Saturday, 7 January 2017

TRIP SEMPORNA SABAH | DAY 1 - KUALA LUMPUR TO SEMPORNA

TRIP KE SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN SEMPORNA ISLAND HOPPING - DARI KUALA LUMPUR KE SEMPORNA


JALAN-JALAN SEMPORNA | DARI KUALA LUMPUR KE SEMPORNA. Perkongsian mengenai perjalanan ke tempat-tempat menarik di Tawau dan Semporna. Idea ke Semporna sebenarnya tidak pernah wujud dalam kepala. Aku suka melepak santai tepi pantai atau sekadar picnic. Bukanlah rajin sangat nak berendam dalam air masin. Entah.. Sepatutnya aku dan MamiZ terbang ke Turkey pada December lalu tapi tiada rezeki. Bayaran sudah separuh dibuat tapi terpaksa batalkan atas sebab-sebab tertentu. Insyallah ada kesempatan lain sampailah ke Turkey. Nak memujuk hati aku ajak MamiZ untuk bercuti dalam negara. Macam-macam lokasi dibincangkan. Plan asal adalah untuk ke Kota Kinabalu dan setelah berbincang akhirnya kami memilih untuk ke Semporna.

Buat research akhirnya terjumpa Page Semporna Trip di FB. Baca review dari orang lain yang pernah menggunakan khidmat Semporna Trip untuk membantu perjalanan mereka sepanjang di Semporna. Majoriti bagi feedback yang positif. Akhirnya aku hantar Whatsapp. Tanya dengan lebih lanjut. Perbincangan went smoothly arrangement tarikh flow penginapan dan harga per pax semua dah dipersetujui. Pakej asal adalah selama tiga hari dan dua malam. Tapi kami mengada. Kami mahu extra day. Korang cakap sajalah nak apa dengan Semporna Trip. Rasanya they can adjust supaya pelanggan puas hati. Sangat selesa communicate dengan pihak Semporna Trip. Jadi tunggu apa lagi.. Jom kita terbang ke Semporna.

Dari Kuala Lumpur ke Tawau.


Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang dua jam. No direct flight dari Semenanjung Malaysia ke Semporna. Kami ambil penerbangan pertama ke Tawau on that day seperti yang disarankan oleh pihak Semporna Trip. Airport terdekat adalah Lapangan Terbang Tawau. Jadi kena beli tiket ke Tawau dan naik teksi.. shuttle.. atau sewa kereta untuk ke Semporna. Since aku dah deal dengan pihak Semporna Trip, semuanya sudah diuruskan. Kita duduk dan rilex saja. Ada orang dah tunggu untuk bawa kami ke Semporna. 

Sampai di Lapangan Terbang Tawau aku terus maklumkan ketibaan kami. Berhubung dengan wakil yang akan menjemput kami. Sudah sampai rupanya. Bagus.. Pantas. Maaflah dik.. Kakak tak ingat nama awak. Sekali itu saja jumpanya terus lupa. Huhuhu.. Perjalanan dari Tawau ke Semporna mengambil masa lebih kurang satu jam. Permandangan sekeliling biasa saja. Typical permandangan hutan dan pokok-pokok kelapa sawit. Tak terasa pun perjalanan yang jauh sedar sudah sampai ke Jeti Awam Semporna. Tak sabarnyaaa..

Dragon Inn Floating Hotel


Jeti Perlancongan. Ini adalah jeti baru selain daripada Jeti Semporna.



Macam pasar mini menjual keperluan harian penduduk tempatan. Pakcik driver boat singgah sekejap untuk beli minyak.


Dalam perjalanan untuk ke tempat penginapan kami singgah sebentar di kedai-kedai atas air berdekatan Kampung Bangau-Bangau. Pakcik driver bot nak beli minyak. Kami ambil kesempatan menjenguk kawasan. Tapi kedai tinggi-tinggi kena memanjat terus terbantut hasrat aku nak meronda. Aku just kirim camera suruh adik sepupu ambil gambar. Kami beli bekalan air mineral. Maklumlah nanti beberapa hari akan berada atas air. Takut bekalan air minum tak cukup. HAHAHA.. Ini kenang balik aku memang nak gelak besar.

Pakcik driver bot cakap nak singgah ke Kampung Bangau-Bangau seketika. Nak balik rumah hantar lauk. Kami ikutkan saja. Dapat juga tengok macam mana masyarakat tempatan hidup. Jujurnya rasa macam aku berada di negara orang lain. Satu kawasan yang sosiobudaya sangat berlainan dari di Semenanjung. Kehidupan kita yang jauh lebih selesa berbanding disana.  They are fine with it.. Sebab lahir terus dalam komuniti seperti itu. Kejutan budaya untuk aku. But still.. There is a beauty in it. Tengok anak-anak Semporna melambai-lambat bila nampak bot lalu.. Senyum tak lekang.. Memanjat kayu-kayu tinggi dengan cekap memang terbit rasa kagum. Memang aktiviti harian agaknya memanjat sana sini. Rumah pun tinggi-tinggi jadi nak tak nak memang kena panjat. Hihihi.. Sambil bergerak Pakcik driver bot ceritakan sikit-sikit tentang keadaan penduduk setempat. Macam-macam kemudahan sudah kerajaan sediakan berbanding beberapa tahun yang lalu. 









Perjalanan diteruskan. Detour sikit saja tapi berbaloi. Rasa dekat dengan masyarakat setempat. Kami meninggalkan mainland Semporna dan laju ke tengah lautan. Air memang jernih tak terkata. Nampak clear sangat hingga ke dasar. Nampak landai tak dalam. Bahang terasa memang cuaca terik tapi Ya Allah tenangnya rasa bila ditampar angin. Tengok lautan luas rasa syahdu sayu semua ada. Terus rasa aku dah buat keputusan yang betul untuk ke Semporna. Hihihi..

Sesekali Pakcik driver bot akan berhenti dan bot bergerak perlahan. Tak ada ombak besar. Tenang saja air lautnya. Rupanya sebab banyak rumpai laut dan karang. Jadi bahaya kalau bawa laju. Bagus juga.. Kasi chance kami tengok ke dasar laut dengan lebih jelas.

Tapak sulaiman yang sangat banyak.. Merata sana sini ada.

Laut yang cetek.. Jernihnya..


LATO-LATO MUN RESORT SEMPORNA | TEMPAT PENGINAPAN PILIHAN


Banyak pilihan menarik kalau cerita soal penginapan di Semporna. Nak stay di mainland juga boleh. Ada banyak hotel. Even tepi Jeti Semporna pun ada deretan hotel-hotel tapi kami tak mahu tidur di mainland. Nak juga tidur di atas air. Kalau budget banyak boleh pilih hotel-hotel resort berbintang-bintang di Pulau Mabul atau Pulau Kapalai. Pihak Semporna Trip suggest untuk stay di Lato-Lato Mun Resort. Aku pun kelam kabut search apa yang patut. Ada juga beberapa rakan bloggers yang pernah share tentang Lato-Lato Mun Resort. Jadi dah dapat bayangan sikit tentang keadaan disana. Menarik. Jauh meninggalkan mainland Semporna. Dah tak nampak daratan langsung. Jauh lagi agaknya.. 

Around 40 minit akhirnya bayangan resort mula kelihatan. Pakcik driver bot cakap kami akan menginap di sana (sambil point rumah-rumah yang dibina betul-betul atas air). Aku terkedu. Kejap !! Bila aku search lawa kemain.. Ni kenapa ada tangki-tangki air and tak macam dalam gambar. Seram tapi at that time aku mampu ketawa saja. Tak tahulah kenapa.. Semakin menghampiri semakin jelas. Kami datang dari arah belakang rupanya. Patutlah nampak tangki-tangki air. Haaish !!

Lato-Lato Mun Resort.


Disambut mesra oleh Acik resort (maaflah.. lupa nama). Lunch sudah tersedia jadi kami disuruh makan dulu sementara Acik resort pergi check bilik. Katanya ada lagi beberapa orang pelancong perempuan tapi belum balik dari island hopping. Ada beberapa orang tourists dari China. Makan lunch bersama. Hidangan simple saja tapi okay.. Tekak boleh terima. Lepas makan terus masuk bilik. Bekalan air sentiasa ada. Itulah fungsi tangki-tangki yang aku nampak pada mulanya. Bekalan elektrik hanya ada selepas jam 7:00PM. Walaupun berada di tengah lautan.. Matahari mencanak panas tapi angin kuat bertiup. Balance.. Tak adalah rasa terbakar berpeluh-peluh.

Hari pertama di Semporna memang tak kemana-mana. Esoknya baru mula island hopping. Jadi boleh bermalas-malasan dulu. Nak explore pun tak boleh explore mana sangat. Terkepung dengan air. Menjelang petang kami decided untuk mandi-manda depan resort. Sementara air sedang cetek dan jernih memanggil dan menggoda. Acik resort kata lepas Maghrib air naik tinggi. Tangga untuk ke pelantar resort pun tenggelam. Huhuhu.. Selesai solat teruslah kami siap sedia. Tourists dari China pun join sekali tapi jauh ketengah sangat perginya. Aku depan resort sekadar celup kaki dahlah. Banyak landak laut dan tapak sulaiman. Ohooo.. Terpijak landak laut sakit tiada ampun.


Pulau Bohey Dulang dihadapan. Ini view dari atas katil. Gambar bilik ambil tapi tak senonoh untuk tatapan umum.


MamiZ pun turun sekali. Hati-hati takut terpijak yang tidak-tidak.



Tapak sulaiman bersepah-sepah. Saja ambil seketul dua. Buli sekejap.. Huhuhu..


Boleh cuba. Before that make sure bawah sana tak ada landak laut yaaa..




Senja disebalik Bohey Dulang. Cantiknyaaa..

Pulau Bum Bum. Permandangan dari belakang Lato-Lato Mun Resort.

Lama juga kami berendam. Eh aku berendam sekejap saja sebab aku annoyed dengan tapak sulaiman and landak laut yang banyak sangat. Adik sepupu aku yang kemain lama mandinya. Jauh ketengah pergi. Jenuh aku alih dengan Gopro stick each time nak lalu. Kalau air dalam sikit at least kaki aku terapung tidaklah kena makhluk-makhluk itu semua. Naik mandi dan salin baju. Elektrik dah ada. Siap atur camera nak charge. Kena make sure semua batery full untuk trip esok. Ehh.. Dapat kawan baru.. Dua kawan perempuan yang baru balik island hopping. Sembang while having dinner. Mesra. Anak kepada owner resort pun ada that night. Kecil lagi tapi siap nyanyikan kami lagu.. Meriah.

That night masing-masing hanyut melayan perasaan sendiri. Rindu yang amat pada DediS.. Tak terzahir tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. Rindu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

48 comments:

  1. cantiknya. teringin nak jejak semporna juga ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. sendiri pun tak sangka nak fall in love dengan Semporna =)

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe apa lagi Uncle ? boleh set dah trip ke sana hehe..

      Delete
    2. bestnya CT pergi Semporna. Akak sampai sekrang takut nak kesana, takut kena culik. huhuhu

      Delete
    3. memula takut juga.. tapi dari awal diyakinkan semua okay.. plus kawalan ketat kak.. sana sini ada security =)

      Delete
  3. Kedai-kedai atas air tuu.. macam seram ja nak lalu.. gayat makcik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah seram juga.. tinggi kemain. tak sanggop nak panjat =P

      Delete
  4. Replies
    1. tahap jernih tu kan.. malam suluh lampu handphone pun nampak dasar..

      Delete
  5. cantiknya....
    semua view menarik :))

    ReplyDelete
  6. cantiknya... air laut kaler hijau. kalau sayalah duduk kat semporna ni mmng tiap2 hari tak jemu nk terjun dalam laut tau. teringin gak nk pegang starfish tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak rasa macam tidaklah nak duduk sana.. hehehe panas diknon oooi.. sunburn hari hari kalo duduk sana.. i is kenot hehe..

      Delete
  7. cantik sangat gambar2 kat atas. Sukenyaaa tengok tapak sulaiman tu. Tak pernah lagi jumpa yang sehat2 macamtu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe akak plak first time pegang tapak sulaiman.. selama ni tengok kat tv or aquarium saja.. kitorang saja amek dan main-main..

      Delete
  8. ehem,ehem. lamanya xsinggah sni. :)

    cantiknyaaa. ingat anak ikan paus betul tadi. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun lama tak jenguk blog awak.. insyallah ada kelapangan akan singgah.. kalo anak paus yang betul.. tidakla kami berani turun berendam.. hatta celup kaki pun tidak akan hehehe..

      Delete
  9. umur2 macam sekarang ni, rasa the best part of travelling bila dapat tengok locals people hehe..takde dah macam zaman muda mudi dulu asyik mengejor tourist attractions aje. lawa sungguh view dari resort korang tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nampak dah tanda tanda umur gitu kat CT ni hahaha.. perasaan yang macam unik sangat rasa. tapi CT still nak kejar gak tourist attractions hahaha..

      Delete
  10. Menarik.. boleh difikirkan selain kundasang sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun hampir ke Kundasang.. tapi dah pergi thats why rasa nak pergi tempat lain walaupun sunburn teruk.. puas hati =D

      Delete
  11. wah boleh ambik star fish camtu je. tak dalam la ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ambil macam tu saja.. kalo terbalikkan nampaklah ada benda gerak2 kat tapak sulaiman tu.. air tengah tak pasang lagi ni.. bila pasang dalam jugak..

      Delete
  12. bestnya!!nanti share lah budget sekali!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT boleh share budget tapi kalo berminat elok juga tanya sendiri dengan Semporna Trip.. kami pergi bertiga saja jadi mahal..

      Delete
  13. Assalamualaikum lama tak singgah blog mek ct ni hihihihi sihat ke.. sory la lama tak jalan sini.. kemalasan n kesihatan kurang baik sikit hihihihi.. wahhh pergi semporna cantiknya permandangan kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuuuhu Kak Ekin.. samalah CT pun lama tak blogwalking.. skarang ni nak kejar habiskan entries saja dulu focusnya.. insyallah ada masa blogwalking pula.. jaga diri ya..

      Delete
  14. a.. bestnye awaaa ~~~~~ teringin btol kakak nak sapmai semporna.. tengok gambar2 pun dah excited.. em.. doakan kakak sampai sana plak eh.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang saja CT share gambar nak hasut ramai-ramai terjah Semporna.. kat Malaysia pun ada lubuk cantik nak bercuti.. insyallah. ada rezeki tak kemana tu =)

      Delete
  15. Subhanallah, indahnya pemandangan kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Zumal.. cantik sangat permandangan situ =D

      Delete
  16. cantik betul semporna.. mmg sempurna.

    ReplyDelete
  17. Subhanallah, sangat cantik.....

    Al-Fatihah buat arwah....

    ReplyDelete
  18. Banyaknyaaaa tapak sulaimannn eeerr cam terasa geli geleman tapak kaki hiii.. best lah view pon cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe banyak sangat sepah2 sana sini. main kuis je dengan stick. takut terpijak kang penyek hehe..

      Delete
  19. Bestnyaaaa!! air dia betul-betul jernih kan. boleh nampak segala apa dalam gambar. Bersih pulak tu. Tapak sulaiman tu lembut ke macam mana eh texture dia? hehe

    btw saya singgah dan follow blog ni ya. salam perkenalan.
    jemput ke blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. air dia betul2 jernih tak tipu hehe.. yup boleh nampak. bila tempat dalam nampak air jenih tapi gelap lah tak tahu apa kat bawah. seram juga. tapak sulaiman tu kulit dia kesat. berani nak sentuh atas saja bawah takut sebab ada benda gerak2 tu organ2 dia la kot hehe..

      insyallah ada masa CT singgah ya =)

      Delete
  20. bestnyaaaa...
    xpa ada hikmah xdpt p Turkey tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. tapi hati terkilan juga apakan daya..

      Delete
  21. tgk rumah2 ni tingat dokumentari 2-3 mggu lepas psl penduduk kat sini... mmm x igt laa pulak apa tajuk dokumentari tu... tp mmg seronok sbb sentias dihidangkan dgn view yg cantik mcm ct share ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung2 tu memang cantik tapi bayangkan diorang duduk macam mana. semoga ada usaha menaikkan taraf keselesaan diorang. view memang superb. air jernih saja ceruk mana pun.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...