Saturday, 13 May 2017

TRIP SEMPORNA SABAH | DAY 4 - PULAU MATAKING PULAU PANDANAN DAN PULAU POM POM

TRIP KE SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN SEMPORNA ISLAND HOPPING - PULAU MATAKING PULAU POM POM DAN PULAU PANDANAN


Entri sebelumnya di SINI.

JALAN-JALAN SEMPORNA | PULAU MATAKING PULAU POM POM DAN PULAU PANDANAN. Liatnyaaa nak bangun pagi. Memang lenguh segala urat sendi. Tapi digagahi juga. Hari terakhir di Semporna kami dijadualkan untuk terjah lagi dua pulau iaitu Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom. Memang tak pernah dengar. Bila buat research mengenai Semporna baru tahu kewujudan pulau-pulau ini. Tengok gambar dah teruja sangat. Belum sampai lagi. Ada Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil. Berkobar-kobar nak berlarian di atas beting pasir yang menghubungkan kedua-dua pulau yang besar dan yang kecil. Barang-barang sudah siap packing. Nanti petang pulang ke Lato-Lato Mun Resort bersihkan diri dan solat terus saja bergerak ke mainland. Andis datang tepat pada waktunya. Semakin mesra dah boleh dibawa bergurau. Hehehe..

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU MATAKING


Jauh perjalanan untuk ke Pulau Mataking tapi tidak sejauh ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Island hopping agak mencabar kali ini. Ombak bergelora besar. Aku tak ada masalah motion sickness tapi that day memang pening yang amat. Dari jauh dah nampak Pulau Mataking rasa sangat seronok. Tapi keseronokan sekejap saja. Abang-abang askar yang bertugas tak bagi kami turun ke darat. Hanya yang menginap di resort saja dibenarkan jejak daratan. Whaaat ?? Jauh tau aku bertahan naik bot tapi tak boleh turun. Punah harapan nak berlari-lari di tepian pantai. Serious muka semua ketat dan menakutkan. Nak pergi pujuk pun tak berani.

Boleh duduk atas bot goyang kaki saja. Nak turun tak boleh. Sedih !!

Yang menginap di resort sahaja yang dibenarkan turun.

Pelancong-pelancong lain yang sama nasib. Telan air liur saja sebab tak dapat ke daratan.

Boleh berenang. Tak boleh mendekatan daratan. Abang-abang askar berkeliaran jaga.

Ahli-ahli mesyuarat sedang berbincang langkah seterusnya. Huhuhu..

Turun juga dalam cubaan untuk ke darat.

Sempat jejak darat sikit sebelum kena tempik. Dengan perasaan hampa..

Selamat tinggal Pulau Mataking. Ada rezeki pasti akan kembali.

Jujurnya aku memang dah hilang mood. Niat dari awal memang teringin sangat untuk ke Pulau Mataking tapi apakan daya.. Tiada rezeki pula. Andis kata semuanya gara-gara perangai pelancong dari China yang bangganya cabut corals di lantai laut. Habis semua orang terkesan dengan perangai kampung orang-orang China. Huurm.. Abang-abang askar nak mengajar pengajaran tapi kesianlah. Datang dari jauh tau. Muka masing-masing monyok. Nak ke Pulau Pom Pom pun sebenarnya dah tak ada selera. Pakcik driver bot pujuk jangan merajuk. Katanya nak bawa kami kejar penyu buat mengubati hati yang lara. Buntang balik biji mata.. Oh yeah !!

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU PANDANAN


Seriously tak masuk dalam list yang dijanjikan. Tak ada penghuni dan pokok pun boleh bilang saja ada beberapa kerat. Cantik !! Dan di pulau inilah rupanya habitat utama penyu-penyu yang banyak berkeliaran di Semporna. Seriously tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana bila tengok penyu bersepah-sepah dalam air. Bila bot datang dekat kelam kabut lari. Kelakarnya !! Kami jadi hyper sekejap. Pakcik driver bot pun melayan saja. Dia pun dah senyum balik tengok kami happy. Maybe dia rasa guilty sebab kami tak dapat turun di Pulau Mataking. Pakcik !! Kejar penyu pun seronok.

Pulau Pandanan di kejauhan. Perhatikan kelompok-kelompok hitam di dasar betul-betul. Mungkin penyu.

Quality not good sebab extract dari video. Nak juga share hasil mengejar penyu di Pulau Pandanan.

Serious terus rasa happy semula. Cover balik rasa murung dari semalam ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Rasa juga ada dapat something bila kejar penyu walaupun hanya dari atas bot. Bersepah-sepah sana sini. Berenang laju kemain bila dengar kami dah dekat. Tak sempat nak ambil gambar pun. Video saja itulah gambar kurang jelas. Before kami pulang ke Lato-Lato Mun Resort, kami singgah ke Pulau Pom Pom. One last pit stop before balik ke mainland.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU POM POM


Lepas kejar penyu kami ingat nak terus balik ke Lato-Lato Mun Resort tapi Pakcik driver bot nak juga bawa ke Pulau Pom Pom. Ikutkan memang dah penat yang amat sangat dah. Tak larat rasanya dengan pening kepala lagi  tapi layan sajalah. Mula rasa nak celup kaki saja. Tak jadi !! Dah sampai terjun juga dalam air. Tergoda jadinya. Kawasan luas tak ada batu tak ada corals. Macam one large swimming pool. Awesome. Satu benda yang tak seronok kat Pulau Pom Pom ada banyak kawasan pantai yang ditanda sebagai private properties. Jadi kita tak boleh nak berendam sesuka hati. Ada dua kali kami kena halau. Tension betul !!

Kapal lanun. Heee.. Kapal-kapal mahal untuk tourist yang menginap di Pulau Pom Pom.



Tak boleh pergi bawah jambatan sana. Kena halau juga..








SELAMAT TINGGAL SEMPORNA | ADA REZEKI JUMPA LAGI


Lepas dah hangus di Pulau Pom Pom kami gerak balik ke Lato-Lato Mun Resort. Barang siap kemas sudah. Kami just mandi dan solat. Pakcik driver bot setia menunggu. Sedih !! Dah nak balik.. Dah nak tinggalkan Lato-Lato Mun Resort. Rasa macam sekejap tapi sebenarnya dah empat hari di Semporna. Memang aku puas hati sangat dengan service yang diberikan. 



Selamat tinggal Pulau Bohey Dulang.


One picture to sum up everything. Thanks for making this trip possible and memorable. 


Selamat tinggal Semporna. Tak sangka trip mengejut hujung tahun berjaya tinggalkan banyak kenangan manis untuk kami semua. Peluang belajar diversity masyarakat sekeliling dan jumpa ramai orang yang baik. The beauty of travelling. Membuka mata. Apa yang dilalui tak dapat dibeli dengan apa jua nilai harga. Ada rezeki kita jumpa lagi.

Belum habis lagi kisahnya. Hihihi.. Jumpa lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Monday, 24 April 2017

ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH

MACAM MANA NAK ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH ?


Nak bercuti tak semestinya kena pergi jauh-jauh sampai ke luar negara. Dalam Malaysia pun apa kurangnya. Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Aku yakin belum tentu korang dah habis explore semuanya. Why not kita enjoy di tempat-tempat menarik yang common dalam Malaysia. Korang juga boleh menikmati makanan tradisional atau local food yang sedap-sedap dan bawa balik souvenirs yang menarik dari tempat tu sendiri. Ramai juga yang kasi alasan : Nak bercuti perlukan duit yang banyak.. Nak jalan-jalan kena penuhkan poket dulu. Come on guys !! Banyak sebenarnya lokasi-lokasi menarik di Malaysia yang kita boleh teroka dan enjoy tanpa perlukan belanja yang banyak. Apa yang penting kita kena rancang serba sedikit percutian kita supaya dapat gunakan bajet yang serendah mungkin.

This time aku nak share dengan korang semua macam mana nak enjoy di Penang dengan bajet yang rendah. Do it like locals katanya. Sia-sia aku membesar di Penang kalau tak boleh tolong korang rancang perjalanan. With minimal budget pun korang still manage to taste the beauty of Penang. Apa yang seronoknya Penang ni.. selain menjadi tumpuan pelancong-pelancong kerana faktor keindahan alam sekitar, bangunan-bangunan peninggalan sejarah dan kemudahan tempat penginapan, Penang juga terkenal dengan kelazatan makanan-makanan yang sedia menanti korang semua. Sabar.. Teruskan membaca.

Nak jimat kos pengangkutan aku suggest naik saja kereta sendiri. Satu keluarga boleh angkut. Senang nak jalan sana sini. I am a Penangite.. Tak jadi halangan untuk aku drive keliling Penang. Tapi kalau korang jenis solo atau backpackers boleh juga kalau nak naik bas. Sampai sana nanti naik teksi dan bas atau jalan kaki saja untuk ke tempat yang berdekatan. Public transportation di Penang tip top. Banyak option. Rapid Penang.. Penang Hop On Hop Off dan banyak lagi. Nak lagi jimat korang boleh juga ride solo. Tapi jiwa kena sado laa..
Soal penginapan pula jangan risau. Di tengah-tengah bandar Georgetown ada banyak sangat choices hotel bajet untuk korang pilih. Boleh rujuk SINI – Short List Senarai Budget Hotels in Penang. Carilah yang bersesuaian dengan bajet korang. Senang duduk di tengah bandar sebab semua tempat-tempat menarik walking distance saja. Nak naik public transport pun mudah. Memang laluan hot spot. Mudah serba serbi. Nak makan pun senang.. Nak beli souvenirs pun senang.. Lebih dekat dengan culture masyarakat tempatan.



Antara lebihan duduk di sekitar Georgetown adalah berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Antaranya adalah : (1) Penang Street Arts yang terkenal dengan lukisan-lukisan murals dari artis-artis tempatan dan luar negara. Lokasi sangat luas jadi perlukan masa untuk habis menjejaki semua Street Arts yang ada. No entrance fee dan hanya memerlukan kekuatan kaki untuk menapak. Selalunya pelancong-pelancong akan bermula dari Armenian Street dan seterusnya ke lorong atau lebuh yang lain. Jangan lupa topi dan cermin mata hitam. Baru boleh bergaya sakan.

(2) Nasi Kandar Line Clear.. Nasi Kandar Kapitan.. Sup Hameed.. Nasi Kandar Deen Maju.. Nasi Kandar Beratur dan banyak lagi syurga makanan sedap-sedap. Mai Penang tak pekena nasi kandaq memang tak lengkap percutian ampa aih !! Pilih saja nak pekena nasi kandar yang mana semua ada tarikan yang tersendiri. Tak mahu makan nasi kandar tak apa. Ada banyak lagi makanan-makanan sedap yang korang boleh cuba. Naan Cheese.. Nasi Briyani Kambing.. Tandoori dan juga Milani. Sambil ceq menaip pun ceq telan air liur. Sedapnya !! (3) Ais Tingkap atau Sarbat di Chowrasta. Ini rare !! Hanya di Penang saja ada. Apa yang bestnya air ni, Ais Tingkap atau Sarbat adalah campuran air sirap, biji selasih dan isi kelapa. Memang sedap. Korang patut cuba kalau datang ke sini. Hmmm.. nikmatnya rasa minum kalau tengah panas terik matahari.  Memang walking distance saja nak sampai ke Chowrasta kalau korang menginap di mana-mana hotel bajet sekitar Georgetown. 


For breakfast haruslah korang cuba (4) Roti Canai Jalan Transfer. Layak jadi viral dan terkenal sebab roti canai yang dijual memang sedap. Bertambah terangkat bila makan bersama kari ayam atau daging yang super awesome. Kaw habaq ang. Kuah dia peeergh !! Pekat terasa semua rempah. Memang kalau ada kenalan datang ke Penang, aku tak akan terlepas daripada bawa mereka semua cuba roti canai disini. Setakat ini memang semua feedback adalah positif. Lajak sikit lagi boleh terus meronda ke (5) Padang Kota Lama / Fort Cornwallis. Boleh cuba Mee Sotong yang terkenal dan juga Pasembor. Sambil duduk santai tepi pantai seronoknya boleh tenangkan fikiran. Lupakan kesibukan kerja. Kita enjoy !! (6) Bukit Bendera / Penang Hill. Jauh sikit dari Georgetown adalah another tempat yang wajib dikunjungi jika ke Penang. Sesekali lari dari kesesakan bandar haruslah cari ketenangan di puncak bukit. Boleh tengok bandar Georgetown dari atas. Korang juga boleh menikmati ABC yang special.. cuba scones yang sedap di Sky Terrace.. Muzium Burung Hantu dan banyak lagi. Kaki Instagram jangan lupa ambil gambar cantik-cantik. Banyak spots menarik untuk posing.


Selain tu, korang juga boleh berkunjung ke (7) Muzium Negeri Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Farquhar. Agak-agak kalau nak tahu tentang sejarah Penang atau nak tengok koleksi barang-barang lama, bolehlah datang ke sini. Sesuai jugalah kalau nak buat program lawatan sambil belajar. Korang yang datang bercuti dengan anak-anak tu elok juga datang ke sini, sambil bercuti sambil dapat menimba ilmu. Haaa, tak gitu? Alang-alang dah ke Penang wajib jugalah singgah ke (8) Batu Feringghi. Boleh juga berkelah bersama keluarga. Aktiviti yang mudah tapi sangat berkualiti. Anak-anak pun mesti suka kalau dapat mandi laut. Kalau seorang diri pun apa salahnya. Sesekali bawa diri dan tenangkan fikiran melihat laut. Kalau nak borong souvenirs dan melakukan aktiviti malam bolehlah singgah ke (9) Batu Feringghi Night Market. Banyak benda yang korang boleh dapatkan dengan harga murah. Macam-macam ada dari jam tangan, baju, seluar, lukisan, keychain dan banyak lagi. Memang rambang mata.
Semua tempat yang aku senaraikan tidaklah jauh dari hotel-hotel bajet yang ada di sekitar Georgetown. Lagipun terdapat banyak lagi hotels in Penang yang strategik dan korang boleh pilih. Asalkan korang enjoy dengan percutian korang dekat Penang nanti.

Tunggu apa lagi ? Jom kita enjoy !!

Wednesday, 11 January 2017

TRIP SEMPORNA SABAH | DAY 3 - PULAU KAPALAI DAN PULAU MABUL

TRIP KE SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN SEMPORNA ISLAND HOPPING - PULAU KAPALAI DAN PULAU MABUL


Entri sebelumnya di SINI.

JALAN-JALAN SEMPORNA | PULAU KAPALAI DAN PULAU MABUL. Hari ketiga di Semporna. Kami dijadualkan untuk ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Pagi hari tak ada aktivit berendam depan resort. Masing-masing sakit badan. Kami hanya tunggu bot datang pick up untuk teruskan perjalanan. Lambat sikit datangnya matahari dah makin mencanak. Hanya kami bertiga saja dengan Pakcik driver dan tour guide baru bernama Andis. Perjalanan diteruskan ke Pulau Kapalai. Jauhnya rasa journey boleh nak tertidur. Bayangan pulau tak nampak langsung. Dekat dua jam juga rasanya naik bot akhirnya sampai ke Sipadan-Kapalai Dive Resort. 

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU KAPALAI


Hairan.. Kenapa Pakcik driver berhenti tengah laut. Mana darat nak turun ? Hahaha.. Tak ada daratan. Memang kena terjun terus masuk air. Memang itulah aktiviti kalau di Pulau Kapalai. Tak macam pulau-pulau lain yang cantik berdarat berpasir. Unik Pulau Kapalai sebab inilah pulau yang tak ada pulau sebenarnya. Terhakis sikit demi sikit. Jadi yang tinggal sekarang adalah peninggalan kesan hakisan. Memang daratan ciput sangat dan hanya ada ditengah-tengah resort lima bintang yang dibina diatas air. Aiyaaak.. Memang tidaklah nak terjun terus air tengah pasang bergelora. Gelap gelita. Idiq pun tak nak terjun. Ramai yang tengah snorkeling. Walaupun Pulau Kapalai tersenarai antara pulau tercantik di dunia, kaya dengan corals yang lawa belaka tapi tak apalah. Nak tengok kecantikan kena menyelam dulu. Jadi tak dapatlah aku nak share apa ada bawah sana.

Kapalai-Sipadan Dive Resort. Resort bertaraf lima bintang yang dibina di atas air.

Masing-masing bersetuju untuk tidak terjun ke dalam air. Berhuhuhu saja di atas bot.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU MABUL


Perjalanan diteruskan ke Pulau Mabul. Dekat saja dengan Pulau Kapalai. Satu lagi pulau yang berdekatan adalah Pulau Sipadan. Tapi kami tak kesana. Itu pun syurga untuk divers. Acah-acah berani snorkeling tak payahlah pergi. Hehehe.. Pulau Mabul adalah pulau yang paling banyak pertempatan berbanding pulau-pulau lain. Sekolah pun ada dan suasana lebih meriah. Andis bawa ke perkampungan penduduk-penduduk di Pulau Mabul and itulah pertama kali juga kami tengok gaya hidup orang-orang disana. Tarik nafas dalam-dalam. Memang hidup serba serbi kurang. Tak tahulah macam mana orang-orang disana menampung kehidupan. Rumah pun ada yang tunggu masa nak roboh. Memang membuka mata sungguh pengalaman di Pulau Mabul. Kanak-kanak bogel sana sini bermain-main tidak berpakaian. Tangan menghulur meminta-minta. Bukan tak mahu memberi. Sendiri jalan-jalan tak bawa apa-apa.








Andis bawa kami to the other side of the island. Kami ke Sipadan Water Village Pulau Mabul. Cantik. Sebelum ke Semporna aku memang dah berangan nak bermalam di Sipadan Water Village tapi bilik semua full. Yang tinggal hanyalah bilik orang honeymoon. Hahaha.. Tak jadi menginap di Pulau Mabul. Aku dah tergedik-gedik nak berendam tengok air jernis sekeliling resort tapi Andis tak bagi. Katanya tak boleh. Tak dapat kebenaran dari pihak resort. Memang tak ada seorang pun aku nampak tengah berenang. Tapi macam tak puas hati. Nak valid reason kenapa tak boleh. Ingatkan boleh saja terjun. Kawasan tepi pun tak boleh. Walaupun tak termasuk dalam kawasan resort, tepi saja pun tak boleh. Memang boleh tengok menjamu mata saja.






Lastnya kami ke another spot and Andis cakap situ boleh berenang. Tapi aku pula dah hilang mood. Tak ada selera nak berenang. Spot biasa saja and tak ada corals pun. Tak tahu nak tengok apa. Mula nak bebal sebab tak seperti yang dibayangkan. Kenapa orang lain pergi Pulau Mabul boleh berenang suka hati.. Celah mana pergi boleh ambil gambar cantik-cantik ? Paaanas tak puas hati tapi diamkan sajalah. Mujur ada Pakcik Bajau Laut datang jual ketam-ketam gemuk memujuk hati. Ada jugalah faedah ke Pulau Mabul. Dapat beli ketam-ketam fresh bawa balik ke resort.

Mood dah memang tak baik suruh buat apa pun tak jadi. Ajak Pakcik driver bot dan Andis balik ke Lato-Lato Mun Resort. Hari masih awal lagi sebenarnya tapi tak ada jiwa dah nak bersiar-siar di Pulau Mabul.. Jom sajalah kita balik. Pakcik driver bot bawa pusing keliling Pulau Mabul. Lalu di beberapa resort dan chalet yang memang terkenal di Pulau Mabul. Ada Scuba Jeff Sipadan, Big John Scuba, Uncle Chang Bungalow, Scuba Junkie dan banyak lagi pilihan yang boleh dipilih. Semua pilihan tempat tinggal ada menyediakan package diving. Jadi aku buat conclusion sendiri. Nak enjoy Pulau Mabul sama seperti nak enjoy Pulau Kapalai. Kena dive !! Sangat sesuai untuk those yang berani diving. Aku belum berani.



17 ekor hanya RM150.00. Seekor pun besar dari tapak tangan.


Banyak chalet dan resort lain di Pulau Mabul.


Pakcik Bajau Laut menjual udang lipan kepada pelancong. Huhuhu..


Overall aku tak berapa suka trip ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul on that day. Tapi kalau ada kesempatan untuk kembali aku nak pergi lagi. Aku yakin ada cara sebenarnya untuk menikmati keindahan kedua-dua pulau dengan betul. Perhaps next time aku boleh belajar diving pula. Dapatkan lesen dan bina keyakinan untuk jadi berani. 

Pulang ke Lato-Lato Mun Resort. Kami balik awal makcik di resort pun terkejut. Nampak sangat tak berapa teruja. Bagi ketam-ketam untuk makcik rebuskan. Nanti makan for dinner. 
Sedar.. Dah malam dah Maghrib. Ya rabbi lamanya hanyut tertidur. Hehehe..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...