SITI.YANG.MENAIP

Entri sebelumnya di SINI.
29 Mei 2016 [Ahad]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | PERTH - E SHED MARKETS + FREMANTLE MARKET + COTTESLOE BEACH. Hari pertama di Western Australia kami hanya berjalan-jalan santai-santai sekitar Perth. In fact, sepanjang trip memang dalam suasana yang santai no rush. Kita dah sediakan itinerary sebagai rujukan tapi kena ada flexibility tak boleh rigid sangat. Cantiknya cuasa dengan langit biru terbentang luas. Sunscreen sangat penting sebab cahaya matahari di Australia usually direct dan eloklah kita berjaga-jaga. Takut nanti sunburn pula. Pakai light jacket dah cukup. Dengan suhu sejuk dan nyaman kita disarankan untuk always apply lotion atau moisturizer untuk elak kulit jadi kering dan gatal. Destinasi pertama selepas dah selesai urusan kereta adalah ke E Shed Markets yang terletak di Fremantle.

SHOPPING SOUVENIRS DENGAN HARGA MURAH DI E SHED MARKETS

Terus shopping souvenirs tak beragak dah. Selalunya orang-orang lain shopping dekat nak balik tapi kami terlebih excited awal-awal lagi dah laburkan duit shopping souvenirs. E Shed Markets adalah tempat tumpuan pelancong-pelancong untuk beli souvenirs dengan harga yang lebih murah berbanding di kawasan lain. Murah tak murah sangat juga. Harga boleh tahan dengan tukaran currency kita yang tak stabil. E Shed Markets adalah satu bangunan macam gudang yang ada banyak kedai-kedai menjual pelbagai benda. Nak makan pun ada options yang pelbagai dan pilihan makanan halal pun ada. We had our breakfast cum lunch makan kebab Arab. Dapat lepas rindu pada kebab sedap yang aku makan di Melbourne. Averange harga satu hidangan adalah 10AUD (RM31.70 approx) - 15AUD (RM47.55 approx). Mahal tapi nak buat macam mana dah berada di tempat orang. Majoriti peniaga memang menjual souvenirs dan pilihan yang banyak buat kita jadi rambang mata nak memilih. Antara kedai-kedai yang menjadi pilihan pengunjung adalah Aussin dan Megabes Products kerana menjual souvenirs dengan harga yang murah. Bersebelahan saja kedai-kedainya jadi senang nak buat comparison harga. Kedai sempit penuh dengan barang dan orang pula memang ramai jadi agak sesak. Nikmat nak shopping tak berapa nak ada sebab kena berhimpit-himpit.

Harga souvenirs pula ada serendah 1.00AUD (RM3.17 approx). Tshirt ada dua jenis. Made in China atau Made in Australia. Harga obviously tak sama. Made in China lebih murah around 3.99AUD (RM12.65 approx) or more. Made in Australia pula berhaga 8.99AUD (RM24.50 approx) or more. Ada designs yang sama tapi dari sudut kualiti dan kemas menang Made in Australia. E Shed Markets hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja bermula pukul 09:00AM sehingga 05:00PM. Inilah sebabnya aku plan hari pertama terus ke E Shed Markets memandangkan kami sampai ke Perth pada hari Ahad. Takut tak sempat nak singgah sebelum balik. Jadi rancanglah perjalanan baik-baik.

Parking berbayar. Estimate berapa lama kita nak spend masa di E Shed Markets dan masukkan plat kenderaan. Boleh bayar pakai card credit juga. Print receipt letakkan di cermin kereta.

Kawasan parking yang luas.





Kawasan untuk makan yang selesa.




Kalau nak ke Rottness Island boleh terus ke B Shed yang bertentangn saja dengan E Shed Markets untuk naik feri Rottness Express. Dalam booklet Hello Perth yang dikutip di Perth Airport ada discount harga tiket feri. Tak pasti harga tiket ke Rottness Island dan jadual pergerakan feri macam mana. Masa plan itinerary rasa macam tak nak pergi tapi bila dah balik menyesal pula. Tak apalah ada rezeki kita pergi lagi. Dalam nak berjimat aku hanyut sekali borong macam-macam. Banyak beli tshirts Made In Australia walaupun sedikit mahal dan bags yang comel-comel. Belajar dari kesilapan lepas, this time dari awal aku dah senaraikan apa souvenirs yang nak dibeli dan untuk siapa supaya tak berlaku pembaziran. Jimat masa juga sebab tak perlulah dah sampai kedai baru terkial-kial nak ingat senarai nama. Kalau nak ke Sempat bersembang dengan seorang student Malaysia yang kerja part time di Megabes Products tanya dimana sesuai nak perform solat. Dia selalu bentang sejadah tepi kedai dan selamba solat. Kental jiwa. Lorong yang dimaksudkan memang agak tersorok dan sunyi. Kami bersetuju untuk solat disitu pergi ambil wuduk dan dengan selamba juga menunaikan solat. Ada juga orang lalu lalang tapi tak ramai dan they did not bother pun. Mungkin juga mereka dah biasa tengok orang solat di merata tempat.

BELI SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN DAN LENCANA / PATCHES DI FREMANTLE MARKET

Niat utama ke Fremantle Market adalah semata-mata untuk beli patches atau lencana. Dah alang-alang nak pergi kita terus sajalah meronda sekeliling kawasan. Kalau nak masak boleh beli seafood, sayur-sayuran dan buah-buahan segar disini. Parking agak susah nak jumpa mungkin sebab weekends jadi orang sangat ramai. Semua parking kena bayar sama konsep seperti parking di E Shed Markets. Estimate waktu dan nilai bayaran akan keluar. Print receipt dan pamerkan di dashboard. Fremantle Market pun hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 08:00AM sehingga 06:00PM. Macam-macam benda ada disini. Street food pun banyak menggoda semuanya tapi tak boleh makan. Ada beberapa options kedai-kedai yang menjual makanan-makanan halal sekitar Fremantle yang boleh dicuba. Antaranya adalah Charcoal Chicken dan Istanbul Restaurant. Korang pun boleh pergi makan fish and chips di Kaili's atau Cicerello's yang famous. Kami dah makan di E Shed Markets jadi masih kenyang.







Nak kongsikan lokasi sebenar kedai patches atau lencana aku tak ingat sebab memang sakan kami meronda sekeliling Fremantle Market. Tapi taklah susah juga nak jumpa. Memang banyak sangat pilihan yang unik dan cantik. Design memang lain dari yang lain dan rasanya tak jumpa di kedai-kedai souvenirs yang lain. Dulu pergi Melbourne langsung tak jumpa sebiji pun patches atau lencana dan akhirnya beli di Fremantle Market untuk. Kalau korang memang pengumpul patches atau lencana memang wajib datang ke kedai ni di Fremantle Market. Aku suka kumpul patches dan lencana tapi tak jahit atau tampal dimana-mana pun. Simpan saja buat koleksi.

COTTESLOE BEACH DAN SCARBOROUGH OBSERVATION RESORT

Dah dua markets diterjah memang terasa penat. Terus saja kami menghala ke Scarborough untuk check in dan berehat. Musim sejuk siang sangat limited. Dalam perjalanan sempat singgah sekejap di Cottesloe Beach yang dekat sangat dengan Fremantle. Biasa-biasa saja pantainya tak ada orang mandi pun. Kalau tak mahu singgah pun tak apa. Kerusi pun ada beberapa saja yang disediakan. Bukan kawasan yang menarik untuk melepak selain cuci mata tengok sceneries. Atau kami yang salah lokasi tak tahulah. Ada beberapa orang yang bersiar-siar bawa anjing. Rumah-rumah di kawasan ni sangat cantik. Untung ada rumah besar mengadap laut. Tenang jiwa hari-hari tengok permandangan. Angin agak kuat dan nyamannya.






 





Check-in untuk dua malam di Scarborough Observation Resort di Scarborough. Kenapa pilih nak tidur di Scarborough pun tak tahulah. It happened to be that way. Tak adalah reason sangat pun. Kalau ada pun mungkin sebab Scarborough terletak di tengah-tengah antara laluan yang bakal kami tempuh hari berikutnya. Ambil kunci di kaunter Sunmoon Hotel boleh terus masuk ke apartment. Receptionist adalah orang Malaysia yang dah lama berhijrah ke Perth. Senang komunikasi jadinya. Tak ada gambar apartment tak teringat pula nak ambil. Aku rasa memang sepanjang trip aku tak ambil gambar lodging. Malas dan time check-in camera entah kemana hala. Kalau nak tengok gambar boleh tekan SINI. Ada dua bilik dan satu toilet dan dapur lengkap dengan pekakas. Selesa sangat-sangat dan harga pun murah. Dua malam untuk empat orang hanya 190.40AUD (RM603.57 approx). Parking area depan resort saja dan dekat dengan Coles dan petrol station.

Kami decided untuk dinner di Nandos Scarborough. Portion boleh tahan besar dan mengenyangkan. Kalau small appetite silalah beragak bila buat order takut membazir. Boleh pergi ke kedai makan halal yang lain tapi jauh sikit. Kami dah penat nak jalan jauh nak yang cepat. Jalan kaki saja dari Scarborough Observation Resort. Harus pulang berehat untuk menempuh perjalanan hari esok yang panjang. The world is big and I want to have to have a good look at it.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Kali kedua dapat kembali ke bumi Australia. I am totally in love dengan Australia dan tak tahu nak express macam mana. For me Australia is such a lovely country. This time akan aku kongsikan kisah perjalanan kami ke Perth dan beberapa lagi bandar-bandar utama di Western Australia. Sejak Malindo Air buka route ke Perth memang aku selalu check harga tiket. Plan disambut baik oleh ahli-ahli jemaah yang telah dikumpulkan MamiZ, CAzizan dan CHakim. Western Australia adalah negeri terbesar di Australia dan tujuh hari memang tak cukup untuk ke semua tempat-tempat menarik di Western Australia. Trip kali ni adalah pencapaian aku yang agak memuaskan sebab semua perancangan buat sendiri. Semua serah kepercayaan untuk aku uruskan. Mula mengatur itinerary sejak beli tiket pada bulan Mac 2016. Ada dua bulan saja nak atur semuanya memang cuak. Sikit-sikit aku buat dan pastikan semuanya berjalan lancar. Teruja sangat dan tak sabar nak pergi sebab first time nak buat road trip di negara orang. Bukan mudah seriously banyak cabaran tapi banyak juga benda baru dan positif yang aku belajar. 

Belum sampai rezeki CAzizan ke Perth ikut kami bersama kerana mengalami kecederaan kaki ketika bersukan. Doctor suruh duduk dirumah berehat jangan dipaksa sangat. Tinggal bertiga macam tak seronok pula kurang ahli. Akhirnya aku dan MamiZ bersepakat untuk ajak Hasif (cousin) ikut ke Perth. Sekurang-kurangnya CHakim ada geng boleh berkawan. Sangat drastic keputusan yang dibuat tiket Hasif pun dibeli tiga hari sebelum bertolak. Hasif ada visa sebab dia baru balik dari Perth. Saja ajak pergi lagi. Drama belum selesai bila dua hari sebelum depart pihak Malindo Air hantar SMS kasih sayang. Waktu penerbangan bertukar dan diawalkan seawal 6:45PM. Sepatutnya penerbangan kami tengah malam supaya sampai ngam waktu pagi boleh terus berjalan. Kalau depart petang confirm malam sampai sana. Plan semua dah atur kereta pun dah deal memang tak larat sangat nak ubah. Serabut sungguh kepala mujur semua orang pun supportive. Masing-masing setuju untuk stay saja di Perth Airport sehingga siang. Disebabkan Malindo Air dah bertukar terminal berlepas ke KLIA jadi semua waktu penerbangan pun disusun semula. Alhamdulillah dalam kepayahan hadir juga kesenangan.

CADANGAN LALUAN ROAD TRIP DI PERTH DAN BANDAR-BANDAR SEKITAR WESTERN AUSTRALIA

Banyak blog kawan-kawan bloggers yang aku jadikan rujukan untuk plan laluan terbaik untuk road trip kami di Western Australia. Terima kasih sudi kongsi pengalaman cerita masing-masing. Mana yang boleh dipraktikkan aku guna pakai. Aku consider minat dan keinginan semua orang untuk tentukan kemana kami akan pergi. Kalau tak mahu road trip pun tak apa. Sekitar bandar Perth pun ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh pergi. Sistem public transportation yang sistematik membuatkan pergerakan di dalam bandar menjadi senang. Tapi aku tak dapat nak kongsikan pengalaman naik public transport sebab tak naik langsung. Baca dari cerita mereka yang dah sampai ke Perth saja. Banyak juga tour packages yang ditawarkan untuk ke tempat-tempat luar bandar Perth jadi tak ada halangan untuk enjoy Western Australia to the max. 


Perth - Lancelin - Cervantes - Perth - Busselton - Albany - Katanning - Perth

Basically ini adalah laluan kasar bandar-bandar utama yang dah kami pilih sepanjang berada di Western Australia. Habis tapis sudah route mana yang sesuai dan inilah hasilnya. Kalau punya masa lebih lama memang makin jauh langkah aku rasa. Mungkin boleh sampai hingga ke Esperance mencari natural Lake Hillier atau lebih dikenali dengan nama glamour Pink Lake yang sangat besar. Memang besar sungguh Western Australia apatah lagi keseluruhan negara. Insyallah kalau ada kesempatan untuk pergi lagi aku nak terjah tempat-tempat lain pula. Disetiap bandar ada tempat-tempat menarik yang diterjah dan setiap tempat ada ragam ada pengalaman. Yang manis kita kenang yang mana pahit kita paksa diri telan melupakan.

28 Mei 2016 [Sabtu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | PERTH - PERTH AIRPORT + BAYSWATER CAR RENTAL GUILDFORD ROAD. Berjanji dengan CHakim untuk terus berjumpa di KLIA pada pukul 4:00PM memandangkan waktu penerbangan yang telah bertukar. Selesai urusan check in luggage dan sebagainya kami terus ke Departure Hall. Bagus juga Malindo Air dah berpindah ke terminal KLIA dapat naik aerotrain. Lama sangat tak naik jadi semakin excited. Seronok naik Malindo Air tempat duduk lapang dan selesa. Sesuai jugalah dengan harga yang ditawarkan.





Bye Kuala Lumpur. Jumpa lagi.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth Airport mengambil masa kira-kira lima jam setengah. Western Australia adalah negeri Australia yang paling dekat dengan Malaysia. Kalau korang nak ke Australia tapi malas duduk dalam flight lama-lama, Western Australia adalah pilihan yang tepat sekali. Masa kami kesana tengah musim sejuk tapi tak ada snow pun. Susah nak jumpa snow di Australia hanya di tempat-tempat tertentu saja. Musim sejuk di Perth dan sekitar Western Australia taklah sehingga kita kena pakai baju berlapis-lapis teruk sangat. Just nice suhunya but never underestimate the weather.

29 Mei 2016 [Ahad]

HELLO PERTH DAN SEWA KERETA DI PERTH DARI SYARIKAT BAYSWATER

Semalaman tunggu dan tidur di Perth Airport. Aku tak peduli aku tidur juga sebab memang dah mengantuk sangat. Ramai rupanya yang sama-sama bergelandangan dan majoriti adalah orang-orang Malaysia. Mesti naik Malindo Air juga yang secara mengejut tukar waktu penerbangan. Tak apalah pengalaman. Mudahnya berada di Perth Airport sebab prayer room pun disediakan untuk solat cuma bercampur lelaki dan perempuan. Gilir-gilir ambil turn untuk solat. Bersihkan diri salin baju dan bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan di Western Australia. Kalau nak buat road trip kenalah ada kenderaan yang bawa kita pusing-pusing. I have to thank PLM yang banyak ajar macam mana nak sewa kereta dari Bayswater dan melayan pertanyaan aku yang macam-macam. Memang aku tak pernah sewa kereta di negara orang. Siap buat tutorial bergambar lagi.

Ada banyak pilihan kereta-kereta sewa dari company seperti Hertz, Avis, Europcar dan Thrifty yang boleh terus ambil di Perth Airport tapi aku memilih untuk sewa dari Bayswater. Sebab utama adalah harga yang jauh lebih murah dan berpatutan untuk empat orang. Bayswater tak ada kaunter serahan di Perth Airport, antara drawback yang menyusahkan pengguna. Off course they will come up dengan solution. Ada satu office Bayswater yang berdekatan dengan Perth Airport iaitu di Guildford Road. Kalau nak sewa kereta dengan Bayswater terus dari Perth Airport boleh ambil perkhidmatan Airport Transfer yang disediakan dari Perth Airport ke office Bayswater Guildford Road. Tambang seorang hanya 10AUD (RM31.70 approx) return. Total semua masih lagi murah berbanding sewa kereta dengan companies lain. Terpulang pada selera dan budget masing-masing. Beli simcard terus saja call Bayswater Guildford Road untuk inform yang kami dah sampai di Perth Airport.

Turun dari flight ada banyak buku-buku comel. Jangan lupa ambil Hello Perth sebab ada banyak discounts menarik yang mungkin kena dengan jiwa.



Urusan sewa kereta juga mudah sebab dari awal dah diuruskan dari Malaysia. Janji ada credit card semua urusan jadi mudah. Kelam kabut juga sebab aku tak ada credit card. Pinjam card MamiZ settle semua. Kami sewa Corolla Hatch yang sesuai untuk empat orang penumpang. Hanya pergi dan sign beberapa perkara terus boleh ambil kereta. Setiap driver yang akan pandu kereta kena daftar diri masing-masing dan additional cost akan dikenakan. Kami akan menempuh perjalanan yang jauh, jadi driver tambahan amatlah diperlukan. Jangan tipu daftar seorang saja tapi yang memandu ramai. Hanya MamiZ dan CHakim yang daftar sebagai driver. Berminat untuk sewa kereta dari Bayswater boleh tekan SINI. Excited sebabfirst time travel dengan MamiZ ke luar negara. Yang lain-lain pun my new travel partners. Let's go guys. We can do it.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP KE TAWAU DAN SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN TAWAU - MEE TAUHU SEDAP, BORONG UDANG SEGAR SAGO MANGGA DAN PISANG GORENG CHEESE TERKENAL INDO CAFE. Sebelum pulang ke Semenanjung Malaysia seronok juga kalau dapat spend masa bersiar-siar sekitar bandar Tawau dan jenguk apa yang menarik disana memandangkan sengaja beli tiket balik pada waktu petang. Sempat juga research sikit beberapa aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan dan beberapa cadangan tempat makan yang best sekitar Tawau yang boleh kami cuba. Kita dah ke Restoran Sri Titingan semalam jadi hari ni kita terjah tempat lain. Kalau ikut plan asal memang nak naik teksi saja meronda sebab tak ada transport khas atau sewa di Tawau. Kami beruntung sebab Epi (kawan masa di universiti) sendiri contact aku hari kami sampai di Semporna dan bagitau yang dia berada di Tawau. Epi sudi nak bawa kami meronda memandangkan dia pun free tak ada urusan lain. Seronoklah aku dapat jumpa kawan yang dah lima tahun tak jumpa. Aku lupa sungguh aku ada kawan-kawan yang tinggal di Sabah Sarawak dan tak pula aku ingat nak contact dulu. Kemas barang-barang dan terus bawa turun ke lobby untuk check out. Kami tunggu Epi datang ambil di Heritage Hotel Tawau.

KEDAI KOPI TAWAU MEE TAUHU / RESTORAN AMAT MEE TAUHU DAN NASI KUNING YANG TERKENAL DAN SEDAP DI TAWAU

Trend masyarakat Tawau untuk makan mee tauhu atau nasi kuning as breakfast. Aku dah bagitau Epi siap-siap aku nak rasa mee tauhu jadi Epi terus bawa kami ke Kedai Kopi Tawau / Amat Mee Tauhu yang terkenal di Tawau. Ada juga kedai-kedai lain yang menjual mee tauhu tapi katanya disini paling sedap. Tak tahu pun macam mana rupa hidangan mee tauhu tapi ramai suggested untuk cuba. Jujurnya aku ingatkan tauhu akan digoreng bersama mee tapi tak sama sekali. Bila hidangan sampai macam terpinga-pinga. Kenapa rupa macam mee goreng bodo-bodo (mee goreng kosong tak ada apa-apa isi) saja dan sebiji rupa sepinggan penuh maggi goreng. Rupa saja macam mee maggi tapi bukan. Mee kering yang dah direbus memang kerinting. Harga pun sangatlah murah. Sepinggan mee tauhu hanyalah RM1.50. Datang bersama semangkuk sup warna hitam (sup taucu) dan dua ketul tauhu with additional cost. Tauhu pula sebiji yang basah dan sebiji yang kering. Sedap yang basah dari yang kering. 

Epi cakap memang kegilaan orang Tawau untuk sarapan pagi dengan mee tauhu atau nasi kuning. Kalau tak nak makan di kedai masak sendiri. Selain hidangan mee tauhu, ada juga nasi kuning yang dihidangkan bersama lauk sama ada ayam atau ikan. Macam nasi lemak di Semenanjung Malaysia gayanya. Dekat area rumah aku ada satu kedai nasi kuning yang famous jadi aku tak rasa nak mencuba. Makanan dah sampai marilah kita makan.

Setiap set datang bersama sup tauhu dan sambal cili.



Aku berjaya habiskan sepinggan mee tauhu dengan jayanya. Kalau korang jenis small appetite memang kena kongsi sebab sepinggan memang banyak sangat. Mengah perut nak habiskan. Boleh tahan sedap jugalah walaupun nampak sangat biasa-biasa. Macam makan mee kicap tapi ada rasa unik yang tersendiri. Kena rasa sendiri baru faham tak reti nak describe. Aku tak makan tauhu sekali dengan mee sebab rasa cannot go pula ada kuah bagai. Sup tauhu aku makan asing. Not bad actually dan boleh recommend untuk korang pula cuba. Lulus untuk masuk dalam senarai tempat makan best di Tawau yang layak diterjah. 

PASAR IKAN DAN PASAR TANJUNG TAWAU

Dah namanya datang Sabah memang wajib borong seafood bawa balik ke Semenanjung Malaysia. Epi bawa kami ke Pasar Ikan Tawau untuk jenguk-jenguk hasil tangkapan laut yang segar baru naik. Kami memang berhasrat untuk bawa pulang udang-udang yang besar. Survey harga memang jauh lebih murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Puas hati sungguh orang-orang Tawau dapat makan makanan-makanan laut yang murah dan fresh. Udang besar hanya RM20.00-RM35.00 sekilo. Mana nak dapat harga kasih sayang macam tu kat tempat kita. MamiZ dah mula tak senang duduk berkira-kira berapa kilo nak bawa balik. Siap tanya lagi berat luggage ada space lagi atau tak. Ada jangan risau boronglah asalkan happy. Lagipun bukan boleh check in sekali barang-barang basah. Pening udang-udang nanti kena campak sana sini. Hand carry saja. Semua perkhidmatan sebanyak RM30.00 turut disediakan termasuk kotak ais dan akan dibalut rapi. Selesai urusan beli udang-udang kita tinggalkan di pasar untuk disimpan sebelum pulang boleh datang ambil sebab perjalanan pulang waktu petang. Kalau balut awal-awal nanti ais cair cepat.



Bertentang dengan Pasar Ikan Tawau ada satu bangunan yang tinggi dan besar iaitu Pasar Tanjung Tawau. Kalau di Pasar Ikan Tawau menjual makanan-makanan basah, di Pasar Tanjung Tawau pula banyak menjual makanan-makanan kering. Sayur-sayuran dan buah-buahan dijual dengan harga pukal dan dalam kuantiti yang banyak. Nak borong ikan bilis dan ikan masin disinilah tempatnya. Naik ke tingkat atas memang banyak deretan-deretan kedai menjual hasil laut yang kering. MamiZ beli ikan masin saja. Katanya harga taklah terlalu murah. Sama saja seperti di Semenanjung Malaysia. Aku tak reti nak shopping benda-benda macam ni jadi kita serahkan pada yang pakar. Keadaan Pasar Tanjung Tawau mengingatkan aku pada Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Lebih kurang saja konsepnya.









Epi bawa kami ke gerai-gerai makan tapi aku tak ingat nama tempatnya. Next to the area adalah satu bangunan yang menjual pakaian-pakaian. Aku ingat nak beli souvenirs di Tawau tapi bila dah sampai memang tak banyak pilihan tak tahu nak beli apa sebenarnya. Memang bersyukur aku dah beli si Semporna. Kalau tak memang rasa terkilan. Banyak sangat pilihan makanan yang ada sampai rambang mata tak tahu nak pilih apa. Ada kuih-muih murtabak makanan-makanan berat dan lain-lain lagi. Disebabkan kami nak makan di Indo Cafe, tak mahulah beli makanan banyak sangat disini. Hanya beli dna tapau kepak ayam / chicken wings.



SANGGAR PISANG CHEESE / PISANG GORENG CHEESE DAN SAGO MANGGA SEDAP DAN FAMOUS DI INDO CAFE TAWAU

Wajib singgah sini. Tak boleh kalau tak singgah memang kena singgah. Patutlah ramai yang suggest makanan-makanan di Indo Cafe Tawau sedap. Aku setuju sebab memang sedap. Menu-menu makanan yang ada di Indo Cafe adalah simple sama saja lebih kurang macam di tempat kita. Makanan bergoreng dan ada juga yang datang bersama set. Misi utama adalah untuk mencuba menu yang paling terkenal iaitu Sanggar Pisang Cheese atau Pisang Goreng Cheese dan Sago Mangga yang unik. 'Sanggar' membawa maksud Pisang Goreng. Mesti korang rasa tak logik Pisang Goreng Cheese mana-mana pun sama saja rasanya. Oh no seriously tak sama. Memang sedap dan aku tak tahulah orang-orang di Sabah guna pisang apa untuk digoreng. Sago Mangga pun sama memang unik dan sedap sangat tak tahulah macam mana depa buat. Aku order Sago Betik juga sebab rasa teruja nak cuba. Tak pernah pula aku minum air betik dan sungguh tak mengecewakan. Aku lebih suka Sago Betik berbanding Sago Mangga.


Kepak ayam yang ditapau bersama cili kicap. Yang kuning adalah Sago Mangga dan yang oren adalah Sago Betik. Semuaaa sedap.

Dua set Pisang Goreng Cheese 


Dari awal pagi sampai ke petang kerja kami makan makan dan makan. Epi pun melayan saja mana kami nak pergi. Untung ada kawan local boleh bawa ke tempat-tempat makan yang best. Kalau ada lebih banyak masa di Tawau mesti Epi bawa ke tempat-tempat makan yang lain pula. Macam-macam Epi cerita yang belum kami cuba. Insyallah ada rezeki kita kembali lagi ke Tawau. Epi hantar kami pulang ke Heritage Hotel tapi sebelum tu jangan lupa ambil udang-udang yang kita borong. Dah boleh pick up siap berbalut kemas. Taxi yang ditempah dah sedia menunggu di depan hotel. Aku suruh pihak Heritage Hotel uruskan. Cakap saja pukul berapa nak gerak. Thank you so much Epi sudi bawa kami jalan-jalan melayan karenah yang macam-macam. 

SELAMAT TINGGAL TAWAU DAN SEMPORNA

Sengaja pilih untuk sampai ke Lapangan Terbang Tawau lebih awal. Bekalan makanan yang ditapau masih ada. Banyak sangat order sampai tak habis. Mujur tapau sebab sampai airport lapar balik. Sebenarnya kami bertiga sangat kepenatan tapi digagahi juga nak meronda. Eloklah sampai awal senang nak berehat dan lepak santai. Layan buskers tengah busking dua tiga round boleh tahan suara. Terus saja masuk ke Departure Hall dan duduk menghilangkan lelah. Jangan hilangkan pas masuk ke Sabah yang kita dapat masa sampai. Kena pulangkan pada kastam semula. Orang tak ramai jadi banyak seat yang kosong. Rasa macam nak baring tidur saja. Dengar pengumuman penerbangan ke Kuala Lumpur delay. Tak ada rasa nak merungut pun mungkin dah terlalu penat. Ikut suka hati hampalah.. Janji selamat pergi selamat balik.





Dua jam penerbangan ke Kuala Lumpur delay. Tak tahulah apa masalahnya janji syukur alhamdulillah semua selamat sampai. Naik flight terus tidur tak ingat apa. Lantaklah aku buat konsert ke tak janji nak tidur. Bau makanan pun dah tak tergoda. Terima kasih Tawau terima kasih Semporna. Lima hari yang penuh dengan kenangan-kenangan manis untuk diabadikan. Obviously will be back jika ada kesempatan untuk kembali. Masih banyak lagi tempat-tempat yang belum diterjah dan makanan-makanan yang belum dicuba. Terima kasih juga buat Semporna Trip yang telah membantu kami untuk enjoy pulau-pulau di Semporna to the max. Rasanya kalau nak pergi lagi pun memang akan gunakan khidmat Semporna Trip lagi. Puas hati dijaga dilayan dengan baik. The best things in life are the people you love, the places you go and the memories you make.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
MACAM MANA NAK ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH | Nak bercuti tak semestinya kena pergi jauh-jauh sampai ke luar negara. Dalam Malaysia pun apa kurangnya. Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Aku yakin belum tentu korang dah habis explore semuanya. Why not kita enjoy tempat-tempat menarik yang common dalam Malaysia. Korang boleh menikmati makanan tradisional atau local food yang sedap-sedap dan bawa balik souvenirs yang menarik. Ramai yang kasi alasan : Nak bercuti perlukan duit yang banyak.. Nak jalan-jalan kena penuhkan poket dulu.. Come on guys !! Banyak sebenarnya lokasi-lokasi menarik di Malaysia yang kita boleh teroka dan enjoy tanpa perlukan belanja yang banyak. Apa yang penting kita kena rancang betul-betul serba sedikit percutian kita supaya dapat gunakan bajet yang serendah mungkin dan dalam masa yang sama kita dapat berseronok.

Aku nak kongsikan dengan korang semua macam mana nak enjoy Pulau Pinang/Penang dengan bajet yang rendah. Do it like locals katanya. Sia-sia aku membesar di Penang kalau tak boleh tolong korang rancang perjalanan. With minimal budget pun korang still manage to taste the beauty of Penang. Apa yang seronoknya Penang selain menjadi tumpuan pelancong-pelancong kerana faktor keindahan alam sekitar, bangunan-bangunan peninggalan sejarah dan kemudahan tempat penginapan, Penang juga terkenal dengan kelazatan makanan-makanan yang sedia menanti korang semua. Sabar.. Teruskan membaca.

Aku suggest naik saja kereta sendiri untuk berjimat. Satu keluarga boleh angkut dan senang nak jalan sana sini. I am a Penangite dan tak jadi halangan untuk aku drive keliling Penang. Tapi kalau korang jenis jalan seorang diri atau backpacker boleh juga kalau nak naik bas. Sampai Penang naik teksi dan bas atau jalan kaki saja untuk ke tempat yang berdekatan. Public transportation di Penang agak tip top. Banyak option yang boleh dipilih. Rapid Penang paling popular dan ada juga Penang Hop On Hop Off dan banyak lagi. Soal penginapan pula jangan risau. Di tengah-tengah bandar Georgetown ada banyak sangat choices hotel bajet untuk korang pilih. Boleh rujuk SINI – Short List Senarai Budget Hotels in Penang. Carilah yang bersesuaian dengan bajet korang. Senang duduk di tengah bandar sebab semua tempat-tempat menarik walking distance. Nak naik public transport pun mudah sebab memang laluan hot spot. Nak makan dan beli souvenirs pun senang. Bila duduk di town akan rasa lebih lebih dekat dengan culture masyarakat tempatan.


Antara kelebihan duduk di sekitar Georgetown adalah berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Penang yang boleh dilawati tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Antaranya adalah :

(1) Penang Street Arts yang terkenal dengan lukisan-lukisan murals dari artis-artis tempatan dan luar negara yang terkenal especially Ernest Zacharevic. Lokasi sangat luas jadi perlukan masa untuk habis menjejaki semua Street Arts yang ada. No entrance fee dan hanya memerlukan kekuatan kaki untuk menapak. Boleh juga sewa basikal untuk mencari kesemua street arts di lorong-lorong terkenal Penang. Macam main treasure hunt rasanya menjejaki setiap satu lukisan-lukisan yang ada. Selalunya pelancong-pelancong akan bermula dari Armenian Street dan seterusnya ke lorong atau lebuh yang lain. Jangan lupa topi dan cermin mata hitam. Baru boleh bergaya sakan.

(2) Nasi Kandar Line Clear Nasi Kandar Kapitan Sup Hameed Nasi Kandar Deen Maju Nasi Kandar Beratur dan banyak lagi syurga makanan sedap-sedap. Semua yang aku senaraikan adalah kedai-kedai nasi kandar yang terkenal. Mai Penang tak pekena nasi kandaq memang tak lengkap percutian ampa aih. Kena cuba sekali dan rasa kepekatan kari dan gulai yang disediakan. Pergh !! Pilih saja nak pekena nasi kandar yang mana semua ada tarikan yang tersendiri. Tak mahu makan nasi kandar tak apa. Ada banyak lagi pilihan makanan-makanan sedap yang boleh dicuba. Naan Cheese Nasi Briyani Kambing Tandoori dan juga Milani. Sambil ceq menaip pun ceq telan air liur tak sudah. Sedapnya.

(3) Ais Tingkap atau Sarbat di Chowrasta. Ini rare !! Hanya di Penang saja ada dan wajib untuk d. Apa yang bestnya air ni, Ais Tingkap atau Sarbat adalah campuran air sirap, biji selasih dan isi kelapa. Memang sedap. Korang patut cuba kalau datang ke sini. Hmmm.. nikmatnya rasa minum kalau tengah panas terik matahari.  Memang walking distance saja nak sampai ke Chowrasta kalau korang menginap di mana-mana hotel bajet sekitar Georgetown. 


Breakfast pula haruslah cuba (4) Roti Canai Jalan Transfer. Layak jadi viral dan terkenal sebab roti canai yang dijual memang sedap. Gebu dan lembut bertambah terangkat bila makan bersama kari ayam atau daging yang super awesome. Kaw habaq ang. Kuah dia peeergh !! Pekat terasa semua rempah. Memang kalau ada kenalan datang ke Penang, aku tak akan terlepas daripada bawa mereka semua cuba roti canai disini. Setakat ini memang semua feedback adalah positif. Ada juga yang datang lagi dan request untuk makan roti canai disini. Nampak sangat rindu dan mengidam.

Lajak sikit langkah kaki boleh terus meronda ke (5) Padang Kota Lama / Fort Cornwallis. Boleh cuba Mee Sotong yang terkenal dan juga Pasembor. Make sure jangan sampai lewat petang sangat nanti kempunan tak dapat merasa. Orang memang sentiasa ramai. Sambil duduk santai tepi pantai seronoknya boleh tenangkan fikiran. Lupakan kesibukan kerja. Kita enjoy !! 

(6) Bukit Bendera / Penang Hill. Jauh sikit dari Georgetown adalah another tempat yang wajib dikunjungi jika ke Penang. Sesekali lari dari kesesakan bandar haruslah cari ketenangan di puncak bukit. Boleh tengok bandar Georgetown dari atas dan kalau cuaca betul-betul cantik boleh juga nampak Butterworth dan Jambatan Pulau Pinang. Korang juga boleh menikmati ABC yang special dan scones yang sedap di Sky Terrace. Muzium Burung Hantu pun ada dan banyak lagi tarikan menarik di Bukit Bendera. Kaki Instagram jangan lupa ambil gambar cantik-cantik. Banyak spots menarik untuk posing dan kongsikan dengan kawan-kawan.


Yang minat sejarah dan nak tahu tentang Penang dengan lebih mendalam boleh berkunjung ke (7) Muzium Negeri Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Farquhar. Banyak koleksi barang-barang lama dan klasik untuk dilihat. Sesuai juga kalau nak buat program lawatan ilmiah sambil belajar. Korang yang datang bercuti dengan anak-anak pun elok juga datang ke sini. Sesekali bawa ke tempat-tempat sejarah untuk anak-anak belajar serba sedikit tentang peradaban dan asal usul. Sambil bercuti pun dapat menimba ilmu.

Alang-alang ke Penang wajib jugalah singgah ke (8) Batu Feringghi. Boleh juga berkelah bersama keluarga. Aktiviti yang mudah tapi sangat berkualiti. Anak-anak pun mesti suka kalau dapat mandi laut. Kalau seorang diri pun apa salahnya. Sesekali bawa diri dan tenangkan fikiran melihat laut. Kalau nak borong souvenirs dan melakukan aktiviti malam bolehlah singgah ke (9) Batu Feringghi Night Market. Banyak benda yang korang boleh dapatkan dengan harga murah. Macam-macam ada dari jam tangan, baju, seluar, lukisan, keychain dan banyak lagi. Memang rambang mata.

Rasa teruja tak nak bercuti ke Penang ? Kalau rasa nak lepak bersama boleh hello dan roger. Mana tahu sama-sama kita boleh pergi makan nasi kandar. Dah boleh mula atur langkah dan plan baik-baik. Senaraikan tempat-tempat menarik yang ingin dituju. Semua tempat yang aku senaraikan taklah jauh dari hotel-hotel bajet yang ada di sekitar Georgetown. Lagipun terdapat banyak lagi hotels in Penang yang strategik dan korang boleh pilih dan tak ada alasan untuk korang tak jadi datang ke Penang. Selamat bercuti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.