Thursday, 30 July 2015

TEMPAT MAKAN BEST | CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT

TEMPAT MAKAN BEST | CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT


TEMPAT MAKAN BEST | CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT. Entry Tempat Makan Best kali ni bukanlah satu tempat makan yang baru. Dah ternama tapi aku yang baru nak cuba. Baru ada kesempatan nak merasa makanan disini. Jakun ? Sikit. Maklumlah tak pernah makan di antara chain restaurants yang terkenal berasal dari Texas ini. Pernah terlintas untuk cuba makan di Chili's Grill & Bar Restaurant tapi tak pernah menjadi. Aku orang kampung. Tak berani nak duduk makan dalam restoran gempak. Hihihi.. Outlet restaurant Chili's Grill & Bar Restaurant ada bersepah seluruh Malaysia. Akhirnya for the first time ever aku melangkah masuk ke Chili's Grill & Bar Restaurant di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Itu pun sebab Kak Sue yang bersungguh nak makan dan sudi nak belanja. Puas pujuk nak share the bill tapi dia tak mahu. Jadi aku nak makan pun agak malu-malu. Aku suruh Kak Sue yang decide what to eat since it was my first time. I am fine with anything.

MENU DI CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT


Superb I must say. Haruslah menarik. Tengok kedai lah. Colourful. Aku memang suka tengok menu yang warna-warni tapi tak menyakitkan mata. Well presented dengan gambar-gambar yang mengancam. Aku selak banyak kali and I could not decide nak makan apa. Kalau ikut hati memang nak itu nak ini. Semua nampak menarik.

Untuk menu lengkap Chili's Grill & Bar Restaurant -- SINI.









PILIHAN MAKANAN DI CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT


I encountered 'Fajitas' for the first time. It is actually macam kebab. Grilled beef or chicken stripes with grated cheese then dibalut with tortilla. Tapi tak order pun sebab portion sangat besar and there were two of us saja that day. We ordered menu lain.



Mushroom-Swiss Burger


RM28.95


Fire-Grilled Chicken & Portobello


RM36.95


Wings Over Buffalo


RM22.95


Spinach Queso & Tostada Chips


RM22.95

Semua yang kami ordered that day scrumptious yang amat. Makan during waktu berbuka so we were too hungry jadi sangat memuaskan. Kak Sue ordered that Mushroom Burger and she ordered that Grilled-Chicken for me. Aku bukanlah peminat chicken breast sebab agak kering. Aku suka part yang tender dan juicy but to my surprise, the chicken breasts were juicy dan sedap. Besar and I could not manage nak habiskan pun. The meal came along dengan selambak mashed potato yang yummy. I love potatoes. We shared our meals sebab portion sangat besar. Mushroom Burger is a go. Beef patty yang besar dan sedap. Those Buffalo Wings were not to my liking sangat. Spicy and too sour. Kalau suka rasa yang tangy sesuai agaknya. Definitely not going to order them again. Free flowing water. Boleh refill air sampai perut kembung.

Kalau keChili's Grill & Bar Restaurant, wajib order Tostada with their signature cheese dipping sauce. I told Kak Sue that I wanted to try and she was so generous pergi order one set for both of us. Gosh !! That Spinach Queso was so damn cheezy and delicious. Aku tak tahu nak describe macam mana. I might go back and just order the Tostada set and eat alone. Sumpah sedap. Telan air liur while typing. Hihihi..

HARGA MAKANAN DI CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT

Harga memang agak pricey. But query not please. Makan kat tempat macam ni so we must be prepared. Aku jenis yang tak berkira sangat nak keluarkan duit for good food kalau betul berbaloi. Yang dah pernah makan mesti setuju kan ? Untuk penuhi keinginan diri sendiri apa salahnya. Satisfaction. So I must say, though harga makanan adalah mahal but worth it. You can even share with your friends jadi nothing to be worried about. Unless kalau makan seorang diri. Forever alone macam aku. Tapi tak boleh selalu. Everyday makan macam ni cukup seminggu aku terpaksa busking tepi jalan buat persembahan. Hihihi.. 

Untuk maklumat lengkap mengenai Chili's Grill & Bar Restaurant -- SINI.


Ada yang bercadang nak makan di Chili's Grill & Bar Restaurant dalam waktu terdekat ? Boleh bawa anak-anak or hangout with friends. Yang dah pernah makan di Chili's Grill & Bar Restaurant boleh share pengalaman yang ada. Boleh suggest hidangan lain yang sedap untuk dicuba. I want to go and eat there again real soon. Hihihi..

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Sitiroro | Facebook

Thursday, 23 July 2015

TEMPAT MAKAN BEST | SAKAE SUSHI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

TEMPAT MAKAN BEST | SAKAE SUSHI. Siapa suka makan sushi ? Angkat tangan. Aku suka makan sushi tapi bukanlah jadi satu kemestian untuk selalu pergi makan. Kering poket kalau makan selalu. They ain't cheap. Kawan-kawan aku majoriti semuanya suka makan sushi. Jadi memang sesekali kami rancang untuk lepak sambil makan sushi. Aku bukan boleh telan raw fish atau sashimi sangat pun. They are slimy. Kadang tekak boleh terima kadang tak boleh. Kali ini aku dan Ciqen bercadang untuk cuba sushi di Sakae Sushi di Nu Sentral since Ciqen was craving for sushi sangat-sangat tapi di Nu Sentral tak ada Sushi King. Jadi we decided to give it a try for the first time ever.

  • MENU - Menariknya di Sakae Sushi ini, order dibuat through Ipad. Main slide dan tekan-tekan saja hidangan apa yang kita nak makan selain apa yang ada di Kaiten Belt (if I'm not mistaken about the term). Majoriti outlet makanan Jepun sekarang dah guna sistem macam ini. Lebih canggih dan cepat. Tak perlu tunggu pekerja datang ambil pesanan. Tapi dalam masa yang sama, booklet menu masih disediakan di setiap meja. Sebelum buat pesanan boleh browse booklet menu dulu. Pilihan sushi, bento dan udon adalah lagi banyak berbanding di Sushi King. Lagi rambang mata nak memilih. Kalau poket tengah tebal memang tak berkira sangat. Disebabkan kami hanya berdua saja on that day, kami tak order any set. Takut tak habis makan. If you have more crowds baru berbaloi.





  •  MAKANAN / MINUMAN / SUSHI - Mungkin sebab bukan waktu peak hours jadi pilihan di atas belt tak banyak. Sendu sungguh aku tengok. Tunggu punya tunggu hanya ada pilihan sushi yang sama. Aku pula tak terasa nak makan raw fish jadi I was looking for something else. Ciqen dah laju makan few plates aku masih undecided nak makan apa. Nampak mochi terus ambil. Bisinglah Ciqen. Datang Sakae Sushi hanya untuk makan mochi. Hihihi.. 




  • Ended up aku hanya order few plates saja. They have really good choices of beverages dan desserts. Rasa nak order parfait tapi takut tak lalu pula sebab banyak cream. Macam-macam kan ? Hahaha.. Aku personally rasa penyediaan sushi di Sakae Sushi sedikit selekeh. Tak berapa kemas. Bukan semua tapi ada seketul dua yang tak comel mata memandang. Ada sushi yang berada di atas belt sudah terbalik. Food presentation memang dah cantik. Tapi tak kemas. Kita bayar mahal jadi we should get service yang berpatutan juga. 

  • AMBIENCE / PEKERJA - This part kami ada sedikit kurang senang. Ambience lulus sebab orang tak ramai jadi tak bising. Tapi staff ada sedikit tak sopan. Ciqen asked for confirmation tapi pekerja tu tak berapa faham. Rupa-rupanya tak faham Bahasa Melayu. Tak apa tak jadi masalah. We asked in English. Dah faham tapi lepas tu dia ajuk kami cakap. When we laughed, she laughed cynically dan siap smirked lagi. Dah kenapa ? Bila dia hantar order aku cakap 'terima kasih' boleh pula dia main-main ajuk 'terima kasih' aku. Sembang dengan pekerja lain punyalah kuat dan siap tunjuk meja kami lagi several times. Mujur tahap sabar tengah tinggi jadi kami abaikan saja. Tak jadi masalah kalau nak ambil pekerja luar tapi ajar etika kerja sampai mahir dulu. Macam ini punya perangai, nak makan pun tak ada selera.

  • HARGA - Slightly mahal dari Sushi King. Tak jauh beza sangat tapi still a bit expensive. It is a good bargain. You pay for the food jadi worry not. Sedap. While kami makan, ada offer makan lima pinggan percuma dua pinggan. Jadi sakan sungguh si Ciqen makan. Bila kami bayar suddenly jadi too expensive dan katanya offer tu dah tak valid. Aku pergi cari balik sticker offer tu dan mula nak argue. Disebabkan pekerja tu tak faham sangat both Bahasa Melayu and English, dah macam cakap dengan itik. Ended up we settled the payment dan split the bill equally. Sayu aku tengok Ciqen yang dah happy makan tiba-tiba kena bayar extra tak seperti yang dijanjikan. It is okay. Belajar dari kesilapan.

Hanya beberapa saja aspek yang perlu diperbaiki. Baru pelanggan yang kuat makan macam kami puas hati dan bakal datang lagi. Tak rugi manis mulut dan bekerja dengan elok. Rapport pun terjaga kualiti pun terjamin. No harm. Aku yakin mesti ada kawan-kawan yang pernah cuba makanan di Sakae Sushi. Mari kongsikan cerita serba sikit. Sharing is caring kan ? I shall come back to try the udon or bento. Tengok gambar pun dah trigger my temptation. Soon.

Rating : 3.5 Bintang / 5.0 Bintang

Senarai outlet Sakae Sushi - SINI

-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Sitiroro | Facebook

Saturday, 18 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015 / 1436 H

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Macam mana dengan sambutan Aidilfitri masing-masing ? Meriah ? Baju kurung berapa pasang ? Aku sempat juga beli sehelai lagi baju baru untuk dipakai. Saja nak tambah koleksi.

Apa-apa pun berbelanja haruslah ikut kemampuan. Since DediS dan MamiZ adalah kakitangan kerajaan jadi both of them dapat gaji awal. Tapi tak boleh excited sangat. Masih tak boleh berbelanja sakan. Nak kena bertahan for the next 60 hari sebelum gaji bulan seterusnya masuk. Memang semua kakitangan kerajaan dah faham situasi ni kan ? Jadi kami tak sakan sangat pun this year.

Kuih raya beli ala kadar saja. Usually memang banyak jenis. Tapi this year kena cut down everything. Aku pun bukan peminat kuih raya sangat jadi it is not a big deal. Kalau ada aku makan kalau tak ada pun tak apa. Pi makan kuih raya kat rumah orang lain. Hihihi..

Yang memandu jauh silalah berhati-hati. Kena fikir keselamatan diri sendiri, keluarga dan pemandu lain. Kita nak sampai destinasi dengan selamat. Begitu juga orang lain. Jadi jangan rakus sangat while memandu. Jangan merempit. Kalau mengantuk sila berhenti sebentar minum kopi dulu satu dua round. Dah segar sambung balik memandu.

Dikesempatan hari mulia Aidilfitri tahun ni, aku nak minta maaf to semua kawan dunia maya yang yang aku ada. Ada yang pernah bertemu dan yang selebihnya hanya bermanja bermesra through blogging. Yang penting ada ukhwah yang terjalin walaupun tak pernah berjumpa. 

Maaf kadang-kadang aku lambat berkunjung semula menjenguk blog korang. Bukan disengajakan tapi memang kekangan masa. I will try to make it untuk terjah blog kawan-kawan yang sudi singgah bertandang ke teratak buruk aku. Maaf kalau ada gurauan yang kasar yang tak dapat korang terima. Kalau ada komen aku yang tak berapa nak proper tu aku minta maaf juga. Kadang-kadang sedap menaip bukan fikir sangat. Andai ada yang terasa hati aku sincerely mohon maaf. Jangan simpan dalam hati tau. Aku sayang korang semua.

Kosong-Kosong dah kan ? Hihihi..


Kongsikan serba sedikit cerita raya korang semua. Baju berapa pasang ? Kuih-muih berapa jenis ? Beraya di mana ? Kampung sendiri atau kampung mertua ? Jangan segan sangat. Share sikit.

Have fun menyambut Aidilfitri dan jaga diri walau dimana pun korang berada. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan.
Maaf zahir dan batin.

Monday, 13 July 2015

RAMADHAN BUFFET 2015 DI BORAOMBAK, AMPANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Masih bersisa beberapa hari sebelum menjelang Syawal. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya dalam bulan serba mulia ini. Macam biasa. Bila muncul Ramadhan, mesti ada saja idea untuk melepak bersama kawan-kawan. Acara berbuka puasa memang akan jadi antara topik perbualan. Nak makan itu nak makan ini. Aku pun tak terlepas daripada merancang untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan. MamiZ ajak balik ke Bangi last weekend jadi itu saja masa yang aku ada untuk berbuka bersama kawan-kawan. Kami memilih untuk makan buffet di BoraOmbak. Sebenarnya ada banyak option lain tapi kami sepakat untuk ke BoraOmbak setelah meneliti harga dan makanan yang dihidangkan. Pakej berbuka puasa di BoraOmbak agak berpatutan. Location pun tak terlalu jauh dari rumah masing-masing.

Asalnya hanya kami berlima saja, ahli-ahli #GengBulat, RaihanF dan beberapa kawan kelas yang lain tapi plan terpaksa bertukar. Ramai yang ada urusan yang lebih utama jadi kami terpaksa cari kawan-kawan lain yang sudi memenuhkan tempat yang sudah ditempah dan dibayar. Kerana tempat adalah limited, jadi kami tak mampu nak ajak semua kawan-kawan yang rapat untuk datang. Kami personally tanya seorang demi seorang yang paling rapat dengan kami kalau sudi memeriahkan majlis. Urusan pun dibuat dalam waktu yang terhad jadi kami perlukan confirmation yang segera. Memang ada yang terasa hati kerana seolah-olah kami buat majlis secara diam pula tapi aku yakin semua dah dewasa untuk faham kekangan yang terjadi.



Aku sampai lambat sebab tersesat. Jadi aku tak sempat nak ambil gambar makanan. Cadangnya nak berkumpul di Ampang Point tapi aku key in Ampang Park dalam Waze. Sempat snap few pictures ambience dalam BoraOmbak sebelum handphone nazak. Bagi aku, BoraOmbak menawarkan hidangan buffet yang agak menarik. Suasana kedai pun cantik dan kemas. Nampak cosy dan teratur. Interior memang cantik. Parking pun senang walaupun sedikit jauh nak menapak.

Aku suka the idea yang pihak pengurusan BoraOmbak buat dua stations untuk main course. Memang patut sebab orang ramai jadi elok sangat untuk mengelakkan orang berebut-rebut. Pilihan lauk-pauk untuk main course pun banyak. Semua adalah hidangan ikut selera tekak orang Melayu. Ayam masak merah, Daging rendang, Paru sambal, Perut masak lemak, Fillet ikan sweet sour dan choices of sayur-sayuran. Desserts pun ada banyak pilihan. Ada jellies, agar-agar, fruits dan bubur. 


Selain main course, ada banyak stalls kecil-kecil yang dibuka. Ada stall bakso, mee kari, kambing golek, ayam bakar, roti canai, pasta dan roti jala. Pilihan air juga banyak. Oren, Bandung, Lychee dan ada yang lain aku pun tak ingat. Memang happening dan semua makanan sentiasa di top up bila dah almost nak habis. Jadi pengunjung tak perlu nak tunggu lama. Paling gempak adalah live band yang BoraOmbak sediakan untuk hiburan pengunjung. Suara singer for that night memang two thumbs up kami kasi. Amy Mastura pun ada menyanyi live. Rupanya dia pun datang berbuka with her families. Ramai request dia pun menyanyi satu round. Kecil comel saja orangnya. Kami dah nak keluar dari BoraOmbak jadi tengok dari kejauahan saja.

Pilihan makanan yang best ikut selera aku for that night adalah : Rendang daging, Fillet ikan sweet sour, Perut masak lemak, Roti jala dan Kambing golek. 



Aku harap semua puas hati dengan pilihan tempat berbuka kali ni. Senang hati saja nampak semuanya. Onni pun kata boleh repeat lagi untuk gather di BoraOmbak. Maknanya berjaya masuk carta kami. Aku makan almost semua hidangan kecuali Bakso dan Mee Kari. Memang dah tak ada space nak sumbat. Dua round aku pergi ambil kambing golek. Orang lain dah berhenti makan pun aku still lagi makan. Aku tak nak membazir. Dah ambil kenalah habiskan.



So that was it. Plan last minute untuk berbuka puasa bersama-sama yang sedikit kelam kabut tapi akhirnya berjalan lancar. Terima kasih untuk yang sudi datang walaupun ada yang terpaksa kami paksa untuk datang. Gara-gara tak mahu membazir tempat yang sudah dibayar. Hihihi.. But overall, I was happy and glad to meet all of you. Bukan senang nak berkumpul. Masing-masing duduk jauh. Akulah yang paling jauh. Huwaaa..

Kalau korang berminat untuk berbuka puasa di BoraOmbak, jangan lepaskan peluang ya. Masih bersisa beberapa hari untuk korang atur plan bersama kawan-kawan. Selamat bergembira.

Jom Buffet BoraOmbak
75, Jalan Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor

Tel: 03 4251 6303 
Fax: 03 4251 6302

19 Jun 2015 - 15 Julai 2015

Dewasa : RM56.00
Kanak-Kanak : RM36.00

Friday, 10 July 2015

TAMAT KONTRAK GURU GANTI - TERIMA KASIH MRSM PDRM KULIM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Finally !! Setelah hampir dua bulan setengah aku bekerja sebagai guru ganti, akhirnya kontrak aku pun tamat pada hari Rabu yang lepas. Pejam celik dah sampai hari terakhir aku bekerja di MRSM PDRM Kulim. Dari awal bulan Mei hinggalah awal Julai. Bukan satu tempat yang asing bagi aku since aku merupakan student di sini suatu ketika dahulu. Walaupun option aku English aku diberi kepercayaan untuk mengajar BM. At first agak sedikit susah but I had to try my best. Tersasul juga few terms in English but these cool kids tolong betulkan. Kelakar.

And now I am back as a penganggur terhormat. Dapatlah jenguk blog yang dah mula berhabuk. Menunaikan tanggungjawab blogwalking terhadap kawan-kawan yang masih sudi bertandang. Ada yang mula merajuk ke ? Janganlah macam tu. Nanti aku pergi jenguk.

Aku tak nak membebel panjang. Korang pun belum tentu rajin nak baca. This time aku just nak share gambar-gambar yang aku sempat ambil with my students. 1 Arrazi, 1 Kindi, 5 Arrazi dan 5 Zarqali. Extra pictures with my homeroom kids. Gambar-gambar around hari terakhir aku mengajar di sana. Sempat juga kami rancang untuk berbuka puasa bersama-sama.


























Okay cukup. Tak boleh banyak-banyak. Semua dah cuci mata masing-masing ? Hihihi.. 

Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Gambar budak-budak yang syahid dalam kelas pun ada. Tapi aku simpan buat kenangan sajalah. Nanti kantoi Cikgu CT mengajar bosan sampai budak-budak boleh terlelap dalam kelas. Cover !!

Untuk my students, incase korang come across this entry, silalah sengih lebar sebab muka korang dah popular di blog ni selain di account Instagram. Sila rasa bangga dengan diri sendiri sebab blog ni sangat terkenal dah famous. Bukan calang-calang orang boleh menempek disini. Haaa.. itulah jaminan seorang blogger picisan yang budget poyo. Hahaha.. gurau saja ya kawan-kawan.

Good luck people. Sila jadi rajin because your exam is just around the corner. Jangan malas sangat. Few months left saja lagi. I had fun meeting all of you and my prayers will always be with everyone of you. Saranghae ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...