Saturday, 27 February 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.4 - JAGALCHI MARKET

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - JAGALCHI MARKET


Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - JAGALCHI MARKET / MAKAN MALAM SEAFOOD YANG SEDAP. Bila sampai tempat orang kalau boleh memang nak merasa makanan disana. Maka.. saat yang ditunggu sudah tiba. Nak makan dan perut sudah bergendang. Memang kami plan untuk dinner di Jagalchi Market. Antara lokasi tempat makan di Busan yang perlu masuk dalam list. Menyesal kalau tak cuba makanan di Jagalchi Market. Jalan dulu kasi penat pusing seharian baru berbaloi makan sedap. Rasa puas yang amat. Dari Gukje Market boleh jalan saja ke Jagalchi Market. Terus dari metro Jagalchi Station pun boleh. Jalan jauh dalam cuaca sejuk tak terasa langsung. Hihihi..


Kedudukan Gukje Market dan Jagalchi Market. Juga kedudukan metro Jagalchi Station dan Nampo Station.

Jagalchi Market
1. Jagalchi Station Subway Line 1 - Exit 10 (5-10 minit jalan kaki)
2. Nampo Station Subway Line 2 - Exit 2 (5-10 minit jalan kaki)

Kami sampai sekitar kawasan Jagalchi Market dah senja. Hari sayup nak malam. Padahal baru pukul 5.30 petang. Itulah drawback kalau travel musim sejuk. Siang sangat limited. Menyelusuri pasar basah di luar Jagalchi Market memang menakjubkan. Macam-macam jenis seafood ada terjual. Ikan yang kita tak tahu nama apa.. Raw seaweed.. Makanan laut yang pelik. Oh.. Yangnyeon Gejang 양념게장 atau marinated crabs bersama sos gochujang pun ada. Tengok sajalah nak cuba tak berani. Meriah sangat kiri kanan Ahjumma Ahjusshi menjual. Banyak juga gerai makan yang menawarkan hidangan King Crab. Ada yang menyeru memanggil suruh masuk kedai. Memang teringin nak cuba. Semua sebab tengok Jihyo makan kemain sedap gayanya. Hihihi.. Insyallah next time.

Giant octopus. Seramnya. Tentacles saja dah sebesar lengan. Kalau beli ni agaknya berapa orang makan yaaa..

Semua ikan besar-besar. Memang tak tahulah jenis apa. Kat pasar Malaysia pun keliru nama ikan hehe..

Sentiasa kena ada air mengalir untuk kekalkan kesegaran. Entah apa benda agaknya tu..


Masuk ke perkarangan Jagalchi Market kami meronda di kawasan belakang sekejap. Sebelum masuk ke bangunan tujuh tingkat itu marilah kita melayan view dulu. Menikmati sunset dengan udara segar sejuk memang seronok. Dari jauh boleh nampak rumah-rumah tersusun cantik di Gamcheon Culture Village dan Nam Harbour, antara port di Busan yang terkenal. Banyak kapal-kapal laut dan pulang bawa hasil tangkapan. Cantik.



Ground floor Jagalchi Market hanya menjual fresh seafood. Sama macam diluar tapi lebih teratur dan kemas. Ikut section tertentu. Dried product satu bahagian.. Belut.. Ikan-ikan dan Abalone semua asing-asing. Lantai yang basah itu normal. Jadi kalau pakai seluar meleret tu jaga-jagalah. Kalau nak makan kena naik atas. Ada banyak tingkat jadi kena search sikit mana yang best. Boleh juga kalau kita nak beli seafood dibawah dan bawa naik atas untuk dimasak.




Kami tak beli apa-apa pun dibawah. Terus naik ke tingkat atas dan order nak makan apa. Malas nak beli dan bawa naik. Macam susah saja. Tapi terpulanglah. Hihihi.. Kami naik ikut tangga tengah dan terus terjumpa kedai makan yang menarik minat dihati. Actually gaya pekerja perempuan yang approach kami yang membuatkan kami rasa nak makan disitu. Penuh yakin dia menegur dengan limited English dia cuba juga meyakinkan. Katanya halal dan memang ada muslims yang pernah makan disitu. Yakin dan tawakal kami pun duduk. Ambil seat duduk bersila mengadap laut sambil terus membelek menu memilih makanan.




Harga jujurnya agak pricey. Dengan tukaran mata wang yang tinggi ketika kami kesana. Hanya kami berdua saja yang makan. Kalau lagi ramai mungkin lebih berbaloi. Tapi sedap. JM pun sudi melayan keingingan aku. Terima kasih. Hihihi.. Kami order Haemultang 해물탕 atau seafood stew dan Godeungeo Gui 고등어구이 atau grilled mackarel. Kalau ikut nafsu memang lagi banyak nak order. Semua nampak sedap. Excited first time nak makan hidangan makanan di Korea. Tapi haruslah kita sedar ada banyak lagi hari yang perlu dilalui.

Sebelum hidangan utama sampai meja dah dipenuhi dengan Banchan 반찬 atau side dishes. Macam-macam dia hidang sampai penuh meja. Pajeon 파전 pun dapat free. Muka terkejut bila dihidangkan pajeon sebab tak order. Pekerja tu kata service. Agak sajalah free. Hehehe..

Tak semua banchan kena dengan tekak. Ada yang weird dan cannot go.
-
Haemultang dah sampai !!! Pekerja baik tolong guntingkan sotong. Service juga katanya.

Grilled mackarel. Tapi aku rasa more to macam mackarel goreng saja. Hehehe.. But so good. Sedap yakamat !! Tak habis kami makan. Tapau buat breakfast esoknya.

Ready untuk dingap sudah !! Nampak plain dan gitu-gitu saja. Rupanya sedap.

Cedok sikit dalam pinggan kecil yang disediakan. Heee..

Haaa apa lagi.. Semua dah terhidang makanlah. Tak tunggu lama dah. Tibai !! All together untuk makan malam yang awesome ini totalnya 50000WON (RM192.00) berdua. Mahal ? Ya. Kat Malaysia makan gempak hebat or buffet hotel pun tidak semahal ini. Kalau lagi ramai jemaah yang makan bersama kurang sikit kesengsaraan membayar. Tapi nak makan punya pasal. Pejam mata dan bayar. Maaflah kalau air liur hampa semua berjejeran membaca entry ini. Bukan niat hati ceq nak menyeksa jiwa hampa. Ceq pun terseksa rasa dok menaip ni haaa.. Bilalah nak terbang pi sana lagi. Nak makan !!

Lepas rembat sebakul strawberry besar gebu dan manis.. Kami pulang ke hostel. Menarik rasanya berkongsi bilik dengan tourists dari negara lain. First time. Pengalaman berharga.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Thursday, 25 February 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.3 - GUKJE MARKET

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - GUKJE MARKET / SHOPPING PAKAIAN SOUVENIRS DAN MANGKUK PERKAKAS DAPUR 


Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK BUSAN KOREA | SHOPPING SOUVENIRS PERKAKAS DAPUR PERIUK BELANGA DI GUKJE MARKET. Turun dari kawasan Yongdusan Park akan bertemu jalan utama yang kiri kanan ada shop lot menjual barangan berjenama. Tak ingat nama jalan. Kedai produk kecantikan Korea memang sah ada. Tumpuan penduduk setempat juga agaknya sebab hectic. Anak-anak muda dan orang-orang tua pun sama banyak. Kami menapak nak kembali ke Jagalchi Station tapi niat nak mencuci mata dan cari barang sikit. Kalau ada yang berkenan kita rembat saja. Kami masuk ke lorong-lorong yang menjual macam-macam di belakang laluan utama. Lagi meriah. Banyak cart street food dan kedai-kedai menjual pakaian dan kasut.

Meriah sungguh dengan macam-macam jenis benda terjual. Winter coats yang cantik dan murah. Semua comel macam selalu kita tengok dalam drama Korea. Macam mana pelakon-pelakon Korea selalu dress up dengan baju-baju comel, macam itulah baju-baju yang banyak terjual. Harga winter coats pula ada yang semurah 30000WON (RM115.20 approx) sehingga 100000WON (RM300.00 approx). Macam-macam style dan warna. Kalaulah tahu memang terasa nak usung luggage kosong dan memborong di Busan. Kasut boots pun sangat murah. The same design yang aku beli di Universal Traveler dengan harga RM99.00 boleh dapat around 10000WON (RM40.00 approx) saja. Lagi cantik dan pelbagai design. Huuurm.. 




Kalau nak borong pakaian for winter memang sesuai sangat borong disini. Tapi silalah survey harga dulu. Majoriti peniaga jual benda yang sama tapi ikut nasiblah kita dapat harga macam mana. Meh aku kongsikan satu cerita. Fikir balik lawak pun ada. Aku nak beli sweat shirt.. Banyak pilihan dan lawa. Kedai mula aku tanya jual hanya 15000WON (RM57.60 approx) tapi ahjushhi macam layan tak layan saja. Aku pun berlalu pergi. Next kedai dah jauh sikit the same baju tapi harga da up 20000WON (RM76.80 approx) tapi size pula tak ada. Huuurm.. cabaran. Lastnya aku decide untuk beli juga kalau jumpa di kedai lain. Okay fine !! Jumpalah sweat shirt yang berkenan dan size pun sesuai tapi harganya 40000WON (RM153.60 approx). Sepatutnya aku tak perlu beli pun. Tapi teringatkan pesan MamiZ.. Tak baik buat peniaga acah-acah nak beli tanya macam-macam tapi tak beli pun. Serba salah aku tengok muka ahjusshi selongkar bundle nak cari size. Dahlah tengah sejuk. Memikirkan harga memang tak mahu. Mahal. Bukan berjenama pun. Jual tepi jalan saja. Tapi mulut tak terkeluar nak cakap tak jadi beli. Dalam kepala kata-kata MamiZ bermain-main. Dipersimpangan dilemma tau. Maka aku redha membayar. Arrrrgh !! Perit !! Hahaha.. Kesian JM. Sampai dah balik ke Malaysia aku zikir penyesalan aku. Andai dapat kuundurkan masa. Next time tak boleh pakai teori MamiZ. Jadi korang pun haruslah berbelanja dengan bijak. Jadikanlah pengajaran.

PS : Sweat shirt dah selamat jadi hadiah birthday RaihanF. Aku tak sanggup nak simpan. Nanti tak boleh move on dari rasa berdosa. Hahaha..


Tengok harga baju-baju winter coat yang cantik. Tak semahal baju sweat shirt tepi jalan yang aku beli. Tak boleh move on melupakan. Lagi cantik baik aku beli coat baru T.T

Ahjumma focus memasak. Maintain lawa..




Street food sangat banyak. Kalau confirm halal memang aku borong semua. Ikutlah tahap keyakinan masing-masing. Mana yang rasa boleh makan kalau nak cuba tanyalah untuk kepastian. Hotteok ada.. Tteokbokki ada.. Kimbab ada. Macam-macamlah. Ramai sangat orang. Tengok orang Korea makan memang telan air liur saja mampu. Cuti agaknya semua keluar sarang berjalan-jalan. Buah-buahan segar pun banyak. Strawberry besar-besar dan menggoda sangat. Kami borong juga sebekas. Perrrgh manis macam gula tumpah !! Tiada tandingan dengan strawberry Cameron Highlands. Hihihi..

Niat utama nak cari jalan ke Gukje Market. Antara tempat yang wajib singgah kalau ke Busan. Baca entries Korea Nekcik membuatkan aku teringin nak ke Gukje Market. Jalan punya jalan.. akhirnya kami pun sampai ke Gukje Market. Market kat Korea kemas dan teratur ikut bahagian tertentu. Macam-macam ada. Pakaian.. Kasut.. Beg.. Makanan.. Rambang mata betul. Kami nak cari periuk belanga dan juga souvenirs. Ada satu lorong khas menjual souvenirs. Pekerja orang Indonesia jadi ngomongnya bahasa kita aja. Dapat lagi harga murah. Kami just cari fridge magnet yang ada tulis Busan. Tak ada dalam simpanan lagi. 

Yang paling penting !! Aku nak beli periuk belanga orang Korea. Semua Nekcik punya pasal. Pusing punya pusing akhirnya jumpa. Nak beli yang periuk kecil warna kuning yang digunakan untuk masak ramen. Ala.. selalu kalau dalam drama Korea depa makan kat tudung periuk tu. Haaa yang tu !! Nak buat harta. Hehehe.. Murah saja. Hanya 5000WON (RM19.20 approx). Kalau luggage ada space banyak memang banyak lagi aku borong. Comel !! Periuk tanah liat pun murah dan cantik.

Pilih.. Pilih.. Semua size ada. Harga berbeza mengikut jenis dan size. Kalau luggage ada ruang memang aku borong semua ni. Nak pergi lagi shopping periuk belanga boleh ?

Haaa yang periuk kuning tu aku berkenan sangat. Siap ada tudung periuk. Ikutlah suka style mana. Satu pemegang dua pemegang semua ada.




Kalau beli yang ceramic atau tanah liat tu kena make sure balut elok kemas dan rapi. At first memang nak beli tapi perjalanan aku masih jauh. Takut possibility nak pecah. Jadi aku tak beli. Terbayang nak masak Kimchi Jigae hahaha.. Tak apalah tak ada rezeki lagi.

Kalau ada minat yang sama jangan lupa singgah Gukje Market. Harga periuk belanga disini lagi murah berbanding di Seoul. Berbelanjalah dengan jimat. Nak maaakan. Lapar !!

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Friday, 19 February 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.2 - BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK


Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN DI BUSAN | BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK. Dari Jagalchi Station kami decided untuk terus ke Busan Tower. Agak jauh sebenarnya tapi tak mengapa. Kalau tak mahu gerak dari Jagalchi Station boleh juga gerak dari Nampo Station Exit 7. Semak jarak perjalanan dengan Google Maps. Boleh korang rancang perjalanan dengan lebih lancar. Rujuk SINI. Hari masih muda tapi semakin gelap. Maklumlah musim sejuk. Siang sangat limited jadi kena percepatkan langkah. Menapak melalui kawasan membeli-belah, BIFF Square (Busan International Film Festival) dan kawasan jualan street food akhirnya kami sampai di depan escalator yang disediakan untuk kemudahan orang ramai yang ingin ke Yongdusan Park. Terselit celah-celah kedai. Perrgh !! Canggih dan terima kasih banyak-banyak. Tak perlu susah nak mendaki tangga.

BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK


Busan Tower terletak dalam kawasan Yongdusan Park dan menjadi kebanggan warga Busan. Macam orang-orang Alor Setar bangga ada Menara Alor Setar. Gituuu perasaannya. Seluas-luas kawasan Yongdusan Park ada beberapa tourist spots selain Busan Tower yang boleh kita tengok seperti Statue Admiral Yi Shun Shin, Bell of the Citizens dan Flower Clock. Kami tak berminat pun nak naik Busan Tower. Just nak melepak jenguk kawasan. Kalau berminat apa salahnya. Tak adalah mahal sangat ticket untuk ke Busan Tower. Ada ramai orang naik. Jenguk view Busan dari atas. Ada souvenir shops dan coffee house. Dari sekitar kawasan Yongdusan Park pun dapat tengok juga pelabuhan Busan. Cantik dan kemas.

Admission Fees

Adults : 5000 WON
Seniors : 4000 WON 
Children & Teenagers : 3000WON

Kenapa perlu kufur nikmat bila dah disediakan escalator ? Hihihi..

Lotte Mall. Boleh naik ke rooftop dan menjenguk kawasan sekeliling juga. Blog mana aku baca tah.. Hihihi..

Permandangan port Busan dari Yongdusan Park.

Bell of the Citizens. Apa function aku tak tahu. Hehehe..

Patung pakcik Yi Shun Shin yang terpacak gagah..



Busan Tower

Basically ini saja yang ada sekitar Yongdusan Park. Ramai ahjumma dan ahjusshi tengah exercise. Bagus betul. Banyak tempat duduk kalau nak melepak dan enjoy sceneries. Kami meronda cari tempat solat dan akhirnya jumpa car park bawah sikit dari kawasan Busan Tower. Agak terpencil but just nice untuk solat. Toilet pun ada disediakan. Bergilir-gilir ambil wuduk solat dan jaga barang-barang. Selesai solat kami teruskan perjalanan.

Shopping satu round dulu. Singgah beli periuk belanga nak bawa balik..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Wednesday, 10 February 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.1 - GAMCHEON CULTURE VILLAGE

 JALAN-JALAN MUSIM SEJUK KOREA | BUSAN - GAMCHEON CULTURE VILLAGE


Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

WINTER TRIP KOREA 2016 | BUSAN - GAMCHEON CULTURE VILLAGE. Dah lega duduk santai lepas lelah. Cepat kami keluarkan itinerary dan merancang perjalanan. Bersepakat untuk ke Gamcheon Culture Village yang sememangnya terkenal di Busan. Kalau tak singgah katanya tak lengkap. Gamcheon Culture Village terkenal sebab struktur binaan rumah-rumah yang seakan-akan di Santorini, Greece. Tak mampu pergi Greece kita terjah Busan dulu. JM dah pernah sampai ke Gamcheon Culture Village jadi dah memang tahu jalan ke sana. Kesian JM kena pergi lagi teman aku pula. Hihihi.. Menjelang tengah hari suhu tidaklah sesejuk pada waktu pagi. Lebih panas dan nyaman. Aku tak pakai longjohn pun. Kalau nak pakai pun tak ada masalah.

Cara untuk ke Gamcheon Culture Village :

  • Goejeong Station (Busan Subway Line 1/Oren) Exit 6 - Bus Sakha 1 atau Sakha 1-1 - Gamcheon Culture Village
  • Toseong Station (Busan Subway Line 1/Oren) Exit 6 - Bus Saha 1-1, Seogu 2 atau Seogu 2-2 - Gamcheon Culture Village
  • Jagalchi Station (Busan Subway Line 1/Oren) Exit 3 - Chungmudong Gyocharo Bus Station - Bus Saha 1-1, Seogu 2 atau Seogu 2-2 - Gamcheon Culture Village

Rujuk SINI dan SINI .

Kalau kita perhatikan panduan di atas, bas akan lalu di station yang disenaraikan. Just make sure kita naik bas yang betul. Pilih nak naik bas dari station mana. JM pernah guna laluan melalui Jagalchi Station jadi this time pun aku ikut JM guna laluan Jagalchi Station. Keluar dari Jagalchi Station Exit 3 akan nampak Sinhan Bank disebelah kiri. Landmark seterusnya adalah kedai GS25. Depan kedai ada bus stand. Tunggu sajalah bas datang. Tak lama pun..

Sempat beli roti ikan inti kacang merah buat bekal. Sedap makan while masih panas.

Sekejap saja naik bus dah kena turun balik. Dekat rupanya. Kalau tengok laluan melalui Google Maps pun memang dekat. Tak sempat nak berangan. Bila dah nampak signage besar 'Gamcheon Culture Village' boleh stand by nak turun. Kalau tak pasti pun jangan risau. Memang ramai orang akan turun di bus stop Gamcheon Culture Village. Yakin saja dan menapak turun. Hihihi.. Tambang hanya 900WON (RM3.45 approx) sehala. Jangan lupa scan kad T-Money ketika naik dan turun bas. Nanti kena tempik dengan Ahjusshi baru tau. Sambil itu jeling cepat berapa nilai duit yang dipotong untuk rekod perbelanjaan. Jom kita pusing Gamcheon Cultural Village tengok apa yang menarik. Tak ada entrance fee. Jalan sajalah sesuka hati.

Ada sejarah tersendiri kenapa bangunan perumahan di Gamcheon Culture Village adalah unik berbanding bangunan perumahan di kawasan penempatan lain di Korea. I do not want to talk history jadi kalau berminat nak tahu lebih mengenai Gamcheon Culture Village kena buat research sendiri. Menarik. Rumah-rumah yang disusun rapi memang mirip Santorini. Penggunaan warna-warna pastel membuatkan semua rumah di Gamcheon Culture Village sangat comel.



Nak ke Gamcheon Culture Village kena ada stamina yang kuat. Kawasan sekeliling sangat luas dan semuanya kena mendaki tangga yang sangat banyak. Boleh kalau tak manu panjat tangga dan hanya bersiar-siar melalui jalan utama, tapi tak seronoklah. Tak nampak view Gamcheon Culture Village dari atas. Tengok Ahjumma Ahjusshi laju panjat tangga sendiri jadi malu. Siapa tua siapa muda aku pun tak tahulah !! Depa makan ubat apa agaknya tua pun still bertenaga. Aku pula tak tahu berapa kali berhenti nak stabilkan pernafasan. Ayiooo..

Boleh beli peta Gamcheon Culture Village kalau berminat. Boleh penuhkan peta dengan cop-cop yang disediakan di beberapa kawasan sekitar Gamcheon Culture Village. Aku tak berminat. More to aku tak rajin sebenarnya. Memang tak ada cita-cita nak explore satu kampung pun.. Nak jejak kaki saja niatnya.  Pusing mana yang termampu.  Agaknya kalau aku ronda seluruh kawasan mesti balik Malaysia MamiZ tak kenal aku siapa. Ramping !! 

Ada banyak iconic spot yang menarik untuk kita bergambar. Yang mana kami jumpa memang tak lepaskan peluang untuk bergambar. Sangat artistic setiap ceruk ada benda comel. Even benda simple pun jadi cantik. Bagusnya orang-orang yang tinggal di Gamcheon Culture Village jaga kawasan kebersihan dan kecantikan. Geram tengok. Memang selesa meronda. Orang ramai sangat. Memang tengah musim cuti agaknya. Ada certain spots sampai kena que dan tunggu giliran. Kedai-kedai kopi comel pun banyak dibuka. Mini museums dan kedai-kedai souvenirs. Banyak products homemade. Rembatlah sebiji dua buat kenangan. Kalau nak makan street food pun ada. Pandai-pandailah survive buat apa yang patut kalau rasa nak makan.

Beratur hampir 30 minit nak bergambar dengan 'Little Prince' dan musangnya. Tabah JM melayan sudut mana nak ambil gambar. Yang beratur pun redha menunggu. Hihihi..



Sempat ditahan dongsaeng-dongsaeng Koreans yang comel-comel. Nak siapkan project sekolah kena interview tourist menggunakan Bahasa Inggeris. In return kami dapat clay mask dan kuih ubi. Hihihi..

Perkara terpenting adalah wajib untuk panjat tangga untuk ke rooftop observation area. Gagahi jugalah memanjat walaupun termengah-mengah. Worth the effort. Jaga-jaga.. Jangan buat bising sangat. Takut terlalu excited pergi menjerit terpekik pula kat atas tu. Sekeliling ada rumah orang. Amaran pun ditampal nak ingatkan orang ramai. Jadi kita jaga diri baik-baik. Cantik sangat view Gamcheon Culture Village dari atas. Perlu naik yaaa kawan-kawan. No excuse please..




Lama kami melepak di Gamcheon Culture Village sebelum patah balik ke Jagalchi Station.
Naik bus di kawasan yang sama kita turun bas. Nak pergi mana pula ? Heee.. Tunggu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Tuesday, 9 February 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.0 - HELLO BUSAN

JALAN-JALAN KOREA MUSIM SEJUK : HELLO BUSAN


Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN KOREA MUSIM SEJUK | BUSAN. Bismillah. Mari join bersama kembara kami ke bumi Korea Selatan yang bermula di Busan. Masa aku usulkan cadangan mengajak JM ke Korea, harga tiket ke Busan tersangatlah murah. Tak mahu lepaskan peluang, kami terus beli. Kemudian baru fikir langkah seterusnya. JM banyak membantu dan memahami. Banyak dugaan tapi akhirnya diizinkan juga oleh-Nya untuk terbang ke Korea. Baca di SINI. Singgah di kaunter WIYO Malaysia yang terletak sebelah Toys "R" Us untuk kutip portable wifi. Berjanji untuk jumpa JM di KLIA2 seawal 10.30PM (14 Januari 2016). Drop luggage dan seterusnya melangkah ke departure gate. Itu bukan pertemuan pertama dengan JM jadi tidaklah krik.. krik.. Flight kami pagi seawal 01.15AM (15 Januari 2016) dan tak delayed terlalu lama.

Busan adalah bandar kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul. Memang terkenal macam Seoul juga. Selalu jadi sebutan kalau dalam rancangan-rancangan dari Korea. Tak hairan kalau Busan pun jadi tempat tarikan tumpuan pelancong. Sekarang mudah sangat. Air Asia X dah menyediakan penerbangan direct dari Kuala Lumpur ke Busan. Dah sampai ni.. Jom.


| Kuala Lumpur - Busan |

Perjalanan memakan masa hampir tujuh jam. Tak terasa jauhnya sebab aku tidur. Bangun untuk makan kemudian sambung tidur semula. Terjaga untuk menunaikan solat Subuh (sekadar solat hormat waktu). Alhamdulillah perjalanan yang selesa bersama Air Asia X. Kami tiba di Gimhae International Airport pada pukul 8.30AM (15 Januari 2016). Teruja sangat. Lama sungguh penantian terasa nak tunggu detik berlepas dan sampai ke Korea. Urusan imigresen tak cerewet sangat. Tak lama pun tunggu semuanya selesai. Perkara pertama kami buat adalah top up T-Money. Aku tak beli pun T-Money sebab JM kasi pinjam dia punya kad. Ada extra (akhirnya jadi hak milik). Selain T-Money, penggunaan kad CashBee juga berleluasa di Korea. Ikutlah mana yang ada. Ada sikit beza tapi tibai saja janji ada kad pengangkutan untuk digunakan.

Tergedik-gedik nak beli susu pisang Korea yang terkenal. Cannot imagine how long aku tunggu semata-mata nak ambil gambar yang diri dah berjaya pegang dan minum this susu pisang di Korea. Hahaha..

Duduk bertenang sebentar di arrival hall sambil keluarkan baju sejuk. Kena transform secepat mungkin. Setiap kali pintu automatic terbuka mesti nak ketap bibir. Kasar betul angin -10 celcius. Ayooo.. Palli !! Kena salin baju. Jenguk groceries shop. Checked !! Dah beli dan rasa susu pisang Korea yang terkenal dengan harga 1300WON (RM4.99 approx) sebotol. Orang panggil Banana Uyu. Verdict ? Not bad. Aku mampu telan pun dah dianggap memuaskan. Logik bila ramai yang menggilai susu pisang ini. Aku tak minum susu (plain milk especially.. yang flavoured dan yogurt boleh gagahi lagi) kira satu pencapaian yang memberansangkan bila berjaya telan banana uyu. 

Jom kita gerak mulakan pengembaraan. First of all haruslah mencari jalan ke Welcome Busan Guest House yang bakal menjadi tempat berteduh untuk satu malam. Welcome Busan Guest House terletak berdekatan dengan Choryang Station (Exit 6). Boleh naik Airport Limousine dari Gimhae International Airport ke Busan Station dan seterusnya menaiki metro ke Choryang Station. Rasanya tambang adalah sebanyak 7000WON (RM26.88 approx) sehala. Plus minus. Kenal pasti lokasi tempat penginapan. Kalau lokasi adalah lebih mudah nak sampai melalui Airport Limousine eloklah naik Airport Limousine.

Laluan Airport Limousine di Busan :

Dari Gimhae International Airport
International Terminal - Domestic Terminal – Seomyeon (Lotte Hotel) – Seomyeon (1st Street) - Hyundai Department Store - Busanjin Station - Busan Station - Toyoco Inn Hotel - Jungangdong - Coastal Passenger Terminal - Nampodong - Chungmudong 

Ke Gimhae International Airport
Chungmudong - Nampodong - Coastal Passenger Terminal - Jungangdong - Busan Station - Busanjin Station - Hyundai Department Store – Seomyeon (Lotte Hotel) – Seomyeon (1st Street) – International Terminal - Domestic Terminal

Kami decided untuk tidak menaiki Airport Limousine dan memilih untuk menaiki metro. Beberapa laluan baru sudah dibina bagi memudahkan orang ramai. Sekarang dah boleh naik metro kalau nak gerak dari Gimhae International Airport. Tambang pun lebih murah. Hanya 1900WON (RM7.30 approx). Keluar dari arrival hall kena menapak sikit ke kanan. Ada satu bangunan lain dan itulah Gimhae International Airport Metro Station (Busan-Gimhae Light Rail Transit/Purple). Bangunan baru rasanya. Bau cat masih ada. 

Kena tukar beberapa station untuk tukar laluan. Tak complicated dan memenatkan pun jadi jangan risau. Bila dah sampai mesti mesti terus jadi pandai. Permandangan sekeliling cantik jadi terleka.


Gimhae International Airport - Welcome Busan Guest House.
1. Gimhae International Airport (Busan-Gimhae Light Rail Transit/Purple) - Sasang (Line 2/Hijau)
2. Sasang (Line 2/Hijau) - Seomyeon (Line 1/Oren)
3. Seomyeon (Line 1/Oren) - Choryang (Line 1/Oren)
4. Choryang Station - Exit 6


JM malu-malu kucing. Hihihi..

Senang sangat nak jumpa Welcome Busan Guest House. Keluar melalui Exit 6 terus pusing ke belakang. Nampak signage. Kawasan tak sibuk. Kami disambut mesra siap tolong angkat luggage. Kad untuk access ke bilik dah diberikan tapi tak boleh check-in lagi. Masih awal. Bilik belum kosong. Jadi kami tinggalkan luggage di lobby saja. Nanti pekerja akan terus hantar ke bilik. Pinjam toilet nak touch up sikit apa patut. Terkejut pula orang-orang Korea kalau tengok muka aku tak touch up. Hahaha.. Jakun tengok toilet canggih. Banyak sangat button tak tahu nak tekan yang mana. Semua pula in Hangul. Lagi pening. Mujur ada kepala paip dan small baldi.

Dah siap touch up duduk bincang untuk atur langkah kaki.
Kemana ? Tunggu..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...