Saturday, 30 July 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : #2 PREPARATION & TIPS

TIPS DAN PERSEDIAAN KE SOUTH KOREA KETIKA MUSIM SEJUK


JALAN-JALAN KOREA MUSIM SEJUK - TIPS DAN PERSEDIAAN | Aku kongsikan serba sikit. Sebelum aku berangkat pergi, ada macam-macam persoalan bermain dalam kepala. I should thank entries kawan-kawan travelers yang sudah sampai ke Korea. They shared tips dan pengalaman jadi kita boleh cilok macam-macam perkara. Apa yang perlu dan boleh dilakukan dan apa yang seeloknya jangan buat. Aku pun nak share juga.. Berdasarkan pandangan dan pengalaman aku sendiri. Mungkin dapat membantu kawan-kawan lain.

1. DESTINASI PILIHAN - Sedia maklum, banyak tempat menarik dan tarikan di Korea. Lokasi terkenal semestinya Seoul, Busan dan Pulau Jeju. Kita ambil kira juga cara untuk sampai ke destinasi pilihan. Penting untuk kita kenal pasti arah tuju dan berapa lama kita akan berada di sana. Aku dan JM bersepakat untuk bound di Busan terlebih dahulu (tiket penerbangan selalunya lebih murah) sebelum bergerak ke Seoul. Tak cukup budget dan masa untuk ke Pulau Jeju. Terpulang. Ikut selera masing-masing.

2. TIKET PENERBANGAN - Ini isu yang subjective. Bergantung harap pada ketebalan poket masing-masing. Ada yang jenis petik jari boleh terus beli dan sebaliknya. Ada yang berdikit-dikit menabung tanpa orang ramai tahu kesusahan mengikat perut dan macam-macam lagi hanya untuk jenguk dunia. Murah atau mahal tiket penerbangan seseorang aku tak suka judge. Itu persoalaan personal. Kalau murah bagus kalau mahal pun terpulanglah. Duit orang bukan duit kita. Aku pula beli tiket setahun awal. Tak ada duit tapi nak jalan. Berharap dalam setahun boleh simpan duit nak joli. Lepas beli rasa lamanya kena tunggu. Tapi pejam celik haaah !! Esok dah nak terbang.


Bagi aku harga tiket agak berpatutan dan mampu beli. Bergantung juga pada luck masing-masing. Hihihi.. Rekod harga pembelian adalah berlainan mengikut tarikh. Currency agak merudum teruk. Nasib badan pergi jalan ketika ekonomi tak stabil. Nanti pembentangan budget aku kongsikan.

3. TRAVEL PARTNER. Aku admirer people yang berani travel solo. Tabik hormat. Tapi aku tak seberani mereka. Aku nak berteman. Dasar penakut. Hihihi.. Nak pilih travel partner actually macam pilih calon suami. Kena consider macam-macam. Alhamdulillah.. partners travel aku so far memang best. Sporting dan penyayang sangat. Perasaan memang thrill sebab first time jalan dengan orang yang kita tak kenal sangat. Nervous but everything went well. Aku seronok partners aku seronok ke tak aku tak tahulah. Hahaha.. Kali ini aku ke Korea dengan Kakak Rerupis Malaya. JM pujaan ramai. Thank you sudi teman travel hingga ke Korea. 

4. TUKARAN MATA WANG - Perit !! Aku akui perit sebab ekonomi teruk. RM3.87 : 1000WON.. Fuh !! Lap peluh. Hampir mencecah RM4.00. Syukur dipermudahkan semuanya. Cukup makan untuk survive di Korea. Tukarlah duit di Malaysia sebelum berangkat. Jauh lebih murah berbanding tukar di Korea. Aku ada pengalaman tukar duit di Korea, nanti aku kongsikan. Memang sengaja bawa RM lebih. Gatal tak mahu tukar siap-siap. Padan muka. Rasakan. Hahaha.. Kalau di Pulau Pinang, aku suka tukar duit di money changer area Lebuh Chulia / Chulia Street. Berdekatan dengan Little India, Pulau Pinang. Ada banyak money changer disana. Pilih saja dan selalunya memang lebih murah berbanding money changer lain sekitar Pulau Pinang. 

5. PAKAIAN YANG BERSESUAIAN - Ini semua orang tahu. Kita mesti aware musim apa di destinasi pilihan ketika kita ingin kesana. Kami pergi ketika musim sejuk jadi pakaian juga haruslah yang bersesuaian. Baju tebal, winter gear, longjohn dan kasut yang selesa. Tak banyak yang aku beli. Winter coat dan longjohn. Yang lain hanya recycle baju-baju yang sedia ada. Aku beli boots dari Universal Traveller dengan harga yang agak berpatutan (perasaan ketika beli) tapi akhirnya gelak pada diri sendiri bila dah sampai Busan. Hoi !! Harga barang-barangan winter gear di Korea 40x ganda murah berbanding di Malaysia. Menyesal. Lebih baik bawa luggage kosong dan shopping segala keperluan disana. Exaggerate much tapi itulah nak kasi gambaran.

6. MAKANAN - Terpengaruh dengan sogokan icons Korean, aku pun teringin nak makan macam-macam. Dari Malaysia memang dah target nak itu nak ini. Tapi kekangan utama kita as Muslims adalah mencari yang Halal. Syukur.. Agak mudah untuk kami mendapatkan makanan yang Halal. Aku dan JM bawa makanan dari Malaysia ke Korea (agak banyak sebenarnya) dan kami masak sediakan bekalan bila pergi ke kawasan yang susah nak dapat makanan Halal. Korea tak ada halangan makanan yang ingin dibawa masuk. Jadi plan your trip well. Kami makan luar pun banyak juga. Banyak juga option makanan Halal. Yakin atau tidak itu tepuk dada tanya jiwa sendiri. Kalau timbul keraguan jangan makan. Kami tak adalah main redah bedal semua. Tanya juga minta kepastian.

7. ITINERARY PERJALANAN - Kena ada plan dan itinerary. Supaya kita tahu flow dan tak buang masa nak mencari jalan dan sebagainya. Kami ada jumpa beberapa groups dari Malaysia yang main redah saja. Bagus tu. Mencabar. Tapi ended up bertengkar sesama mereka sebab pendapat berlainan. Not saying that bila kita prepare itinerary kita hebat.. Tidak. Tapi sekurang-kurangnya kita jadi sistematik. Tak kisahlah sama ada nak print, tulis tangan atau simpan notes dalam handphone. Janji ada rujukan. Aku memang serahkan pada JM. Dalam aku masih berdolak-dalik nak pergi atau tidak, JM dah sediakan semuanya. Memang aku thankful sangat-sangat pada JM. Aku ingat balik, dua minggu sebelum fly baru aku ada masa nak duduk bertenang dan buat research sikit. Memang JM dah sediakan itinerary tapi aku buat rujukan sendiri juga. Kena tahu info serba sikit tempat yang dituju. Alhamdulillah. Semua yang dirancang berjalan lancar walaupun ada perubahan di saat akhir. Still, aku enjoyed the trip.

8. INTERNET SEPANJANG DI KOREA - Aku memang resah gelisah kalau tak ada Internet connection. I need Internet no matter what. JM jenis tak kisah sangat tapi aku kisah. Hahaha.. So I did my research. Macam-macam yang keluar. Suggestions dan tips dari blog kawan-kawan yang lain. Ramai suggest untuk sewa portable wifi tapi aku rasa sangat complicated. Aku tak ada credit card macam mana nak buat transactions. Renyah betul. Before ke Melbourne aku memang nak gunakan WIYO (portable wifi) tapi tak jadi. This time aku teruskan niat untuk cuba WIYO di Korea and it was superb. Atas Mount Seorak coverage still full. Terbaik. I will share about WIYO dengan terperinci later. Check WIYO portable wifi --HERE.

-------------------------------------------------

Bila diri sendiri dah sampai barulah merasa sendiri pengalaman berada di Korea. Jadi ada beberapa aspek yang aku notice dan ingin aku kongsikan. Sekali lagi aku ingatkan, semuanya adalah dari sudut pandangan dan pengalaman aku. Jadi mungkin berbeza dari orang lain. Aku senaraikan dulu apa yang aku masih ingat, esok lusa kalau terlintas lagi aku update as time goes on.

1. JANGAN LEWAT - Ini adalah antara kejadian makan dalam yang aku ingat sampai sekarang because aku hampir ditinggal keseorangan. Tolonglah jangan lewat walau sesaat. Ikut timing yang ditulis dalam tiket lagi-lagi kalau naik bas. Lagi bagus kalau kita dah stand by di platform berlepas sebelum waktu berlepas. Hampa semua kena faham, drivers kat sana Korean bukan Malaysian. Hahaha.. Kalau lambat memang dia tak pandang kau dan dia teruskan saja walaupun kau dah tercungap-cungap berlari nak naik bas. Waktu yang ditulis dalam tiket adalah waktu bas bergerak meninggalkan station bukan waktu baru nak jerit panggil passengers atau sebagainya. Ingat !! Kita berada di Korea bukan Malaysia.

2. HAFAL SIMPLE KOREAN PHRASES - No doubt. Hampa mesti hebat belaka. Hari-hari zikir KPOP K-DRAMA Running Man. Simple also will do. Aku hentam saja. Janji ada bunyi. Hahaha.. Ahjumma Ahjushhi serious akan kagum eventhough kau hanya sebut 'Kamsahamnida - Thank You'. Depa semua tercengang dah. Bila kita tunjuk kesungguhan nak guna bahasa depa, lagi sakan kita diraikan. Tapi alert. Bahasa Korea ada kasta juga. Kena tambah 'YO kat belakang to show formality dan respect. Alaaa.. Buat research sikit. Takut salah sebut dianggap kita kurang ajar pula. Tak mau macam tu yaaa.. Jangan risau. Serous walaupun cakap ayam itik, boleh faham punya. Kadang fikir balik.. Kelakar sungguh.

3. PASTIKAN KE'HALAL'AN MAKANAN YANG DIJUAL - Memang kita perlu yakin tapi yakin semata-mata tak jalan juga. Selagi mampu kita pastikan dan bertanya, silalah bertanya. Aku yakin, semua yang nak pergi Korea mesti serba sedikit boleh berkomunikasi simple phrases. Haaa.. Gunakanlah skill yang ada walaupun sikit. Tibai sajalah. Aku merata canang 'Naneun Gogi Anmogoyo - I Do Not Eat Beef'. Thanks Kak Bibie. Hahaha.. Asal nak makan memang aku zikir phrase ini. Insyallah respond yang positif  diterima. They will say sama ada dishes ada daging atau tak. Ramai juga peniaga yang mula aware dengan kedatangan pelancong Muslims jadi Halal options disediakan. Syukur tak berdepan situasi yang offensive.

4. SHOPPING WINTER GEAR DI KOREA - Kalau nak pergi musim sejuk, aku suggest korang shopping sajalah winter gear kat sana. Tapi janganlah fly sehelai sepinggang pula bila aku kata semua boleh beli kat sana. Kang kejung tiba-tiba salahkan aku pula. Kalau kita tengok dlam KDRAMA baju pelakon-pelakon semua cantik, haaa !! macam itulah winter coats yang terjual kat sana. Semurah 35000WON boleh dapat sehelai yang cantik. Jahitan kemas, colour trendy memang setanding Topshop. Kau sedia duit saja. Menyesal aku usung baju tebal kemain sana sini. Kalau aku tahu memang aku spare more space nak borong baju-baju cantik kat sana. Huuurm..

5. ORDER MAKANAN BERAGAK-AGAK - Kalau pergi in big group yes tak apa kalau nak order tak ingat dunia. Bila travel berdua agak-agaklah makanan yang hendak ditempah. Portion memang besar dan agak seksa untuk dihabiskan. Mengah jadinya. Duit pun kena asingkan extra untuk makan saja. It was quite costly sebenarnya. Aku memang suka makan jadi memang naturally akan ada allocation untuk makan. Alhamduillah kami memang tibai licin semua hidangan walaupun ada ketika macam-macam kami order. Biasalah. Sampai tempat orang nak rasa macam-macam. 

6. SELALU SAPU MOISTURIZER - Janganlah malas. Walaupun rasa macam diva mengada sangat tapi tolonglah sapu. Dalam cuaca sejuk kulit kita sangat cepat kering. Tapi kesan bukan rasa masa kat sana. Bila dah balik baru rasa. Dalam aku rajin tepek krim pun kulit bersisik dan mengelupas. Isk !! Alhamduillah tak teruk. Suggestion aku, kalau tak suka krim bawalah baby oil atau apa-apa saja. Janji hampa sapu. Girls.. Please.

Ini saja dulu. Terlintas teringat lagi nanti aku tambah. Kapal terbang nak depart dah.
Jumpa di Busan dalam entry seterusnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Thursday, 28 July 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : #1 TEASER

JALAN-JALAN SOUTH KOREA | WINTER TRIP 2016


WINTER TRIP SOUTH KOREA 2016 | 안녕 Annyeong. Woot !! Lama kepam baru nak update. Better late than never orang kata. Nak gather mood paling susah but I will try my best untuk kongsikan tips (perhaps) dan tempat-tempat menarik yang sempat aku jejaki. Alhamdulillah diberi rezeki kesempatan untuk berkelana. Trip yang penuh emosi. Kali ini berpeluang pula ke salah satu destinasi idaman sejak dulu lagi. It is South Korea. I had this dream to visit Korea ever since I was fifteen. Maklumlah mula berkecimpung dengan kelaghaan KPOP. Ahaaaks !! Haruslah pasang angan-angan.

Bila tengok dan baca kisah kawan-kawan travelers lain jejak kaki ke Korea lagi membuak-buak rasa nak cepat sampai. Sembang pasal Korea ada beberapa kawan-kawan travelers yang akan bermain dalam kepala aku. Kak JariManish dan Kak BibieKarim. These two kakak adalah kakak yang aku mula-mula berani nak tegur. To my surprise, they responded well. Ulang baca their entries sambil berangan nak pergi Korea. Aku rasa korang tahu aku ke Korea dengan siapa. Terbit kekuatan nak hello JM tanya if dia sudi nak teman aku ke Korea. 

Yeay yeay.. JM sudi and we bought our ticket. Sepatutnya ada dua lagi kawan aku ikut. Momon and her officemate. Tapi things happened mereka berdua tak jadi ikut. Aku memang tak nak travel seorang diri. Penakut and I am cool about that. Hahaha.. It was in 2015. We bought our tickets a year before nak depart. 

Sebaik-baik rancangan kita, rancangan Allah SWT juga yang Maha Terbaik. Dengan izin-Nya DediS pergi mengadap Ilahi and left aku dan MamiZ terkontang-kanting menerima kejutan dalam hidup. It was in October and masa itu aku tak terfikir langsung sudah tentang trip ke Korea. Considering keadaan kami ketika itu memang berat sangat hati nak pergi. MamiZ kena tinggal seorang di rumah because she had to work and it was an uneasy feeling. In another hand, ticket aku ke Korea was a birthday present from DediS. Kacau betul emosi. Aku patut enjoy my last birthday present from my dad and at the same time susah hati tinggalkan MamiZ di rumah. Entahlah.. hampir give up.

But somehow Allah SWT mudahkan juga. Ada rezeki untuk ke Korea. MamiZ had a minor eye operation and she was on medical leaves. Please do not get me wrong. It was uneasy too to think that MamiZ had to go under the knife. Alhamdulillah everything went well. So she asked me to continue with my trip as she would be staying with her kakak. Relieved. MamiZ ada peneman.

And.. I managed to fly myself to Korea with beloved JM. Acececeh..

---------------------------------------------------------------------------

 Haaa.. Ini masalah bila mula menaip. Susah nak berhenti. Habis cerita tok kaduk aku kongsi. Nanti sambung lagi. Nama #Teaser.. Bongkar sikit dulu sajalah.

Incheon International Airport - KLIA 2
24 January 2016
And the journey begins..

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Friday, 15 July 2016

BERKELAH DI LUBUK TIMAH HOTSPRING

LUBUK TIMAH HOTSPRING, SIMPANG PULAI, PERAK, MALAYSIA


BERKELAH DI LUBUK TIMAH | Ada banyak tempat berkelah menarik yang terkenal sekitar negeri Perak. Salah satunya adalah Air Terjun Lubuk Timah. Aku tak pasti sama ada orang lain dah biasa dengar Lubuk Timah atau sebaliknya. Unik. Aku baru tahu ada tempat nama Lubuk Timah. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, aku ternampak signage Lubuk Timah. Aku buat research sikit dan akhirnya tertarik untuk meninjau kawasan. Alang-alang ajak kawan berkelah sekali. Aktiviti hujung minggu.

Senang sangat nak cari jalan ke Lubuk Timah. Sama jalan menghala ke Cameron Highlands menggunakan laluan Simpang Pulai. Lepas saja kilang kuari terus masuk simpang ke kiri. Kena bayar sikit untuk masuk ke kawasan Lubuk Timah. Tak adalah mahal sangat. Lupa sudah. Kami pergi waktu Malaysia mengalami suhu panas melampau. Air terjun pun kering. Syukur masih ada yang mengalir. Dapat juga berendam.

Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan adalah parking area yang luas, pondok yang boleh disewa dengan hanya RM10.00, surau, kolam air panas dan tempat salin baju. 

Kawasan air terjun / waterfall. Sepatutnya ada air yang membuak-buak dari kawasan empangan.
Panas sangat sampai air pun kering. 

Kawasan pilihan kami. Datanglah awal sebelum orang makin ramai. Boleh pilih territory area yang berkenan.

Menu yang kami tapau dari rumah. Kak Long Ain rajin tolong masakkan Maggi Goreng untuk adik-adik. Aku just sediakan bahan untuk sandwich telur. Agar-agar dan air mangga.


Pondok RM10.00 seunit. Besar dan selesa. Dekat dengan kawasan air terjun juga. Senang nak pantau barang-barang.


Memang seronok berkelah di Lubuk Timah. Recommended untuk semua lapisan masyarakat. Lama kami berendam. Dari orang tak ramai sehinggalah kawasan penuh dengan manusia. Elok datang awal pagi kalau korang jenis tak suka keadaan sesak. Nak pilih pondok pun tak perlu berebut. Menjelang tengah hari memang merenyut. Selamat berkelah.

LOKASI LUBUK TIMAH, SIMPANG PULAI




---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Sunday, 3 July 2016

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : #5 SUMMARY

JALAN-JALAN KE MELBOURNE | TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELBOURNE |
| PERBELANJAAN KE MELBOURNE |


JALAN-JALAN KE MELBOURNE | Akhirnya selesai pun perkongsian perjalanan ke Melbourne. Habis aku senaraikan tempat-tempat menarik di Melbourne untuk diterjah dan ceritakan tentang pengalaman sepanjang berada disana. Hampir setahun peram baru dapat habiskan. Kekangan masa dan kadang-kadang memang tak ada mood langsung. 

Ini adalah senarai entries berkaitan trip ke Melbourne pada bulan September 2015. Musim bunga bakal tiba di Australia tak lama lagi, eloklah aku kongsikan dengan korang entries lama. Share idea apa yang patut. Tapi kena ingat satu perkara. Pengalaman setiap dari kita adalah berbeza dan cara juga berbeza. Apa-apa pun ikutlah kemampuan dan keselesaan masing-masing. Semoga dapat dijadikan panduan untuk merancang perjalanan ke Melbourne.










It was a blast journey and we had so much fun in Melbourne. Good food. Memang kalau ada rezeki untuk kembali memang nak pergi lagi. Banyak yang belum explore. Okay !! Finally it's a wrap. Terima kasih untuk semua pihak yang membantu to make the trip possible dan sepanjang berada di Melbourne. Especially to my parents. Cik Tia, Acik Yati, Kak Sal dan AK. Thank you untuk semua kenangan dan days yang kita spent together.

Harap membantu kawan-kawan yang sedang merancang ke Melbourne. Kalau ada sebarang persoalaan boleh drop komen atau email.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...