keping cookies kopi dan air minuman tapi better dari tak ada. Journey pun sekejap saja. Hang bayar harga tak seberapa hang expect apa ? Dapat steak ? Hihihi.. mohon naik private jet kalau nak macam tu. Sekali stewardess distribute cookies habis satu flight bau kopi. 

Alhamdulillah landing sangat smooth. Elok sampai hujan turun. Langit cerah dari Penang. Syukurlah dah sampai. Aku bukan senang hati kalau naik flight waktu tengah hujan. Nervous.

Lepas dah habis majlis kenduri Onni, aku balik ke Penang juga dengan menaiki Malindo Air. Macam dah jatuh cinta sungguh kan ? Memang !! Macam dah sayang kat Malindo Air.




Makcik aku hantar ke KLIA2 terus. Katanya tak payah membazir naik train. Baik. I is okay saja ada orang sudi nak hantar. Lagi boleh berlagak diva. Huhuhu.. Sampai KLIA2 around 11.00AM something. Terus check-in dan melilau dalam KLIA2 cari tempat makan. Then menapak slowly ke gate. Alhamdulillah perjalanan pulang pun smooth.

TAPI !! TAPI !! TAPI !!

Nauzubillah. Hazab sungguh waktu landing. Serious weh.. Aku rasa berderau darah dan seram sejuk sangat. Aku dah nampak darat bila flight dah nak landing. Aku personally rasa flight terlalu laju semacam saja. Gelabah weh !!

And prediction aku betul. Bila dah rasa tayar flight cecah darat, flight macam meluncur laju dalam speed yang extreme. Kami masing-masing peluk seat depan sebab memang rasa macam terhentak dan flight macam dipaksa-paksa untuk berhenti mengejut. Tak pernah pula aku rasa macam nak terpelanting. Aku rasa time tu jantung memang berdegup kencang gila. Bila dah reach complete stop, aku tengok passengers lain pun muka lega. Memang cuak. Syukur tak ada apa.

Memang terbayang macam-macam. Walaupun dah selamat landing, macam-macam benda boleh jadi juga. Apa-apa pun thank you Mr. Pilot sebab bawa balik Penang dengan selamat. Next time tak mahu bawa flight brutal sangat. Nak rempit apa atas langit tu pun tak tahulah..

Haaa tu saja nak cerita. Tak ada apa pun kan ? Poyo naik Malindo Air padahal orang lain naik flight lagi gempak. Aaargh !! Tak kira. Lepas ni aku rasa akan consider Malindo Air juga dalam selection aku untuk pilih flight. 

Thank you Malindo Air. 
#MuahCiked.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Saturday, 13 June 2015

GENG BULAT | SELAMAT PENGANTIN BARU ONNI

BILA KAWAN DAH MULA MASUK ALAM PERKAHWINAN

Pheew !! Esok dah mula kerja semula. Ada beberapa minggu lagi sebelum contract tamat. Mari ikhlaskan diri pergi ke sekolah dan mengajar walaupun diri tak puas bercuti lagi. Maaf kawan-kawan. Kekangan masa untuk melayan tetamu yang datang. Baru dapat balas komen-komen korang sikit-sikit dan akan sedaya upaya menjenguk rumah-rumah korang semua yang sudi bertandang ke teratak buruk aku.

----------------------------------------------------------------

WARNING : Mohon bersabar. Entry ini panjang berjela.

Alhamdulillah. On the 5th of June yang lalu, Onni dah selamat bernikah dengan AbamZ. Majlis berjalan lancar dan meriah. Aku ke KL bertemankan RaihanF dan tumpang tidur di rumah Ciqen satu malam sebelum sama-sama bergerak ke rumah Onni the next day.

Perasaan ? Haruslah tak tahu nak cerita macam mana. Happy ada.. Sedih ada.. Semua bercampur. Aku rasa each and everyone of us ada mixed feeling tapi tak terzahir kat mulut masing-masing. Kami sampai terus serbu Onni yang tengah make up. Buruk perangai kan.. Hihihi..


Beautiful. Bila tengok Onni tengah make up aku personally rasa sebak. Cover dulu feeling yang ada. Kang terburai air mata depan Onni. Rasa macam masa cepat sangat berlalu. Haaa.. dah macam aku pula emak nak lepaskan anak pergi kahwin ikut suami. Hihihi.. 

While Onni tengah make up kami yang lain pergi isi tangki perut. O nomnom.. Makanan sedap.

Makcik-makcik rukun tetangga taman perumahan yang Onni tinggal buat rewang. Pergh !! Tak ada catering bagai. Bagusnya. Ramai yang turun padang tolong masak dan bantu family Onni nak prepare for the wedding. Kami yang offer diri nak membantu pun kena halau suruh duduk diam-diam.







 

Sekali lafaz saja, Onni sah menjadi isteri AbamZ. Syukur.. Lama juga Tok Kadi tu ceramah. Mengingatkan tentang tanggungjawab dan peranan suami isteri. Basic tapi kadangkala itu yang ramai orang lupa. Bukan untuk orang yang nak berkahwin saja. Yang single pun kena ambil tahu.

The moment Onni berpeluk-peluk dengan mak abah dia airmata aku dah tak boleh nak control. Berjurai disitu dan aku tengok mata si Yantai pun dah merah. Banjir sekejap. Masing-masing pekup tisu tak mahu nampak obvious sangat tengah melalak. Ego sebenarnya kami masing-masing. Sedih tapi tak nak tunjuk. Sob sob..

Lepas majlis nikah selesai kami bawa haluan masing-masing. Pengantin pun dah nak salin uniform tolong orang lain mengemas.

The next day was the reception day untuk pengantin perempuan. Ciqen datang ambil kami berempat di rumah Neddy. The night before aku tumpang tidur rumah Neddy sebab dah dekat dengan rumah Onni. Ciqen kena balik Gombak sebab ada urusan keluarga. Jadi tak perlu kacau Ciqen.

Hari reception yang meriah. Dapat jumpa kawan-kawan lama. Tolong jadi penyambut tetamu dan tukang sengih untuk semua orang. Ciqen jadi pengapit Onni while bersanding. Kami yang lain ulang alik isi tangki perut. Asal duduk sembang dengan kawan yang datang mesti ambil makanan nak ngap sekali.



Bersandingnya macam sekejap saja. Aku tak sure sebab aku tak sempat nak tengok pun sebab asyik bersembang. Ramai kawan-kawan lama yang datang. Macam-macam cerita keluar. Tengok sekali pusing pengantin dah pindah pergi meja makan. Hihihi..




Kawan-kawan sekelas di UNISEL pun datang. Empat tahun bersama jatuh bangun sakit sendu kami sekelas. Bila datang ramai-ramai cenggini memang havoc habislah. Ada yang datang bawa husband, bawa anak and bawa tunang. Aku ? Bawa diri sendiri. Class rep pun datang sekali. Memang terbaik. 



Ni pula kawan-kawan UNISEL yang sama-sama pernah jadi facilitators untuk adik-adik juniors yang baru mendaftar. Kawan-kawan yang sama-sama boleh menggila. 







Bila tetamu dah mula beransur pulang, pengantin lelaki pun dah bersiap sedia nak menggosok periuk, kami punya turn pula nak posing sakan dengan pengantin perempuan. Hihihi.. Demi nak bergambar kami redahkan juga matahari mencanak atas kepala. Muka aku sunburn berjemur di Lost World of Tambun pun tak hilang lagi. Redha sajalah.

A night before aku dah Google gambar apa yang patut. Yang mana sempat sajalah kami posing. Pening photographer nak melayan kehendak. Dah kalah pengantin. Sabar okay !!

That evening around 6.00PM kami semua gerak ke Eastin Hotel Damansara. Semua tidur sana sebab reception wedding belah pengantin lelaki buat dekat Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Sebelah saja dengan hotel jadi senang nak travel.

We left Onni tengah make up in the hotel room and pergi ke venue lebih awal. Join family Onni ramai-ramai. Memeriahkan suasana. Sekali mak abah Onni suruh duduk meja VVIP sekali. Tapi kami punya perut dah penuh sebab dah makan lebih awal. 

Disebabkan ini adalah kenduri pihak lelaki, jadi kami semua agak behave. Tak ada tunjuk perangai tak senonoh. Semua ayu prim and proper saja. Hihihi..

Kisah holiday gempak Geng Bulat di SINI.






Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar. Semua orang happy dan suasana memang sangat meriah. Kami tak adalah tunggu sampai orang kemas meja. Onni dengan AbamZ pun ada sesi photoshoot jadi kami bergerak pulang. Aku, RaihanF dan Yantai teman Ciqen hantar Neddy balik Setia Alam. Then baru Ciqen hantar kami bertiga ke KL Sentral. Yantai balik Cyberjaya while aku dan RaihanF balik ke Bangi.

Tumpang tidur rumah nenek satu malam before gerak balik Pulau Pinang the next day. Selama empat hari memang aku musafir sungguh lompat tidur rumah orang. Sebab balik tak drive kereta jadi agak terhad untuk bergerak sendiri. What to do ? Thanks kawan-kawan kasi tumpang rumah with great hospitality. Nanti boleh tumpang lagi. Ahaaaks..

Dear Nur Syahida Binti Jemadi..

Thank you for sometimes kau drop by juga teratak buruk ni jadi silent reader. Aku harap by anyhow and chance, you will read this. Onni.. remember the moment bila kita langsung tak boleh bertegur sapa ? Mata masing-masing could not meet ? Ideas always bercanggah ? Always tak sependapat. Remember the moment where hatred was all we had dalam hati masing-masing ? Padahal hari-hari mengadap diri masing-masing in class.. Remember the moment when I did something really bad to you ? Though it was not my truly intention but I was part of it. I still blame myself up until today. I still have the thought within my mind. Jahatnya aku !! I am truly sorry. Remember those days where we could still talked to each other but there was no sincerity ? We could eat together in one table but our hearts did not really there ? 

Bila fikir balik memang weird. We did not know the exact reason why but we played along with the game. Luckily Allah SWT has set a different path for both of us. Something that made you and me a different person now. Ended up we are entangled dalam cinta lima segi. Hihihi.. How did it happen ? It happened naturally kan ? And somehow we could discover the mystery of our relationship. Remember how both of us ended up pergi holiday together ? Out of ramai kawan, it happened to be kita berdua. Alhamdulillah. We are where we are supposed to be now.

Thanks for always picking up my calls even tengah malam buta. I doubt I can do the same thing now ooops !! Thanks for always there to listen. Thanks for always be there where we are in need. Like what you said to us, things might be different now but lets try to keep up with each other like what we always do. Glad that you have found your other half. We are happy for you. Glad to see that you could smile brightly. Hope AbamZ will take care of you nicely and may both of you lead a happy marriage life. Be happy as you deserve it. 

PS : We want nieces and nephews. Hihihi..


Nur Syahida Binti Jemadi, you know I love you kan ? Chukae.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...