Monday, 9 January 2017

TRIP SEMPORNA SABAH | DAY 2 - PULAU BOHEY DULANG PULAU MANTABUAN DAN PULAU SIBUAN

TRIP KE SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN SEMPORNA ISLAND HOPPING - PULAU BOHEY DULANG MANTABUAN DAN SIBUAN



Entri sebelumnya di SINI.

JALAN-JALAN SEMPORNA | PULAU BOHEY DULAND MANTABUAN DAN SIBUAN. Kami bertiga sangat teruja nak meneruskan journey di Semporna meneroka pulau-pulau cantik. Tidur nyenyak malam sebelumnya. Puas berendam mau tak hanyut. We woke up early the next day. Waktu Subuh awal. Last night ada buat janji dengan anak owner nak terjun laut lagi awal pagi tapi melihatkan ombak bergelora hari nak hujan seram pula jadinya. Tapi kanak-kanak kan.. Dia tuntut janji. Hahaha.. Mai ketuk pintu bilik ajak berendam. Baru pukul 06:30AM haaa.. Kakak tak rela. Sejuk kemain. Memang hari gelap tanda nak hujan lebat. Actually dah hujan pun. Itulah sebabnya air kemain berombak. Tapi hujan tak sampai ke resort. Lebatnya hujan sampai hilang bayangan Bohey Dulang. Terfikir nanti nak kesana macam mana kalau dah lebat sangat..

Terjun satu round dengan kanak-kanak yang ceria dipagi hari. Idiq join sekali. Kalau dia tak turun aku takut nak turun. At least jadi apa-apa aku percaya adik aku nak tolong. Hahaha.. Air memang dalam tinggi sampai tenggalam tangga nak naik ke resort. Seram juga hati kakak ni.. Berenang sekejap patah balik ke tangga. Takut sebab ombak kuat. Pening kepala kena tampar dengan ombak. Kanak-kanak berdua macam tak rasa apa. Tahulah locals.. Almost 07:00AM aku dah surrender. Marilah naik adik-adik sekalian. Nak muntah sudah rasanya duduk dalam air. Hujan mula menghampiri kami. Sambil lepak depan bilik redha saja disimbah hujan. Rasa macam nak tidur balik tapi rugilah. Pergi mandi siap-siap salin baju. Breakfast dan duduk lepak santai sambil tunggu bot datang ambil kami.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU BOHEY DULANG


Hari pertama island hopping sekitar Semporna kami akan cover tiga pulau. The first one adalah Pulau Bohey Dulang. Dari jauh memang akan sentiasa nampak Pulau Bohey Dulang. Bertentang dengan resort kami Pulau Bohey Dulang tersergam indah. Nampak dekat. Tapi almost 45 minit juga nak sampai naik bot. Paling tinggi dan besar sangat. Tak ada petempatan. Tak sesuai untuk didiami agaknya. Aku rasa memang Pulau Bohey Dulang jadi rujukan pakcik-pakcik Bajau Laut dan nelayan-nelayan disini. Senang nak dijadikan panduan dengan syarat tahu kedudukan sebenar pulau-pulau di Semporna. Hujan dah lama berhenti. Full house bot that day. Darwis (our tour guide) pun ada. Semua urusan ke Semporna aku bincang dengan Darwis.

Pulau Bohey Dulang.




Sebenarnya ada berita sedih untuk semua yang ke Pulau Bohey Dulang that day. Sedih buat yang lain-lain tapi aku biasa saja. Disebabkan hari hujan.. Kami tak dibenarkan memanjat ke puncak untuk tengok view dari atas. Itulah benda paling utama nak dibuat kalau ke Pulau Bohey Dulang. Boleh juga nak snorkeling tapi lebih kepada aktiviti lasak memanjat bukit. Untuk yang suka memang akan terkilan tak dapat memanjat. Aku tak terkilan sebab aku tak minat. Hahaha..

Pujuk juga rangers untuk kasi kami naik sebab hujan dah lama berhenti. Tak makan pujuk rayu. Memang sekarang kalau hari hujan automatic tak akan dibenarkan langsung untuk naik ke puncak Bohey Dulang. Nak elak daripada perkara-perkara tak diingini berlaku. Dengan lebatnya hujan pagi tadi pulau pun tak nampak memang kelam harapan nak memanjat. 

Kita ambil gambar sajalah. Janji dah sampai..

Boleh naik sampai sini saja. Ada palang besar halang jalan untuk keatas.

Wajib yaaa.. Tak ada kasut tak boleh panjat.






JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU MANTABUAN


Kita positif. Waktu di Pulau Bohey Dulang jadi sekejap tapi kita panjangkan tempoh berada di pulau-pulau lain. Next island adalah ke Pulau Mantabuan. First time aku dengar nama pulau ni. Antara pulau-pulau menarik yang ada di Semporna. Jauh juga perjalanan tapi dengan view menarik sepanjang perjalanan tak terasa lama. Air laut yang jernih dan bersih sampai ke dasar kita boleh nampak. Di Pulau Mantabuan kami teruskan snorkeling.. swimming dan sun bathing. Hahaha.. Salai diri masing-masing bawah matahari. Antara perkara yang aku suka tentang Pulau Mantabuan adalah ada kawasan air lautnya yang tidak berbatu karang dan pasir di lantai laut yang lembut. Kaki pun tak sakit asyik terpijak batu. Walaupun niat utama snorkeling adalah nak tengok creatures under the sea but sometimes aku nak berenang dengan bebas. Pokok-pokok yang tinggi dan meneduhkan kawasan juga banyak. We had our lunch di Pulau Mantabuan. Lunch dah siap dibawa dari mainland. 

Menghampiri Pulau Mantabuan.

Tengoklah warna air dan warna langit. Cantiknya..

Crystal clear. 




Idiq told me batu-batu corals di tengah sangat cantik. Gigih ajak aku suruh tengok juga. Katanya nanti rugi and sia-sia hangus tapi tak tengok. Fine.. Aku pun ikutlah and YES !! Subhanallah memang cantik. Can you imagine macam mana cantiknya corals kat laut dalam sana kalau kat tepian-tepian pun dah cantik sangat ? Sendiri jadi excited and lupa diri bila dah tengok corals cantik-cantik. Dari acah-acah nak tengok sikit saja terus jauh ketengah kami pergi. Sakan ambil gambar sebab setiap sudut aku rasa cantik. Tapi the fish tak adalah friendly sangat. Because I did not have food with me kot jadi semua pakat lari. Watch your feet mana nak landing. Salah landing takut terpijak landak laut. Ooouch merana nanti. Jangan pula pegi landing atas corals. Don't bully them.


Hati-hati.. Dalam excited kena aware juga dengan landak-landak laut.

Happy fish swimming here and there.





Beautiful corals garden.


One with the so called signage before we left for another island. Huhuhu..


JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU SIBUAN


Pulau terakhir yang kami terjah that day adalah Pulau Sibuan. Take note people !! This is my favourite island diantara semua pulau-pulau yang aku pergi di Semporna. This island is beautiful but it is not the most beautiful one. Banding dengan Pulau Mantabuan memang cantik lagi Pulau Mantabuan. Beautiful sea.. corals.. The chance that I got to swim with the fish memang tak akan dapat dilupakan. I challenged myself too. Walaupun aku tahu berenang tapi aku penakut. But here in Pulau Sibuan.. Aku pergi jauh ketengah where lantai laut tak dapat jejak and bagi ikan makan. Oooh !! Seronoknya !! Pulau Sibuan juga antara pulau-pulau di Semporna yang ada barisan corals garden yang cantik. Aku memang recommend untuk all of you masukkan Pulau Sibuan dalam list if you wish to visit Semporna. 

Park bot dulu. Nampak tak air laut yang gelap tu.. Itu semua corals !!!

It was so hot. Memang bahang and terik sangat. Tak tahu nak berteduh kat mana.


With the signage jangan lupa ya..

Two sides. You choose belah mana nak swim. 










Look at all these beautiful creatures. Cantik and besar-besar semuanya. Geram !!

Pulau-pulau di Semporna dikawal ketat oleh securities. Memang every corner ada polis ada tentera. Memang macam-macam cerita menakutkan kita dengar tentang Semporna. Masuk news benda yang tidak-tidak saja. Memang runsing juga. I had same issues dalam kepala before pergi. Wondering juga betul ke nak ke Semporna. Tapi Darwis dah yakinkan yang semua baik-baik saja. Sambil sendiri pun berdoa semuanya selamat. Ikutlah cakap tour guide dan polis. Jangan nak memandai tak tentu hala sangat. They are there to protect us. Kalau polis tak kasi lalu jangan lalu. Jangan gatal pergi tempat-tempat sunyi yang diluar pengawasan. We help them to help us. Begitu saja..


Hari beransur petang kami pun meninggalkan Pulau Sibuan dengan berat hati. Tapi berat lagi mataku yang nak terlelap kepenatan. Nampak bantal dengan tilam saja. Balik ke Lato Lato Mun Resort ingatkan nak terus mandi dan solat.. Rupanya sangkut satu round berendam depan resort. Hahaha.. MamiZ dan Idiq kalut hancurkan nasi nak kasi ikan bawah resort makan. Aku dah surrender. Tak ada energy nak sambung berendam.


Percubaan untuk mengumpan anak-anak ikan.

Pandai ikan-ikan tak termakan umpan. Hehehe.. Selesai semua kami bersihkan diri solat dan terlelap juga akhirnya. Sedar bila dah Maghrib itupun sebab ada orang ketuk pintu panggil makan. Kalau tak ketuk memang tak bangun. Simple dinner but yet so scrumptious. Memang dah lapar teruk jadi makan apa pun sedap.  

It was a tiring day tapi sangat seronok. Layan perasaan sambil tengok sunset.
Jumpa lagi..

Sunset mengadap Pulau Bum Bum. Subhanallah..
---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

27 comments:

  1. Salam siti. Apa khabar? Lma saya x singgah.. akibat beban kerja yg berlmbak2, x sempat nk blogwalking. Skali stg dh cntik blog ni... ade renovation.... pulau2 di sabah mmg cntik kn.. saya pon suka snorkelling. Diving x pnh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat alhamdulillah. macam inilah seharian hehe.. samalah CT pun lama tak blogwalking. memang tak terkejar. nak jenguk blog sendiri pun kadang-kadang tak menyempat. diving pun CT tak berani lagi hehe..

      Delete
  2. Berbaloi guna pakej, semua siap diuruskan... Wah tera berenang CT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. senang dari airport siap dijemput dah. terer tu tidaklah PLM.. sekarang nak terapung tu bolehla hehe..

      Delete
  3. masa pegi perhentian dulu, kalau nk jumpa corals yg lawa2 cmni mesti kt bahagian air yg dalam sikit
    tpi kalau pegi pulau2 kt sabah ni kat bahagian air cetek pun dh boleh nampak corals tuu T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah betul tu.. yang cetek pun corals dah cantik. tapi banyak juga corals yang dah mati. sayangnyaa.. rosak macam tu saja. kalo yang lagi cantik memang kena diving ke tengah..

      Delete
  4. Kat sabah memang bandar tempat cantik2.. Rugi kalau pergi sehari dua je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe betul kak.. cantik. tapi kalau kat Semporna lama lama memang rentunglah kita hehe..

      Delete
  5. berbaloi beli GoPro tu..haha. Cantik semua gambar coral underwater. Thumbs up!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula walaupun Gopro second hand hehe.. banyak berbakti. tapi yang underwater tu bukan Gopro. hehe kite beli camera baru =P

      Delete
  6. I is jeles..berangannya nak gi Semporna dari dulu..tapi tak kesampaian. Huhu. Bab keselamatan tu doa sajalah. Apa pun, stay with group dan janganbuat2 berani

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomla kita pergi lagi hehe.. CT pun rasa tak puas sebab ada benda tak buat lagi kat sana. betul.. bab keselamatan tu jangan berani sangat. ekot cakap orang yang lebih berpengalaman..

      Delete
  7. Subhanallah cantiknya CT...
    seronoknya dpt p

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. hehe jom jom kita pi ramai ramai =)

      Delete
  8. Cantiknya. Gambar pun cantikkk. Haritu tak pi pusing pulau2 ni pun. Just kat area mabul je. Maybe next timee..

    Entry kita pi Sabah tak tau la bila nak habisss niiii.
    Mohon ada kekuatan tgk Siti update. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT kat Mabul sekejap saja. tak mandi sangat pun. entahla hehe maybe salah spot kot kami pergi tu. kamoon kamoon !! marilah sama sama kita rajinkan diri =)

      Delete
  9. Seronok tengok gambar-gambar cantik kat atas. Ohsemm

    ReplyDelete
  10. syoknya tengok laut dan hidupannya.. subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zaf.. memula takut sebab dalam. tapi bila dah sampai tu lupa terus takut jadi lupa diri hehe..

      Delete
  11. cantik2 belaka gambar... best nyerrrr... bla laa nk repeat sabah ni... mmmm cuti dah semakin kurus hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sabar dulu sayang cuti yang semakin kurus itu.. plan baik2.. hehe.. penting tu cuti =D

      Delete
  12. Wahhh cantiknye... suka tengok coral dalam laut tu.... jatuh cinta sudah... InsyaAllah nak pergi jugak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh mari mari.. CT pun masih tak boleh move on. masing terbayang-bayang teringat-ingat.. hehe..

      Delete
  13. Langit dan lautnya cantik sgt. bila nak sampai sana ni...uhuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...