Monday, 24 April 2017

ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH

MACAM MANA NAK ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH ?


Nak bercuti tak semestinya kena pergi jauh-jauh sampai ke luar negara. Dalam Malaysia pun apa kurangnya. Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Aku yakin belum tentu korang dah habis explore semuanya. Why not kita enjoy di tempat-tempat menarik yang common dalam Malaysia. Korang juga boleh menikmati makanan tradisional atau local food yang sedap-sedap dan bawa balik souvenirs yang menarik dari tempat tu sendiri. Ramai juga yang kasi alasan : Nak bercuti perlukan duit yang banyak.. Nak jalan-jalan kena penuhkan poket dulu. Come on guys !! Banyak sebenarnya lokasi-lokasi menarik di Malaysia yang kita boleh teroka dan enjoy tanpa perlukan belanja yang banyak. Apa yang penting kita kena rancang serba sedikit percutian kita supaya dapat gunakan bajet yang serendah mungkin.

This time aku nak share dengan korang semua macam mana nak enjoy di Penang dengan bajet yang rendah. Do it like locals katanya. Sia-sia aku membesar di Penang kalau tak boleh tolong korang rancang perjalanan. With minimal budget pun korang still manage to taste the beauty of Penang. Apa yang seronoknya Penang ni.. selain menjadi tumpuan pelancong-pelancong kerana faktor keindahan alam sekitar, bangunan-bangunan peninggalan sejarah dan kemudahan tempat penginapan, Penang juga terkenal dengan kelazatan makanan-makanan yang sedia menanti korang semua. Sabar.. Teruskan membaca.

Nak jimat kos pengangkutan aku suggest naik saja kereta sendiri. Satu keluarga boleh angkut. Senang nak jalan sana sini. I am a Penangite.. Tak jadi halangan untuk aku drive keliling Penang. Tapi kalau korang jenis solo atau backpackers boleh juga kalau nak naik bas. Sampai sana nanti naik teksi dan bas atau jalan kaki saja untuk ke tempat yang berdekatan. Public transportation di Penang tip top. Banyak option. Rapid Penang.. Penang Hop On Hop Off dan banyak lagi. Nak lagi jimat korang boleh juga ride solo. Tapi jiwa kena sado laa..
Soal penginapan pula jangan risau. Di tengah-tengah bandar Georgetown ada banyak sangat choices hotel bajet untuk korang pilih. Boleh rujuk SINI – Short List Senarai Budget Hotels in Penang. Carilah yang bersesuaian dengan bajet korang. Senang duduk di tengah bandar sebab semua tempat-tempat menarik walking distance saja. Nak naik public transport pun mudah. Memang laluan hot spot. Mudah serba serbi. Nak makan pun senang.. Nak beli souvenirs pun senang.. Lebih dekat dengan culture masyarakat tempatan.



Antara lebihan duduk di sekitar Georgetown adalah berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Antaranya adalah : (1) Penang Street Arts yang terkenal dengan lukisan-lukisan murals dari artis-artis tempatan dan luar negara. Lokasi sangat luas jadi perlukan masa untuk habis menjejaki semua Street Arts yang ada. No entrance fee dan hanya memerlukan kekuatan kaki untuk menapak. Selalunya pelancong-pelancong akan bermula dari Armenian Street dan seterusnya ke lorong atau lebuh yang lain. Jangan lupa topi dan cermin mata hitam. Baru boleh bergaya sakan.

(2) Nasi Kandar Line Clear.. Nasi Kandar Kapitan.. Sup Hameed.. Nasi Kandar Deen Maju.. Nasi Kandar Beratur dan banyak lagi syurga makanan sedap-sedap. Mai Penang tak pekena nasi kandaq memang tak lengkap percutian ampa aih !! Pilih saja nak pekena nasi kandar yang mana semua ada tarikan yang tersendiri. Tak mahu makan nasi kandar tak apa. Ada banyak lagi makanan-makanan sedap yang korang boleh cuba. Naan Cheese.. Nasi Briyani Kambing.. Tandoori dan juga Milani. Sambil ceq menaip pun ceq telan air liur. Sedapnya !! (3) Ais Tingkap atau Sarbat di Chowrasta. Ini rare !! Hanya di Penang saja ada. Apa yang bestnya air ni, Ais Tingkap atau Sarbat adalah campuran air sirap, biji selasih dan isi kelapa. Memang sedap. Korang patut cuba kalau datang ke sini. Hmmm.. nikmatnya rasa minum kalau tengah panas terik matahari.  Memang walking distance saja nak sampai ke Chowrasta kalau korang menginap di mana-mana hotel bajet sekitar Georgetown. 


For breakfast haruslah korang cuba (4) Roti Canai Jalan Transfer. Layak jadi viral dan terkenal sebab roti canai yang dijual memang sedap. Bertambah terangkat bila makan bersama kari ayam atau daging yang super awesome. Kaw habaq ang. Kuah dia peeergh !! Pekat terasa semua rempah. Memang kalau ada kenalan datang ke Penang, aku tak akan terlepas daripada bawa mereka semua cuba roti canai disini. Setakat ini memang semua feedback adalah positif. Lajak sikit lagi boleh terus meronda ke (5) Padang Kota Lama / Fort Cornwallis. Boleh cuba Mee Sotong yang terkenal dan juga Pasembor. Sambil duduk santai tepi pantai seronoknya boleh tenangkan fikiran. Lupakan kesibukan kerja. Kita enjoy !! (6) Bukit Bendera / Penang Hill. Jauh sikit dari Georgetown adalah another tempat yang wajib dikunjungi jika ke Penang. Sesekali lari dari kesesakan bandar haruslah cari ketenangan di puncak bukit. Boleh tengok bandar Georgetown dari atas. Korang juga boleh menikmati ABC yang special.. cuba scones yang sedap di Sky Terrace.. Muzium Burung Hantu dan banyak lagi. Kaki Instagram jangan lupa ambil gambar cantik-cantik. Banyak spots menarik untuk posing.


Selain tu, korang juga boleh berkunjung ke (7) Muzium Negeri Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Farquhar. Agak-agak kalau nak tahu tentang sejarah Penang atau nak tengok koleksi barang-barang lama, bolehlah datang ke sini. Sesuai jugalah kalau nak buat program lawatan sambil belajar. Korang yang datang bercuti dengan anak-anak tu elok juga datang ke sini, sambil bercuti sambil dapat menimba ilmu. Haaa, tak gitu? Alang-alang dah ke Penang wajib jugalah singgah ke (8) Batu Feringghi. Boleh juga berkelah bersama keluarga. Aktiviti yang mudah tapi sangat berkualiti. Anak-anak pun mesti suka kalau dapat mandi laut. Kalau seorang diri pun apa salahnya. Sesekali bawa diri dan tenangkan fikiran melihat laut. Kalau nak borong souvenirs dan melakukan aktiviti malam bolehlah singgah ke (9) Batu Feringghi Night Market. Banyak benda yang korang boleh dapatkan dengan harga murah. Macam-macam ada dari jam tangan, baju, seluar, lukisan, keychain dan banyak lagi. Memang rambang mata.
Semua tempat yang aku senaraikan tidaklah jauh dari hotel-hotel bajet yang ada di sekitar Georgetown. Lagipun terdapat banyak lagi hotels in Penang yang strategik dan korang boleh pilih. Asalkan korang enjoy dengan percutian korang dekat Penang nanti.

Tunggu apa lagi ? Jom kita enjoy !!

38 comments:

  1. hai Siti!!kak Sal mai ni!!! Memang best bercuti kat Penang kan. I olls baru balik dari sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. woo dalam diam2 eeeh akak..!! hehe..

      Delete
  2. Tolong jangan marah sebab tak roger..huhuhu. akak gi ngan kawan2,memang nak private trip before sorang member tu akhiri zaman bujang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. idok le teman nak marahnyeee.. this time tak touching sebab memang tak ada di penang.. next time datang senyap-senyap lagi memang nak kena cubit huhuhu..

      Delete
    2. penang ...lain kali saya nak ke sana..

      Delete
    3. Uncle pun pegi Penang diam2.. tak pernah roger.. kalo tak boleh banje ikan bakar hehehe..

      Delete
  3. kempunan mi sotong tu..pergi je tutup.sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jujurnya CT tak ingat pernah makan mee sotong tu or not. rasanya pernah tapi bukan yang di padang kota.. maybe kat tempat lain..

      maila lagi.. boleh terjah mee sotong lagi..

      Delete
  4. akak suka Penang. dulu2 mmg rajin ke sana esp bila Hubby ada kerja. now dah makin susah nak ke sana sebab dia dah tak berapa sihat.. Bab food kat sana mmg marbeles lah... makan je kerjanya. bukak mata makan, nak tutup mata baru lupa makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bila dah sihat nanti datanglah Penang lagi.. mengenang kenangan lama2 yang sweet2 tu hehe.. betul kak sendiri duduk Penang lama pun banyak benda tak cuba makan itu ini lagi hehe..

      Delete
  5. PENANG KECIL SAJA TAPI BNYK TMPAT MENARIK YG BOLEH DILAWATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. CT duduk puluh tahun tapi rasanya tak semua tempat menarik dah sampai hehe..

      Delete
  6. Rindunya nak pergi penang. Bagi saya penang ni dah macam syurga makanan. say it what you want semua ada dekat penang hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yes.. just name it apa you nak makan.. semua ada =)

      Delete
  7. ishhh rasa nk pegi lagi Penang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ZF awak tu dekat saja.. marila datang Penang selalu hehe..

      Delete
  8. tengok makanan, terus telan air lio

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kita geng !! payah tengok gambar makanan sure terlio..

      Delete
  9. orang Penang pun jalan tak habis lagi.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat.. kita pun sebenarnya tak habis pusing lagi.. hehe.. kadang orang tanya tempat tu tempat ni.. sendiri tak sure =p

      Delete
  10. ais tingkap tu akak x smpai2 lg...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe saja2 CT pun tak pi kak.. bawak kawan jalan2 tu yang baru sampai.

      Delete
  11. Bini org penang pun xpernah brgmbar kt street art tu...
    Hampehhh kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nak pi kena tabah berpanas.. kena pegi kak.. makan ais kepal sekali jangan lupa k hehe..

      Delete
  12. sedapnya yang roti dengan telur goyang tu. tetiba teringin lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kena mai Penang gak rasa.. kalo buat sendiri kat rumah tak jadi =P

      Delete
  13. boleh katakan tiap2 thn g penang tp x laa betul2 bercuti. last yg betul2 bercuti thn 2012. x cover semua tempat tp seronok sbb drive sendiri kan... thn ni x smpi penang lg... x tau nk g bila ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak senang and puas hati kena drive sendiri. nak pegi ceruk mana pun boleh hehe.. lama tu tak enjoy Penang bebetul.. marilah tapi jangan lupa roger ya..

      Delete
  14. Baru tahu banyak juga tempat penang yang tak pergi lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ini yang CT dah sampai.. yang CT belum sampai tudiaaaa pun banyak lagi. tak terkejar rasanya nak pergi semua tempat..

      Delete
  15. hari tu tak sempat nak explore penang, street art pun tak pergi, bnyak tak hunting food, short vacay je 'PENANGGGGGG u tungguu'

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kena datang lagi tu.. banyak tak terjah lagi =)

      Delete
  16. Penang dah wishlist... InsyaAllah tahun ini sampai lah ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mari mari.. marilah jalan-jalan Penang =)

      Delete
  17. dah lama tak ke penang. memang syiok bila dapat jalan jalan cari makan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mari mari.. mari kita food hunting in Penang =)

      Delete
  18. yee betul, setuju sangat. nak travel tak perlu banyak duit pun. paling tak suka yg ajak travel tapi mngada nak naik flight la, nak duk hotel laa. transport darat ada, hotel murah ada tapi alasan penat laa, apa la. geram kita.

    ReplyDelete
  19. Patut dulu duk traveller home mat salleh ramai nak melancong ke Penang. So if i nak bercuti dekat Penang Better i pi Georgetown ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...