SITI.YANG.MENAIP: April 2017

MACAM MANA NAK ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH | Nak bercuti tak semestinya kena pergi jauh-jauh sampai ke luar negara. Dalam Malaysia pun apa kurangnya. Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Aku yakin belum tentu korang dah habis explore semuanya. Why not kita enjoy tempat-tempat menarik yang common dalam Malaysia. Korang boleh menikmati makanan tradisional atau local food yang sedap-sedap dan bawa balik souvenirs yang menarik. Ramai yang kasi alasan : Nak bercuti perlukan duit yang banyak.. Nak jalan-jalan kena penuhkan poket dulu.. Come on guys !! Banyak sebenarnya lokasi-lokasi menarik di Malaysia yang kita boleh teroka dan enjoy tanpa perlukan belanja yang banyak. Apa yang penting kita kena rancang betul-betul serba sedikit percutian kita supaya dapat gunakan bajet yang serendah mungkin dan dalam masa yang sama kita dapat berseronok.

Aku nak kongsikan dengan korang semua macam mana nak enjoy Pulau Pinang/Penang dengan bajet yang rendah. Do it like locals katanya. Sia-sia aku membesar di Penang kalau tak boleh tolong korang rancang perjalanan. With minimal budget pun korang still manage to taste the beauty of Penang. Apa yang seronoknya Penang selain menjadi tumpuan pelancong-pelancong kerana faktor keindahan alam sekitar, bangunan-bangunan peninggalan sejarah dan kemudahan tempat penginapan, Penang juga terkenal dengan kelazatan makanan-makanan yang sedia menanti korang semua. Sabar.. Teruskan membaca.

Aku suggest naik saja kereta sendiri untuk berjimat. Satu keluarga boleh angkut dan senang nak jalan sana sini. I am a Penangite dan tak jadi halangan untuk aku drive keliling Penang. Tapi kalau korang jenis jalan seorang diri atau backpacker boleh juga kalau nak naik bas. Sampai Penang naik teksi dan bas atau jalan kaki saja untuk ke tempat yang berdekatan. Public transportation di Penang agak tip top. Banyak option yang boleh dipilih. Rapid Penang paling popular dan ada juga Penang Hop On Hop Off dan banyak lagi. Soal penginapan pula jangan risau. Di tengah-tengah bandar Georgetown ada banyak sangat choices hotel bajet untuk korang pilih. Boleh rujuk SINI – Short List Senarai Budget Hotels in Penang. Carilah yang bersesuaian dengan bajet korang. Senang duduk di tengah bandar sebab semua tempat-tempat menarik walking distance. Nak naik public transport pun mudah sebab memang laluan hot spot. Nak makan dan beli souvenirs pun senang. Bila duduk di town akan rasa lebih lebih dekat dengan culture masyarakat tempatan.


Antara kelebihan duduk di sekitar Georgetown adalah berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Penang yang boleh dilawati tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Antaranya adalah :

(1) Penang Street Arts yang terkenal dengan lukisan-lukisan murals dari artis-artis tempatan dan luar negara yang terkenal especially Ernest Zacharevic. Lokasi sangat luas jadi perlukan masa untuk habis menjejaki semua Street Arts yang ada. No entrance fee dan hanya memerlukan kekuatan kaki untuk menapak. Boleh juga sewa basikal untuk mencari kesemua street arts di lorong-lorong terkenal Penang. Macam main treasure hunt rasanya menjejaki setiap satu lukisan-lukisan yang ada. Selalunya pelancong-pelancong akan bermula dari Armenian Street dan seterusnya ke lorong atau lebuh yang lain. Jangan lupa topi dan cermin mata hitam. Baru boleh bergaya sakan.

(2) Nasi Kandar Line Clear Nasi Kandar Kapitan Sup Hameed Nasi Kandar Deen Maju Nasi Kandar Beratur dan banyak lagi syurga makanan sedap-sedap. Semua yang aku senaraikan adalah kedai-kedai nasi kandar yang terkenal. Mai Penang tak pekena nasi kandaq memang tak lengkap percutian ampa aih. Kena cuba sekali dan rasa kepekatan kari dan gulai yang disediakan. Pergh !! Pilih saja nak pekena nasi kandar yang mana semua ada tarikan yang tersendiri. Tak mahu makan nasi kandar tak apa. Ada banyak lagi pilihan makanan-makanan sedap yang boleh dicuba. Naan Cheese Nasi Briyani Kambing Tandoori dan juga Milani. Sambil ceq menaip pun ceq telan air liur tak sudah. Sedapnya.

(3) Ais Tingkap atau Sarbat di Chowrasta. Ini rare !! Hanya di Penang saja ada dan wajib untuk d. Apa yang bestnya air ni, Ais Tingkap atau Sarbat adalah campuran air sirap, biji selasih dan isi kelapa. Memang sedap. Korang patut cuba kalau datang ke sini. Hmmm.. nikmatnya rasa minum kalau tengah panas terik matahari.  Memang walking distance saja nak sampai ke Chowrasta kalau korang menginap di mana-mana hotel bajet sekitar Georgetown. 


Breakfast pula haruslah cuba (4) Roti Canai Jalan Transfer. Layak jadi viral dan terkenal sebab roti canai yang dijual memang sedap. Gebu dan lembut bertambah terangkat bila makan bersama kari ayam atau daging yang super awesome. Kaw habaq ang. Kuah dia peeergh !! Pekat terasa semua rempah. Memang kalau ada kenalan datang ke Penang, aku tak akan terlepas daripada bawa mereka semua cuba roti canai disini. Setakat ini memang semua feedback adalah positif. Ada juga yang datang lagi dan request untuk makan roti canai disini. Nampak sangat rindu dan mengidam.

Lajak sikit langkah kaki boleh terus meronda ke (5) Padang Kota Lama / Fort Cornwallis. Boleh cuba Mee Sotong yang terkenal dan juga Pasembor. Make sure jangan sampai lewat petang sangat nanti kempunan tak dapat merasa. Orang memang sentiasa ramai. Sambil duduk santai tepi pantai seronoknya boleh tenangkan fikiran. Lupakan kesibukan kerja. Kita enjoy !! 

(6) Bukit Bendera / Penang Hill. Jauh sikit dari Georgetown adalah another tempat yang wajib dikunjungi jika ke Penang. Sesekali lari dari kesesakan bandar haruslah cari ketenangan di puncak bukit. Boleh tengok bandar Georgetown dari atas dan kalau cuaca betul-betul cantik boleh juga nampak Butterworth dan Jambatan Pulau Pinang. Korang juga boleh menikmati ABC yang special dan scones yang sedap di Sky Terrace. Muzium Burung Hantu pun ada dan banyak lagi tarikan menarik di Bukit Bendera. Kaki Instagram jangan lupa ambil gambar cantik-cantik. Banyak spots menarik untuk posing dan kongsikan dengan kawan-kawan.


Yang minat sejarah dan nak tahu tentang Penang dengan lebih mendalam boleh berkunjung ke (7) Muzium Negeri Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Farquhar. Banyak koleksi barang-barang lama dan klasik untuk dilihat. Sesuai juga kalau nak buat program lawatan ilmiah sambil belajar. Korang yang datang bercuti dengan anak-anak pun elok juga datang ke sini. Sesekali bawa ke tempat-tempat sejarah untuk anak-anak belajar serba sedikit tentang peradaban dan asal usul. Sambil bercuti pun dapat menimba ilmu.

Alang-alang ke Penang wajib jugalah singgah ke (8) Batu Feringghi. Boleh juga berkelah bersama keluarga. Aktiviti yang mudah tapi sangat berkualiti. Anak-anak pun mesti suka kalau dapat mandi laut. Kalau seorang diri pun apa salahnya. Sesekali bawa diri dan tenangkan fikiran melihat laut. Kalau nak borong souvenirs dan melakukan aktiviti malam bolehlah singgah ke (9) Batu Feringghi Night Market. Banyak benda yang korang boleh dapatkan dengan harga murah. Macam-macam ada dari jam tangan, baju, seluar, lukisan, keychain dan banyak lagi. Memang rambang mata.

Rasa teruja tak nak bercuti ke Penang ? Kalau rasa nak lepak bersama boleh hello dan roger. Mana tahu sama-sama kita boleh pergi makan nasi kandar. Dah boleh mula atur langkah dan plan baik-baik. Senaraikan tempat-tempat menarik yang ingin dituju. Semua tempat yang aku senaraikan taklah jauh dari hotel-hotel bajet yang ada di sekitar Georgetown. Lagipun terdapat banyak lagi hotels in Penang yang strategik dan korang boleh pilih dan tak ada alasan untuk korang tak jadi datang ke Penang. Selamat bercuti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.