Thursday, 31 March 2016

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 4.1 - THE GREAT OCEAN ROAD PART 2

THE GREAT OCEAN ROAD, VICTORIA | OTWAY'S RAINFOREST (MAIT'S REST) + 12 APOSTLES


Entri sebelumnya di SINI.
17 September 2015

Oh my !! Sepanjang trip ke The Great Ocean Road ada satu pit stop yang aku kurang gemar. Memang berat kaki betul nak singgah. Boleh pula si Mitchie bawa kami semua masuk hutan. I was shocked bila Mitchie suruh semua turun. Ada juga yang tanya kalau boleh tunggu dalam coaster but tak boleh. Maybe sebab keadaan sekeliling yang menyeramkan jadi semua kena turun. Aiyaaark !! Gigihnya aku kena masuk hutan kat Australia sedangkan kat Malaysia pun bercinta nak buat kalau kena paksa. Redha sajalah. Dah bayar.

APOLLO BAY - OTWAY'S RAINFOREST - 12 APOSTLES



Mait's Rest Rainforest Trail terletak dalam kawasan Great Otway National Park. Laluan berkayu sepanjang 800M dibina untuk kita pergi pusing-pusing dalam hutan. LOL. Rujuk SINI. Kalau korang peminat aktiviti lasak memang sesuai sangat spend masa disini. Banyak juga attractions menarik yang lain selain daripada laluan trail di Great Otway National Park. Ada Triplet Falls Rainforest Walk, rujuk SINI. Kalau teringin nak terjun dari pokok yang tinggi boleh ke Otway Fly Freetop Adventures, rujuk SINI. Boleh hiking dan camping. Aku bukan jenis yang menghargai mother nature sebegitu rupa. Jadi aku tak berminat. 

Dengan perasaan paksa rela.. aku ikut juga menapak dalam hutan.

MAIT'S REST RAINFOREST TRAIL, GREAT OTWAY NATIONAL PARK


Terpaksa sungguh !! 
Laluan trail ada yang menaik menurun pusing kiri pusing kanan.

Kena puji this part *Clap Clap* Information board yang colourful dan besar. Tourist pun rasa tertarik nak baca.


Kakak-kakak yang baru dikenali =)


Mitchie was so good. He explained very well sampai buat aku rasa not bad sebenarnya join berjalan dalam hutan. Bersungguh benar dia terangkan tentang pokok-pokok yang ada. Bila Mitchie kata trail dah nak habis, laju aku menonong. Orang first yang sampai kat coaster. Pffft !! I read somewhere before, ramai visitors bagi positive overviews about Great Otway National Park. Majoriti suka sebab ada vibe film Jurassic Park. I do not know. Tak minat. Hahaha..

Dalam coaster semua minta Mitchie buka aircond. Dari Melbourne City aircond tak buka pun. Tapi bila masing-masing berpeluh sakan macam baru lepas sukantara, haruslah buka demi keselamatan semua orang.

Pffft !! Akhirnya sampai pun ke 12 Apostles. Lamanya journey weh !!

12 APOSTLES, THE GREAT OCEAN ROAD


4 jam tempoh perjalanan dari Melbourne City kalau korang direct ke 12 Apostles. Kalau stop by banyak tempat, lamalah baru sampai. Huhuhu.. Dah jom jom cepat !! Tergedik-gedik dah ni nak jenguk 12 Apostles.

Huge area untuk park kenderaan and people were so many. Ada yang datang sendiri but majoriti datang dengan tour agencies. Kena menapak sikit sebenarnya untuk sampai ke observation deck. Windy and it was so cold. Tapi for picture purposes, aku tinggal sweater dalam coaster. Semak nak bergambar. Maka tabahlah menahan sejuk. LOL.


At this moment actually ada satu spot orang berkumpul ramai-ramai. We were wondering kenapa. Tengok rupanya ada wild wallaby tengah enjoy makan. Amboi !!


Itu diaaa.. itu diaaa !!


Datang jauh-jauh nak tengok batu. Hahaha..
Well !! ini batu bukan sebarang batu. Ini batu yang unik. 12 Apostles terdiri daripada 12 batu-batu kapur yang terhasil daripada hakisan air laut. Asalnya semua melekat sama-sama tapi bertahun berkurun yang lalu, asyik kena langgar dengan air laut, maka terhakis dan terbentuklah 12 Apostles. Yang pasti, proses pembentukan bukan memakan masa sebulan dua. Ahaaaks. Kalau ikut sumber rasmi, ada 8 saja lagi yang masih kukuh berdiri. But recently, I have read somewhere yang sebenarnya hanya tinggal 5 saja. Which one to believe aku tak tahulah.

Kalau 12 Apostles terbentuk daripada hakisan air laut, aku rasa tak mustahil akan terbentuk another tarikan di The Great Ocean Road yang lebih kurang sama macam 12 Apostles.



Korang boleh explore dan jalan sampai hujung sana. Energy kami dah almost zero jadi we decided untuk tak pergi ke hujung sana yang crowded dengan manusia.




Those yang kaya dan penuh keberanian, korang boleh ride 12 Apostles Helicopters dan pusing area 12 Apostles dengan lebih dekat. Ada helipad dan off course ada helicopters for you to ride dengan harga 145AUD (RM453.85 approx) seorang. Rujuk SINI. Ada beberapa packages yang boleh dipilih. Hulur duit saja and you are ready to go. Hihihi..

Actually aku hulur handphone to one of the Malaysians yang aku baru kenal. He was so excited nak pergi tengok helicopters. Aku excited tapi aku penat. I asked him to snap me few pictures. Hahaha.. Dasar pemalas. Ok. Kita sambung cerita lagi nanti.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Monday, 28 March 2016

CUTI-CUTI MALAYSIA : SHORT ESCAPE TO CAMERON HIGHLANDS

SHORT ESCAPE TO CAMERON HIGHLANDS, PAHANG


Cameron Highlands | Last few weeks, kami sudah terlajak lencong ke Cameron Highlands dan bermalam satu malam di atas sana. Habis sekolah ganti kami terus pecut merempit. Fuuh !! Sementara bermastautin di Perak, baik aku gunakan masa sebaik mungkin untuk berjalan-jalan bila ada kesempatan. Aku tak payah sembang panjang. Semua orang tahu Cameron Highlands kat mana. Betul tak ? This time aku malas menaip sangat. Membebel sikit saja. Aku nak share gambar.

Cameron Valley Tea House, Kuala Terla
- Minum teh adalah aktiviti wajib. Not that expensive. Mampu beli. 
- They have cakes and muffins too. So English =)
- Lepas minum teh boleh posing ala ala Hindustan di ladang teh. Hiraukan orang lain.

Trivia : Kami bertiga baru kenal sebulan lalu. Ended up staying in one house and we planned this trip together.

Nak nampak ayu ? Ya.. Pakailah baju kurung macam kami.
 


Fauzi Tomyam & Steamboat Restaurant, Brinchang
- Ada dua cawangan. Satu di deretan kedai-kedai di Brinchang sederet dengan KFC.
+60 5-491 2339 / 019-5454547 (En. Fauzi) / 0195032581 (Pn. Halimah)
- Verdict ? 4/5 bintang.



Awesome. RM25/pax and we ordered two sets.


Pasar Malam Brinchang, Brinchang
- Jumaat & Sabtu sahaja.
- 5.30PM - Midnight
- Souvenirs / Local Food / Snack / Etc.

 



Big Red Strawberry Farm, Brinchang
- Cafe yang awesome with varieties of food untuk dipilih. Sedia duit saja.
- Parking lot yang banyak tak perlu berebut.
- You have to walk sampai hujung farm untuk ke cafe. Pffft !! 
- Makanan tak mahal sangat. Just nice. Order jangan ikut nafsu nanti tak habis.
- Banyak spot menarik untuk bergambar.









BOH Tea Plantation, Sungai Palas
- Wajib singgah kalau ada kudrat dan semangat mendaki yang tinggi.
- Tangga kayu rosak. Under renovation. Kena guna jalan tar untuk sampai ke atas.
- Sila tabah dan kurangkan mengeluh.
- Teh mampu beli juga. Harga cake dan muffins memang pricey but they looked delish. Yumm..






Cameron Lavender, Brinchang
- Aku memang suggest datang sini daripada taman-taman lain.
- Harga entrance dah naik. Last time it was RM5 for adult. Sekarang dah RM8. Huhuhu..
- Korang wajib cuba aiskrim lavender. Weird at first. Later baru rasa sedap. 
- Ada surau disediakan. Selesa.









We stopped by at Kea Farm too. Tapi tak terfikir nak ambil gambar. Sibuk shopping untuk keluarga. Then we headed back to Parit. It was a splendid trip. Hurray !!

PS : Total damage RM150 saja.. Biar betul. Diri sendiri tak percaya. Kui kui kui..

--------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...